Friday, June 18, 2010

Subsidi belum ditarik, rakyat sudah merasa tercekik

Oleh: neeras_mum


Pada 27hb Mei, 2010 telah berlangsung Subsidy Rationalization Lab Open Day di KL Convention Centre. Perkara paling utama yang dibentangkan ialah cadangan Jawatankuasa PEMANDU yang diketuai oleh Datuk Seri Idris Jala, menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menarik subsidi di pelbagai sektor demi untuk menyelamatkan negara dari jatuh bangkrap seperti Greece dan Portugal

Menurut beliau, Malaysia yang mempunyai hutang sebanyak RM 103 billion akan jatuh bangkrap sekiranya tiada tindakan segera diambil. Pada keesokan harinya, hanya akhbar The Star sahaja yang telah menggariskan secara terperinci apakah kesan langsung yang akan dirasai oleh rakyat akibat dari tindakan ini. [Akhbar bahasa melayu hanya memberi pandangan kasar seolah-olah ianya tidak akan memberi kesan yang besar kepada rakyat]. Berikut adalah cadangan yang dikemukakan: [Rujuk The Star: 28 may2010]

1. Petrol: Harga petrol akan naik antara 10 sen-15 sen pada pertengahan 2010. Kenaikan sebanyak 10 sen setiap 6 bulan sehingga 2014 [yang dianggap telah mencecah harga pasaran ketika itu]

2. Makanan: Harga gula akan dinaikkan sebyak 20 sen sekilo bagi setiap 6 bulan sehingga 2012. harga tepung akan dinaikkan sebanyak 20 sen sekilo pada tahun ini dan 25 sen sekilo lagi pada tahun 2011. Harga 1 kg minyak masak akan dinaikkan sebanyak 15% pada tahun ini, dan 15% pada tahun depan. kenaikan sebanyak 5% bagi setiap tahun sehingga 2014.

3. Gas: Pengurangan subsidi gas akan menyebabkan kenaikan pada tariff elektrik tetapi ini hanya akan melibatkan penggunaan melebihi 200 kwh sebulan. [ lebih kurang 44% pengguna menggunakan elektrik melebihi 200kwh sebulan]

4Tol: kadar tol akan dinaikkan bagi semua lebuhraya kecuali lebuhraya yang tidak mempunyai jalan alternatif

5. Perubatan: pesakit luar akan dikenakan bayaran RM3 berbanding RM1 sekarang. pesakit yang dimasukan ke wad akan dikenakan bayaran diantara RM6 sehinggan RM16o sehari berbanding RM3 ke RM80 sekarang.

6. PendidikanSubsidi tuisyen akan dihapuskan, bantuan buku teks & peperiksaan awam hanya untuk pelajar miskin . Antara 2010 dan 2012 , pelajar IPT tempatan akan dikenakan bayaran yang lebih tinggi [RM300 ke RM800] dengan satu lagi kenaikan pada tahun 2016.

Pada hari berikutnya, PM telah memberi jaminan bahawa penarikan subsidi ini masih diperingkat perlaksanaan dan hanya akan dijalankan selepas mendengar pendapat orang ramai. tetapi apa yang jelas semua harga barang keperluan telah meningkat dipasaran. Gula telah lenyap dari stok, dan pastinya tepung gandum, minyak dan segala keperluan lain akan turut ghaib tidak lama lagi.

 Kita sepatutnya merasa hairan, sebagai sebuah negara yang mempunyai hasil yang terlalu banyak, berada diluar dari lingkaranbencana alam seperti taufan, gempa,gunung berapi dan seumpamanya, rakyat terpaksa mengikat perut dan bekerja 15 jam sehari hanya untuk menyara sebuah keluarga bagi mendapatkan sedikit makanan, pakaian dan pendidikan.

    Kita sewajarnaya merasa lebih hairan lagi, ketika rakyat dinasihatkan untuk berbelanja dengan berhemah dan berjimat cermat, PM kita telah membelanjakan lebih dari RM400,000 untuk ke Jepun dan RM1.8 juta untuk menghadiri seminar keselamatan nuklear dalam bulan April [sepertmana yang dijawab oleh beliau dalam Parlimen kelmarin].
   
    Adakah rakyat masih berpuas hati dengan 'pengorbanan' yang dilakukan oleh pemimpin malaysia seperti ini? Adakah rakyat negara ini masih mahu bekerja berhempas pulas sehingga terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga dan menikmati kualiti hidup yang baik dengan menyerahkan  negara ini kepada mereka yang tidak tahu menguruskan khazanah negara dengan betul?
sudah sampai masanya, negara ini diserahkan pentadbirannya kepada mereka hanya meletakkan dunia ini ditangannya tetapi tidak dihatinya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails