Wednesday, June 30, 2010

Kenyataan nisbah daftar pemilih bersifat perkauman

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 29 Jun: PAS menyifatkan kenyataan Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno yang dikeluarkan akhbar Berita Harian bahawa nisbah 1 orang Melayu dan bukan Melayu mendaftar sebagai pemilih sebagai bersifat perkauman bagi mewujudkan rasa tidak senang di antara kaum.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan itu hanyalah agenda politik Umno untuk menakut-nakutkan orang Melayu.
"Kenyataan ini merupakan agenda politik menakut-nakutkan masyarakat Melayu seolah-olah meletakkan kaum Cina ini sebagai ancaman terhadap kelangsungan kuasa politik orang-orang Melayu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ujarnya, angka yang dinyatakan itu tidak tepat dan dikeluarkan kerana menyedari sokongan rakyat terhadap parti itu semakin berkurangan.

Melayu tidak daftar pemilih akibat cara Umno berpolitik


Ustaz Idris Ahmad   
PAS berpandangan dengan laporan Berita Harian yang menyatakan bahawa nisbah 1 Melayu dan 40 orang bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi, ini angka petunjuk kegagalan umno sebagai tonggak kepada negara pada hari ini gagal menyuntik kesedaran politik di kalangan orang Melayu.

PAS berpendapat perkara ini terjadi kerana umno bn yang berkuasa di negara ini  telah menjadikan generasi muda melayu,  hanyut dengan budaya hedonisme yang melampau. Orang Melayu yang  dilanda dengan budaya ini  memang mereka ini tidak akan memperdulikan soal politik  dan apa sahaja gejala rasuah  yang berlaku dalam negara kita. Umno mengharap dengan dihadang program hiburan sebegini maka mereka tidak akan mengambil peduli apa yang berlaku kepada negara ini. Maka Umno bn akan bermaharajalela untuk memfaraid harta negara kerana rakyat melayu ini tidak memperdulikan apa yang umno hendak lakukan seperti kapal selam yang tidak boleh menyelam, gadai harta negara seperti blok L dan M yang berharga RM320 bilion kepada kerajaan Brunai. Nampaknya strategi tempang telah makan tuan, sehingga orang melayu sedikit mendaftar sebagai pengundi kerana diulit dengan program hiburan yang semakin menjadi-jadi.

350 ribu pengundi baru diperlukan untuk pertahan Selangor


Dzulfikar Mashoor   
PAS mensasarkan pendaftaran 50 peratus pengundi baru sama ada Melayu atau bukan Melayu untuk mempertahan Kerajaan Kedah dan Selangor daripada dirampas Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata demikian ketika diminta mengulas laporan eksklusif Berita Harian berhubung nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak PRU12 lalu adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40).

Tuesday, June 29, 2010

“Saya simpati dengan mereka”


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam nada sinis, bersimpati dengan segelintir golongan ulama yang masih berminat menyertai UMNO, walaupun mereka tahu perlakuan pemimpin UMNO tidak sehaluan dengan ajaran al-Quran. 

“Pimpinan UMNO pada hemat saya gagal atau langsung tidak mahu memahami ayat al-Quran. Jika masih ada golongan ulama yang berminat mahu berada di dalam kubang UMNO, saya hanya mampu bersimpati,” katanya dipetik dalam blognya www.blogtokguru.com. 

40 ulama Masuk UMNO hanya Pendustaan

KENYATAAN MEDIA BIL 4(28 JUN 2010)

DPPNT merasa sangat dukacita apabila pendedahan beberapa orang ustaz muda lepasan pengajian agama dari Jordan mendedahkan bahawa mereka ditipu sehingga berlakunya peristiwa penyerahan borang Umno kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, telah menafikan dakwaan yang dibuat bahawa 40 Ulama muda menyertai Umno Barisan Nasional. 

Sila lihat kenyataan beliau di bawah:

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

Monday, June 28, 2010

Tiada plot jatuhkan MB Khalid

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya meredakan beberapa isu melibatkan ahli-ahli parlimen PKR yang didakwa bersekongkol untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sambil menafikan wujudnya plot itu, beliau berkata beliau tidak pernah mendengar seramai 15 ahli parlimen PKR mendesak supaya Khalid digugurkan dari jawatannya seperti mana yang dilaporkan oleh media baru-baru ini.

"Saya telah bertemu dengan mereka (ahli parlimen) banyak kali," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Judi: Himpunan 3 Julai diteruskan


Hazayani Zakaria   
 KUALA LUMPUR, 27 Jun: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) mendesak Perdana MenteriDatuk Seri Najib Razak mengumumkan keputusan kerajaan membantah judi sebagai keputusan Jemaah Menteri, bukan keputusan melibatkan Majlis Tertinggi Umno semata-mata.
Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, GMJ bersyukur dan menyambut baik keputusan berkenaan namun ianya mesti diumumkan secara jelas kepada rakyat bahawa ianya merupakan keputusan kerajaan Barisan Nasional.

Sunday, June 27, 2010

TGNA nasihat mahasiswa jangan jadi Ulama dunia

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

بسم الله الرحمن الرحيم
شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ 
- سورة آل عمران:18
Yang bermaksud : 



Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang menegakkan keadilan. para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). tak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Terima kasih kepada saudara pengerusi majlis
• Presiden Pesatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaysa (PMKUM) bersama ahli-ahli jawatankuasanya
• Pengarah Program, Majlis Anugerah Darul Naim (MADANI 10) bersama ahli-ahli jawatankuasa urusetia program
• Saudara saudari mahasiswa mahasiswi yang dikasihi sekalian

Azmin Ganti Khalid Sebagai Pengerusi PKR Selangor

Naib Presiden PKR Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuatkuasa serta merta.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini.

Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri.

"Ini dimohon oleh Tan Sri Khalid sendiri bagi menumpukan tenaganya untuk disalurkan dalam pentadbiran Selangor," katanya.

MB Selangor: ‘Saya tidak hebat dalam politik’..pengakuan yang telus dari MB..!!!

SHAH ALAM, 27 Jun — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang berhadapan dengan tekanan dari dalam PKR sejak beberapa bulan lalu dengan rendah diri hari ini berkata, beliau tidak “hebat” dalam politik. Sehubungan itu ketua kerajaan negeri Selangor ini memberitahu, beliau mahu memberi tumpuan terhadap soal pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri.

“Oleh kerana Selangor sangat penting, jadi saya harus memberikan tumpuan kepada pentadbiran negeri terutamanya terhadap aspek pembangunan dan pertumbuhan ekonomi.

Saturday, June 26, 2010

Pimpinan Tan Sri Khalid Masih Diperlukan Di Selangor

SHAH ALAM 26 Jun - Dakwaan wujudnya gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah sesuatu yang tidak memeranjatkan kerana itulah agenda utama musuh politik untuk mengganggu kestabilan Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN dan seterusnya merampas kembali negeri itu.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainudin berkata AMK Selangor berdiri teguh bersama kepimpinan beliau

"AMK Selangor mengingatkan semua pendukung KEADILAN untuk terus berusaha mempertahankan dan menjunjung tinggi “mandat perubahan“ yang diberikan rakyat 2 tahun yang lalu. 

Friends of Pakatan ditubuh di London

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 25 Jun: Friends of Pakatan, sebuah persatuan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat telah ditubuhkan di kota raya London, kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Beliau yang baru sahaja pulang dari London berkata, persatuan tersebut adalah gabungan profesional rakyat Malaysia yang menginap dan bekerja di United Kingdom yang mewakili semua kaum Melayu , Cina dan India.
Menurutnya, satu pertemuan bersama jawatankuasa penaja persatuan tersebut telah diadakan di kotaraya London baru-baru ini sempena dengan lawatan beliau ke United Kingdom (UK).
Katanya, majlis pelancaran Friends of Pakatan akan dilakukan pada awal Julai depan dengan dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

JOM KE PROGRAM KASEH...!!!

Friday, June 25, 2010

Rundingan Malaysia-Singapura, Najib diugut?


Ogos 1965, regim pemerintah Negara telah menyerahkan Singapura. Kelemahan regim ini ditutup dengan perbagai sentiment. Rakyat yang terbakar dengan perbagai sentimen pada waktu itu melupakan kelemahan regim sehingga tergadai hak dan kedaulatan Negara. Semenjak itulah perbagai isu hubungan dua negara ini muncul dan tidak selesai.

Antara isu yang tidak diselesaikan dan berpanjangan sejak dulu antaranya ialah isu pembangunan tanah milik KTMB dan sekitar tambak Johor. 

Kalau Presiden PAS pengganas, sudah lama negara huru-hara

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 25 Jun: Kalau Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang seorang pengganas, maka sudah lama negara ini menjadi huru-hara, tegas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar).
Baginya, jika Tuan Guru Abdul Hadi pengganas, sudah pasti ada kejadian membakar dan mengebom bangunan seperti yang berlaku di Indonesia dan Thailand.
Katanya, pengikut PAS dan penyokong Tuan Guru Abdul Hadi ada di mana-mana di Malaysia ini.
“Boleh dikatakan bukan setakat umat Islam, bahkan bukan Islam pun ramai yang menjadi penyokong beliau. Populariti beliau  lebih daripada  Perdana Menteri sendiri.
“Beliau dikenali di dunia Islam antarabangsa, walaupun beliau bukan Perdana Menteri. Ucapan dan tulisan beliau disukai oleh setiap lapisan masyarakat, ujarnya dalam satu kenyataan.
Jelasnya lagi, semua tulisan dan ucapan beliau tidak pernah menjuruskan ke arah keganasan.

Thursday, June 24, 2010

Nik Aziz anggap isu JI gimik politik Umno


Aslani & Atiff Idris   

KOTA BHARU, 24 Jun: Sejak isu Jemaah Islamiah (JI) didedahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan namun sehingga kini belum  kedengaran ada pihak yang ditahan pihak keselamatan.

Kenyataan polis mengusir 10 anggota JI dalam operasi yang dijalankan polis sejak awal tahun ini diragui banyak pihak memandangkan ia baru digegerkan sekarang.

Maka tidak hairanlah ramai menganggap isu JI sengaja diada-adakan setelah kerajaan Barisan Nasional (BN) berdepan dengan banyak isu kronik termasuk lesen judi bola sepak dan kehadiran syarikat milik Yahudi di negara ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat isu JI seperti sengaja dibuat-buat dalam kondisi politik sekarang.

“Ini kerana apabila Umno jatuh tidak ada peluang hendak naik semula. Ini kerana mereka bukan hendak jaga Islam sebaliknya mereka sendiri tolak Islam.

”Mereka tidak boleh kempen orang Melayu kena jaga Islam kerana mereka sendiri tolak Islam. Hendak jaga ekonomi, mereka yang menjadi punca ekonomi merudum,” katanya ditemui di sini, hari ini.

Judi bawa kecelakaan - sami

Hafiz Irwan   
PASIR PUTEH, 24 Jun: Sami yang juga selaku ketua agama Buddha Wat Phutaksin, Semerak, dekat sini yang dikenali dengan Thannun (gambar) mengakui amalan judi tidak dibolehkan di dalam ajaran agama berkenaan.
Thannun berkata, mengikut ajaran Buddha amalan judi boleh mendatangkan kecelakaan selain hukuman serta balasan tuhan akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat dengan amalan tersebut.
“Hukuman atau balasan sebab dan akibat judi, di dalam agama Buddha kita panggil hukum karma. Hukuman itu akan dikenakan sama ada ketika di atas dunia ini lagi mahupun di hari esok (selepas mati).
“Sebenarnya kita di dalam Buddhapun punyai kepercayaan tentang adanya syurga dan neraka. Sesiapa beramalan baik akan masuk syurga dan jahat akan masuk neraka.
“Di dalam satu kitab Buddha ada menyebut bahawa terdapat beberapa pintu kecelakaan bagi orang yang melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, salah satunya ialah judi,” katanya semasa ditemui di wat tersebut awal pagi ini.

Tuesday, June 22, 2010

Umno membisukan ulama

http://episodeperjuangan.blogspot.com/   
1. Kesempatan saya menziarahi bumi Sana'a dimanafaatkan sepenuhnya untuk bermujaalasah bersama ulama' - ulama' al amilin yang hebat dan terbilang di Yaman . Insyaallah , saya akan ceritakan kemudian beberapa mutiara ilmu dan berkongsi pengalaman berharga dengan sahabat - sahabat sekelian.

2. Ulama' adalan insan yang dimuliakan oleh Allah swt dengan ilmu dan keperibadiannya yang menepati ilmu yang dimiliki . Pun begitu , sebahagian ulama' ada yang mendapat kemurkaan dan kutukan Allah swt lantaran mereka mengkhianati ilmu yang dimiliki.

3. Menjual agama demi mendapatkan habuan dunia , mendiamkan diri tatkala berdepan maksiat dan mungkar , menyembunyikan kebenaran dan bertindak tidak berasaskan ilmu adalah contoh pengkhianatan terhadap ilmu Islam . Ulama' yang mengkhianati ilmu dan agama Islam ini turut digelar sebagai ulama' as Suu' [ jahat ] atau Syaithan Akhras [ bisu ] .

Monday, June 21, 2010

Jangan kaitkan Islam dengan keganasan – Abdul Hadi

Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 21 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan pemimpin Umno BN supaya tidak sewenang-wenangnya mengaitkan Islam dengan keganasan.
Beliau ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, melabelkan Islam sebagai ganas berdasarkan tindakan beberapa individu, adalah sikap yang tidak bertanggungjawab dan menghina agama sendri.
"Jika ada beberapa individu buat silap dilabelkan dengan Islam, itu satu tindakan tidak bertanggungjawab terhadap agama sendiri," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung isu ancaman keselamatan yang didakwa dilakukan kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) yang didedahkan baru-baru ini.
Tegasnya, pemimpin negara sewajarnya menjaga nama baik Islam apatah lagi Malaysia meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.
Sehubungan itu, katanya, mereka perlu cermat dalam memberi kenyataan dan tindakan agar Islam tidak disalah faham oleh orang bukan Islam sebagai penaja keganasan.
"Menganggap Islam dikaitkan dengan pengganas adalah termasuk agenda musuh, dan fenomena keganasan tidak boleh dikaitkan dengan Islam.
"Islam adalah agama bersifat sederhana," tegasnya.

Kenangan bersama Ustaz Hassan

Soalan 1:

Apakah kenangan termanis Naib Presiden sekalian bersama Allahyarham ustaz Hassan Shukri?
TITM: Ustaz Hassan adalah arkib bergerak dalam PAS. Banyak peristiwa manis yang menggamit ingatan apabila mengenangkan beliau.

Beliau adalah pemegang amanah sejarah PAS, banyak peristiwa manis yang terpahat dalam ingatan. Satu hari beliau menceritakan bilamana lambang PAS, bulan dan bintang diharamkan oleh pihak kerajaan. Pengharaman lambang dibuat menjelang pilihanraya umum pada waktu itu.

Beliau menceritakan bagaimana pimpinan waktu itu mengadakan perbincangan tidak rasmi memikirkan apakah lambang yang sesuai; dia menceritakan bagaimana sambil-sambil mesyuarat beliau telah membalikkan gelas yang ada dihadapannya, sambil membuat bulatan mengikut gelas tersebut.

Sunday, June 20, 2010

Ilpas: PAS persiap hadapi pilihan raya

Zulkifli Sulong   
HULU SELANGOR, 20 Jun: PAS melancarkan Institut Latihan Pilihan raya PAS (Ilpas) hari ini dengan harapan untuk mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya yang disifatkan berbeza sama sekali dengan peperangan.
"Pilihan raya adalah memujuk orang bersama kita sedangkan perang untuk takluk dan halau orang," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap melancarkan gerak kerja Ilpas di Batang Kali hari ini.
Sehubungan itu, beliau hari ini menyerahkan empat modul utama Ilpas kepada pengarah pilihan raya bagi setiap negeri.
Modul itu adalah dasar PAS, undang-undang pilihanraya, terknikal dan strategi pilihan raya.
Modul ini akan dijadikan asas latihan untuk petugas pilihan raya PAS bagi setiap negeri  yang akan bermula minggu depan.

NAJIB TAK SETUJU NOTIS AWAL PRU13

Datuk Seri Najib Razak berkata pemberian notis tiga bulan sebelum mengadakan pilihan raya untuk membolehkan parti bertanding membuat persiapan, tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Kerajaan tida
k pernah melakukannya dan ia juga bukan sebahagian daripada peruntukan perlembagaan, kata Perdana Menteri merujuk kepada permintaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tak pernah kita bagi tiga bulan...(dan) tidak pernah menjadi sebahagian daripada peruntukan perlembagaan... (dan) tidak pernah menjadi satu amalan (pada masa lepas)," katanya kepada pemberita ketika ditanya kenyataan Mursyidul Am PAS itu semalam.

Sedia peruntukan beli buku agama

Muhammad Yusri Amin   
KOTA BHARU, 19 Jun: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyeru umat Islam memperuntukkan sejumlah pendapatan bulanan bagi membeli buku pengetahuan khususnya buku agama bagi mewujudkan perpustakaan mini di rumah.
Katanya, koleksi buku itu penting untuk bacaan dan rujukan seisi keluarga.
“Ini kerana umat yang maju serta meningkat ilmu pengetahuannya adalah umat yang gemar membaca, dengan menghabiskan masa lapang dengan membaca walau pun agama mereka tidak menggalakkan pembacaan, namun sebaliknya umat yang mundur dan ketinggalan zaman adalah umat yang tidak gemar membaca.
“Bahkan mereka lebih cenderung mengisi masa lapang dengan kegiatan hiburan, berbual kosong dan melepak,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Buku Islam Antarabangsa Kelantan 2010 yang berlangsung di Balai Islam, Lundang dekat sini hari ini.
 Teks ucapannya dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Dr Mohd Fadhli Hassan.
Pesta buku bertema “Kelantan Memimpin Budaya Ilmu” itu bermula 18 hingga 22 Jun, anjuran bersama Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, Dewan Ulama PAS Pusat, Management Sdn Bhd dan Alfa Event & Entertainment Sdn Bhd.

Friday, June 18, 2010

RMK10: Untungkan Pemodal Konglomerat Swasta, Sisihkan Ekonomi Rakyat- DSAI

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan taklimat mengenai RMK 10 kepada pemimpin dan pegawai tertinggi kerajaan negeri serta wartawan.
  
Penasihat Ekonomi Selangor itu melahirkan dukacita kerana Rancangan Malaysia ke-10 mengutamakan kepentingan pemodal dan konglomerat swasta dan meminggirkan  keperluan rakyat. 

Anwar berkata  RMK-10 berpaksikan gelombang penswastaan besar-besaran, tetapi mengenepikan matlamat untuk mengangkat kemampuan ekonomi rakyat jelata.

Datuk Seri Anwar berkata rumusan ekonomi negara tidak boleh menafikan sebahagian besar rakyat Malaysia masih dihimpit kemiskinan dan beban kos yang tinggi.


Jom ke wacana Zainab Al Ghazali

Ridhuan Mohamad Nor   
Muslimat merupakan sayap penting dalam perjuangan Islam, semenjak zaman Nabi SAW silih berganti, bahu membahu bersama muslimin dalam membentengi agama Allah SWT.

Fasa awal dakwah, Sumaiyyah bersimbah darah di zaman makiyyah, ummu Nusaibah Binti Kaab menjadikan dirinya sebagai perisai kepada Nabi dalam pertembungan di medan Uhud, membenarkan bai’ahnya di Aqobah (ii).

Madinah pula menyaksikan kehebatan, Khaulah yang menjadi sumbu api semangat terhadap anak-anak lelakinya untuk menggapai piala syahid dijalan Allah.

Aisyah, ummu mukminin gigih melakukan pencerahan kepada sahabat dan sahabiah terutama selepas kewafatan Nabi SAW. 

Subsidi belum ditarik, rakyat sudah merasa tercekik

Oleh: neeras_mum


Pada 27hb Mei, 2010 telah berlangsung Subsidy Rationalization Lab Open Day di KL Convention Centre. Perkara paling utama yang dibentangkan ialah cadangan Jawatankuasa PEMANDU yang diketuai oleh Datuk Seri Idris Jala, menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menarik subsidi di pelbagai sektor demi untuk menyelamatkan negara dari jatuh bangkrap seperti Greece dan Portugal

Menurut beliau, Malaysia yang mempunyai hutang sebanyak RM 103 billion akan jatuh bangkrap sekiranya tiada tindakan segera diambil. Pada keesokan harinya, hanya akhbar The Star sahaja yang telah menggariskan secara terperinci apakah kesan langsung yang akan dirasai oleh rakyat akibat dari tindakan ini. [Akhbar bahasa melayu hanya memberi pandangan kasar seolah-olah ianya tidak akan memberi kesan yang besar kepada rakyat]. Berikut adalah cadangan yang dikemukakan: [Rujuk The Star: 28 may2010]

Thursday, June 17, 2010

Militan: Sandiwara kerajaan untuk alih tumpuan rakyat


Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 17 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tindakan kerajaan menggunakan media untuk menggembar-gemburkan isu kemunculan semula kumpulan Jamaah Islamiah (JI) di tanah air semata-mata bertujuan untuk mengalihkan tumpuan rakyat kepada beberapa isu lain yang mencalar kredibiliti para pemimpin Umno BN.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, tindakan tersebut bertujuan untuk mengalihkan amarah rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I kerana meluluskan lesen judi sukan sempena Piala Dunia 2010, baru-baru ini. 
Katanya lagi, dengan menimbulkan isu JI, tumpuan rakyat boleh dialihkan daripada memprotes isu penyerahan tanah bernilai tinggi milik KTM di Tanjong Pagar kepada kerajaan Singapura.
Tambahnya lagi, dengan berbuat demikian juga membolehkan tumpuan rakyat pada isu penyerahan dua blok minyak iaitu Blok L dan Blok M kepada kerajaan Brunei Darussalam tanpa melalui Parlimen.

PAS yakin PRU 13 selepas Mac 2011


Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 17 Jun: PAS percaya tarikh paling awal Datuk Seri Najib Razak akan mempertimbangkan bagi diadakan pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) adalah pada April tahun hadapan.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata perdana menteri itu tidak mungkin mengadakan PRU lebih awal dari itu biarpun ada kajian mendakwa sokongan rakyat kepada pentadbiran Najib pada waktu ini sangat baik.
"Tidak mungkin dalam masa terdekat, paling awal pun April 2011 bersekali dengan pilihan raya Sarawak," katanya ketika dihubungi petang ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib semalam yang mendakwa tarikh PRU 13 yang bakal diumum akan mengejutkan semua pihak.
Mengulas lanjut Mustafa berkata, mengikut pengamalan para perdana menteri terdahulu, pilihan raya umum biasanya akan diadakan selepas tempoh tiga tahun dari pilihan raya umum sebelumnya.

Kenyataan Najib petanda PRU sudah dekat


Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 17 Jun: PAS menganggap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung tarikh pilihan raya umum (PRU) yang didakwa "akan mengejutkan semua pihak" sebagai petanda PRU ke-13 akan berlaku dalam masa terdekat sebelum genap tempoh lima tahun penggal ini.
Mengulas kenyataan Najib itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar)berkata, kemungkinan PRU ke-13 akan berlaku serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak awal tahun hadapan.
"Ini petanda bahawa PRU ke-13 akan dibuat awal sebelum tempoh asal tamat.
"Saya jangka dibuat pada awal tahun 2011 bersekali dengan pilihan raya negeri Sarawak," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Ditanya asas kepada jangkaan itu beliau menjelaskan, Umno kini mengetahui angin perubahan sedang berlaku di Sarawak di mana rakyatnya kini mula beralih menyokong Pakatan Rakyat dan menolak Umno BN.
Jika Umno ditakdirkan kalah pada pilihan raya Sarawak katanya, sudah tentu akan memberi kesan besar kepada pengundi di Semenanjung dalam pilihan raya umum nanti.

PAS lancar Institut Latihan Pilihan raya PAS


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 16 Jun: Semua para pemimpin kanan dan wakil rakyat PAS bakal berkumpul di Batang Kali pada 20 Jun ini bagi menyertai pelancaran gerak kerja Institut Latihan Pilihan Raya PAS (ILPAS).

Majlis yang bakal dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu akan diadakan mula jam 8 pagi hingga 2 petang di Dewan Datuk Abdul Hamid, Batang Kali.

Boleh dikatakan semua pemimpin utama PAS dari ahli Majlis Syura dan AJK PAS Pusat hinggalah Pengarah Majlis Tindakan Dun dan jentera pilihan raya Dewan Himpunan Penyokong PAS akan terlibat dengan majlis ini.
ILPAS ditubuhkan oleh Jabatan Pilihan raya PAS Pusat untuk memberikan latihan pengendalian kempen pilihan raya kepada semua jentera pilihan rayanya.
Ia bakal menjadi pusat penting untuk melahirkan petugas pilihan raya PAS untuk sebarang pilihan raya.

Wednesday, June 16, 2010

Judi sukan: GMJ akan hantar memo kepada Majlis Raja-Raja

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 16 Jun: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja bagi menuntut kerajaan menarik balik lesen judi sukan yang telah dikeluarkan kepada Syarikat Berjaya Corporation.
 
Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen semalam, pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, GMJ akan berusaha untuk bertemu dengan Majlis Raja-Raja yang akan bersidang dalam masa terdekat ini bagi menyerahkan memorandum berkenaan
 
“Kita akan cuba untuk menyerahkan memorandum ini kepada Majlis Raja-Raja yang kebetulan akan bersidang tidak lama lagi,” katanya. 

Tuesday, June 15, 2010

Kenali 9 syuhada Mavi Marmara

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.
Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.
Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:
1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.
2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.
3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.
4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.
5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.
6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.
7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.
8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.
9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.


Ustaz Hassan kutubkhanah organisasi, perlembagaan PAS

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 15 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Ustaz Hassan Shukri adalah merupakan kutubkhanah organisasi dan perlembagaan PAS, terus berkhidmat dengan parti hingga ke saat beliau menemui Tuhan Rabbul Jalil.
Sehubungan itu, katanya PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga, ahli PAS, seluruh pendukung dan pejuang Islam yang dirundung kesedihan setelah pulangnya Ustaz Hassan ke rahmatullah pada petang semalam.
Menurutnya, sumbangan almarhum kepada perjuangan Islam di Malaysia dan dunia Islam tidaklah dapat diungkapkan dengan catatan tulisan yang memenuhi penulisan sejarah yang pernah dibukukan.
Beliau menambah, sesungguhnya, nadi perjuangan yang ditiupkan oleh almarhum akan terus berdenyut dalam PAS, merupakan satu contoh kepimpinan parti yang gigih dan istiqamah di kala senang dan susah, untuk memimpin ahli dan seluruh warga parti tanpa mengenal jemu dan lelah. 

Monday, June 14, 2010

Ustaz Hassan Sukri - Dikenang Pejuang Terbilang (update)


Orang ramai, pimpinan dan berpusu-pusu menziarahi jenazah allahyarham Ustaz Hassan Shukri di kediamannya petang tadi.

Wajah tenang allahyarham. Jenazahnya akan disembahyangkan dikediaman beliau di sini, bersebelahan bekas tapak Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar yang kini dinaiktaraf menjadi Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamed.
_
Pulangnya pejuang islam, yang mengalir darah 'kulaan' ketika hayatnya, bertemu PenciptaNya hari ini. Beliau dikenang sebagai Pejuang Terbilang. Menyorot sejarah lalu, 13 MEI memberi cerita. Dan dibawah diturunkan kisahnya..

_

Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah

UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA USTAZ HASSAN SHUKRI.

Saya mewakili DMPK Puchong mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Ustaz Hassan Shukri yang telah kembali ke Rahmatullah kira-kira pada pukul 2.00 petang di Hospital Selayang sebentar tadi.  Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama  hamba-hambaNya yang soleh.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.






Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki hanya akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang

4.20 pm Jenazah Allahyarham telah tiba di Taman Melewar dan akan dikembumikan pada esok pagi 15 Jun 2010.

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya. Al Fatihah..
Related Posts with Thumbnails