Monday, January 17, 2011

Seminar kewanitaan: Wanita & Airmata


15 Jan 2011 Sabtu, Biro Muslimah As-salam dan Biro Pendidikan JKP Zon 13 dengan kerjasama dewan Muslimat PAS Puchong telah berjaya mengadakan satu seminar kewanitaan dengan tema Wanita Dan Airmata.  Penceramah yang dijemput hadir adalah YB Hajjah Siti Zailah dan Ustazah Habsah (seorang penceramah bebas) menggantikan Ustazah Asmak Husin yang tidak dapat hadir disaat-saat akhir.

Seminarnya ini telah dirasmikan oleh Ahli Majlis JKP Zon 13 En Sapiyan Mohd Din.  Hj Yasim selaku nazir Masjid As-Salam juga turut bersama dalam majlis ini.  Program ini bermula jam 9.00pagi dan berakhir jam 1.20pm.  Kehadiran adalah amat memberangsangkan iaitu sekitar 240orang. Mudah-mudahan program sebegini dapat diteruskan lagi, insyaallah.




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails