Sunday, August 30, 2009

SUMBANGAN BUBUR LAMBUK LKK DMPKP

Pada 29 Ogos 2009 sabtu bertempat di dewan orang ramai Puchong Indah, dewan Muslimat dan ketua muslimat cawangan telah berkumpul untuk membungkus dan mengedar bubur lambuk.  Program ini telah dianjurkan oleh lajnah kebajikan dan kemasyarakat dmpk Puchong,

Alhamdulillah sebanyak 300 bekas telah habis diedar tidak termasuk lebih 50 lagi yg dibungkus dengan plastik.  Program ini disamping program kebajikan ianya juga satu program untuk mengeratkan ukhwah antara ajk dmpk dan ketua cawangan juga masyarakat setempat.

Semoga program ini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang. Oleh kerana kesibukan petang semalam, saya terlupa untuk mengambil gambar semasa program ini sedang berjalan.  Bila sampai di rumah baru saya teringat, dan hanya bubur lambuk saja yg dapat saya paparkan di sini,  Apa pun, saya nak beritahu kepada semua, bubur lambuk ni memang BEST..!

Saturday, August 29, 2009

LAWATAN DMPNS

Pada 16 Ogos 2009 Ahad bertempat di Markas Cawangan Amin Bistari, telah diadakan program lawatan dari DMPNS dalam siri lawatan ke kawasan-kawasan.  Setiausaha dan bendahari DMPNS telah turun ke kawasan Puchong pada hari tersebut.  Sacara dasar ada 4 perkara penting yang telah dibincangkan, ianya termasuk munaqasyah ucapan Ketua Muslimat, Pemantapan Organisasi DMPk dan JMC, Teknik Pengendalian mesyuarat Berkesan dan perbincangan tentang halatuju DMPK Puchong 2009/2010.

alhamdulillah, walaupun banyak program yang bertindih, lawatan ini mencapai sasaran dan memberi banyak menafaatnya kepada dmpk dan jmc khasnya.  Berbanyak terima kasih kami ucapkan kepada Lin dan Norliza diatas kesudian hadir.

Ketua Muslimat Pn Noor Hanim melancarkan progran menabung 20sen sehari untuk gerak kerja Pilihanraya.

SPIES BELIA

salam..
Pada 1 dan 2 Ogos 2009 bertempat di Blue Wave Hotel Shah Alam, program SPIES BELIA telah diadakan di bawah kelolaan konsaltan Pn Mastura.  Ramai juga dari ajk dmpkp yang turut sebagai peserta. Alhamdulillah selepas kesukaran yang kami lalui pada peringkat awalnya, kami dapati program ini banyak meninggalkan kesan yang positif dalam diri kami.   Rata2 yang hadir berpuas hati dengan program yang mereka telah lalui. SYABAS Pn Mastura n d geng.

Untuk makluman, SPIES memberi erti :S : SpirtualP : PhysicalI : IntelektualE : EmosionalS : SosialSosial, Emosional, Physical, Intelektual mesti berlandaskan kepada kekuatan spiritual. Jika keempat-empat elemen ini tidak digarap dengan konsep spiritual, nescaya sesebuah masyarakat akan membangun secara tempang dan senget.


Spritual ialah asas kepada perbentukan peribadi manusia.Spritual boleh diterjemahkan sebagai kepentingan menguatkan pendekatan rohani kepada peserta agar setiap peserta merasakan bahawa mereka ini disayangi dan diperhatikan oleh pencipta.Adalah diharapkan agar kesemua konsep melahirkan sebuah masyarakat yang cemerlang berlandaskan kepada ketaqwaan kepada Allah SWTWalaupun konsep ini masih diperingkat percubaan, tetapi usaha ke arah untuk melahirkan masyarakat selangor masyarakat yang cemerlang sepatutnya dipuji..


Thursday, August 27, 2009

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA MUSLIMAT


15 Peristiwa Besar Ramadhan
1. Al-Qur'an diturunkan pada bulan Ramadhan
2. Kitab-kitab suci diturunkan pada bulan Ramadhan
3. Rasulullah SAW mendapat wahyu pertama di bulan Ramadhan
4. Perang badar terjadi pada bulan Ramadhan
5. Makkah dikuasai pada bulan Ramadhan
6. Islam menyebar di Yaman pada bulan Ramadhan
7. Sebagian peristiwa dalam perang Tabuk terjadi pada bulan Ramadhan
8. Penghancuran berhala Uzza di bulan Ramadhan
9. Penghancuran latta di bulan Ramadhan
10. Andalusia di taklukkan pada bulan Ramadhan
11. Pasukan Islam di Andalus mengalahkan faranjah di bulan Ramadhan
12. Pasukan Mongol dihancurkan di Palestina pada bulan Ramadhan
13, Pengepungan 60 ribu pasukan Rusia digagalkan oleh 15 ribu pasukan Utsmani
14. Antokhiah jatuh ke tangan kaum Muslimin di bulan Ramadhan
15. Mesir menghancurkan kekuatan Israel di Suez pada bulan Ramadhan

“ISU HUKUMAN SEBAT KE ATAS ORANG ISLAM YANG MINUM ARAK”

Oleh Presiden PAS

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing. Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar. Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 – 80 rotan jumlahnya. Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat. Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi. Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam. Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam. Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi !

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS

http://presiden.pas.org.my
Related Posts with Thumbnails