Sunday, June 5, 2011

Utusan cuba lagakan 3 dewan PAS - Zailah

Hazayani Zakaria   
 KUALA LUMPUR, 5 Jun: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) kesal dengan laporan Utusan Malaysia yang mengandaikan mereka tidak mengiktiraf kepimpinan Dewan Ulama.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof sebaliknya berkata, DMPP menyanjung tinggi kepimpinan ulama yang merupakan pemantau segala dasar dan perancangan dalaman parti.
Beliau berkata, Utusan Malaysia hanya berniat melaga-lagakan keakraban ketiga-tiga dewan dalam PAS.
"DMPP menyanjung tinggi kepimpinan ulama dan kesal dengan laporan media yang kata muslimat tidak mengiktiraf Dewan Ulama.
"Ini satu propaganda yang dibuat media untuk melaga-lagakan dalaman parti dan menampakkan tiada kesepakatan di antara dewan-dewan," kata beliau sewaktu menyampaikan ucapan pengangguhan di Muktamar PAS kali ke- 57 di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZM) hari ini.
Utusan Malaysia semalam melaporkan DMPP mendakwa kepimpinan ulama yang tidak agresif menjadi punca utama golongan tersebut diganti dengan barisan kepimpinan baru yang dilihat pro Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Usul-Usul Muktamar PAS 57

http://muslimeen-united.blogspot.com/

1. Himpunan BERSIH 2 (PAS Pusat)

• Menyedari ruang demokrasi semakin terhimpit oleh kerajaan BN, walaupun negara hampir mencapai kemerdekaan negara 54 tahun.

• Menyedari BN takut bertarung secara anak jantan di gelanggang yang sama rata dengan memperalatkan SPR.

PRU13: Sedia Daftar Pemilih Besar-besaran


GOMBAK, 5 Jun - Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menjangkakan Pilihanraya Umum ke 13 semakin hampir berikutan penerimaan surat dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
“Surat SPR sudah sampai ke pejabat saya untuk memberi taklimat kepada parti-parti politik,” jelasnya dalam sesi penggulungan perbahasan Ucapan Dasar  Muktamar PAS ke 57.
Justeru, PAS menjangkakan sepanjang enam bulan ini, antara bulan Julai, September dan November adalah 3 tarikh kemungkinan PRU akan diadakan.
Sehubungan itu, PAS mengarahkan semua peringkat partinya membuat pendaftaran pemilih secara besar-besaran. PAS mempertanggungjawabkan Dewan Pemuda kerana jumlah pengundi terbesar adalah dari golongan muda.

Muktamar lulus usul perkasa pendidikan Islam

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Muktamar PAS hari ini meluluskan usul Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang mendesak kerajaan agar perkasakan Pendidikan Islam.

DMPP hari ini mengusulkan Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil beberapa tindakan terhadap subjek Pendidikan Islam yang semakin dipandang remeh oleh masyarakat.

Usul yang dibacakan wakil DMPP, Wan Hamidah Wan Ahmad mencadangkan Kementerian Pelajaran meminda syarat pensijilan di peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan menjadikan subjek pendidikan Islam sebagai syarat asas pensijilan bagi pelajar-pelajar beragama Islam.

USUL Pendidikan (Dewan Muslimat PAS Pusat)

Menyedari hampir keseluruhan umat lslam hari ini keliru dan terpedaya dengan kemilau sinar pendidikan yang berbentuk sekularisme hasilnya  kita sedang menyaksikan  insan yang berperibadi terpisah (split personality), separa sedar (sub-conscious) hilang daya tahan dan daya juang.

Menyedari senario keruntuhan akhlak yang amat parah di setiap peringkat umur, malah yang lebih menakutkan ialah mereka yang terpelajar tetapi berani melawan perintah Allah SWT dan tidak yakin dengan balasan akhirat. 

Saturday, June 4, 2011

Mohd Sabu: Akar tunjang yang menjalar merata

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 4 Jun: Penulis dan pemimpin veteran PAS, Subky Latif (gambar)  menyifatkan Mohamad Sabu umpama akar selepas rotan (ulama yang sesuai) tidak ada tetapi 'akar ini akar tunjang yang menjalar merata'.

"Ulama tak menang kerana tidak ada yang sesuai umpama rotan tidak ada, jadi akar yang menjadi pilihan...tetapi Mohamad Sabu ini umpama akar tunjang yang cabangnya merayap merata," kata Subky.

Beliau mengulas kemenangan Mohamad dalam pertandingan jawatan timbalan presiden PAS hari ini.

Mohamad menang apabila mendapat 420 undi berbanding Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399) dan Nasharudin Mat Isa (224).

Mohamad memecah rekod kepimpinan PAS apabila menjadi timbalan presiden pertama dari kalangan bukan ulama selepas konsep kepimpinan ulama diperkenalkan PAS pada tahun 1983.

PAS boleh tadbir negara tanpa bebankan rakyat

Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 3 Jun: PAS percaya perolehan pendapatan negara bukannya dengan cara membebankan rakyat dengan kaedah menaikkan cukai atau menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan rakyat.

Sebaliknya, PAS yakin keadilan sosial yang berteraskan kebajikan kepada rakyat dan amalan yang adil membawa berkat yang mengembangkan hasil negara.

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, PAS telah melaksanakan sebahagian daripada konsep negara berkebajikan di negeri yang diperintahnya, mengikut kemampuan dan bidang kuasa yang ada di Kelantan dan Kedahm

Mat Sabu - timbalan presiden PAS yang baru

Pemimpin akar umbi dan popular PAS Mohamad Sabu sebentar tadi diumumkan sebagai pemenang jawatan timbalan presiden parti yang sengit dipertandingkan itu.
NONEKeputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Mohamad meraih 420 undi bagi mengalahkan dua calon ulama - iaitu penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan seorang lagi ulama disegani, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi).

Pemilihan Mohamad (kanan) dikatakan yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan membolehkan parti itu lebih diterima di kalangan pengundi bukan Melayu dan memperbaiki peluang PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Suhaimi Taib: Era baru perjuangan PAS

Suhaimi Taib   
Satu era baru perjuangan  PAS dekad ini ialah menentukan parti memenangi hati rakyat berbilang kaum dan agama, budaya dan taraf ekonomi.

Kecenderungan ini dapat dibaca apabila era pasca revolusi rakyat Asia Barat mencetuskan kesedaran rakyat seluruh dunia betapa mereka perlu kembali kepada hakikat sebenarnya keperluan kehidupan mereka.

Mereka memerlukan undang-undang yang adil untuk melihat segala kesalahan yang dilakukan oleh sesiapa sahaja dalam kehidupan mereka dapat diadili dengan baik. Pembahagian kekayaan di kalangan rakyat diagihkan secara adil tidak hanya kepada kroni pemeritah semata-mata.

Gelombang ini merayap bukan sahaja di Asia Barat tetapi ke dalam masyarakat Malaysia sendiri yang berbilang kaum.

Friday, June 3, 2011

Keputusan penuh pemilihan Dewan Muslimat PAS

SHAH ALAM, 2 Jun - Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap: Norhashimah Deraman
Timbalan Pengerusi Tetap: Fatimah Ismail

Ketua: Siti Zailah Mohd Yusof, YB 385 undi

Timbalan Ketua: Siti Mariah Mahmud, YB Dr. 437 undi
Naib Ketua: Mumtaz Mohd Nawi, YB 334 undi

Wednesday, June 1, 2011

Tetamu Khas Antarabangsa : Bukti Dunia Bersama PAS


Kenyataan MediaOleh RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB

Bersempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS tahun ini, Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat mengalu-alu kehadiran tetamu-tetamu luar bagi memeriahkan lagi perjalanan Muktamar

Diantara yang telah mengesahkan kehadiran mereka adalah Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia, Bapak Ansor dari Gabungan Pelajar Islam Indonesia, Dr Jamal T. A. Saleh dan Dr Atef I. M. Adwan yang juga merupakan Ahli Parlimen Hamas dari Palestin, Najeeb Sahul; Ketua Fraksi Muda Angkatan Profesional Singapura dan beberapa wakil dari Thailand dan Filipina.

Tuesday, May 31, 2011

Persiapan Muktamar PAS ke-57 hampir selesai

Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 31 Mei: Jika sebelum ini Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm) yang terletak di Taman Melewar, di sini, agak sunyi, sepanjang 3 hingga 5 Jun ini, suasananya pasti akan berubah sama sekali dengan kunjungan orang ramai dari seluruh negara.
Kolej tersebut yang turut menempatkan Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor akan menjadi tempat berhimpun 1,150 perwakilan PAS dari seluruh negara, manakala di persekitarannya pula dimeriahkan dengan gerai-gerai perniagaan yang pasti mencetuskan hiruk pikuk dan riuh rendah suara orang ramai yang berkunjung ke gerai-gerai yang disediakan.

BN MENANG, BARANG NAIK

Idris Ahmad
30/5/11

Kerajaan BN gagal untuk menjalankan tugas menjaga kepentingan rakyat. Pemimpin sudah lari daripada tanggungjawab sebenar sebagai seorang pemimpin kepada rakyat. Sepatutnya sebagai pemimpin yang menjadi khadam rakyat perlu mencari formula bagaimana hendak menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat.
Realiti Kesusahan Rakyat.
@Kenaikan harga barang keperluan rakyat seperti bawang merah RM7.00, bawang putih RM8.00 sekilo, sayuran,ikan dan minyak masak.

@Baru-baru ini di negeri Pahang minyak masak tidak ada di pasaran, sedangkan Pahang pengeluar sawit terbesar di negara ini.

Monday, May 23, 2011

PAS jalin hubungan dengan parti politik Ikhwan

Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 23 Mei: Murshid Ikhwan Muslimin, Dr Mohamed Al-Badie’ hari ini telah menghantar ucapan tahniah serta doa kepada Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana terus diberi kepercayaan oleh ahli untuk terus memimpin PAS menjelang Muktamar PAS Ke-57, Jun ini.
Pernyataan itu disuarakan oleh beliau ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi di pejabat baru beliau di Kaherah (gambar), bagi memenuhi jemputan menghadiri perasmian Markaz Al-Am Ikhwan Muslimin atau ibu pejabat Ikhwan Muslimin setinggi 7 tingkat yang berdiri megah di tengah-tengah kota Kaherah.
Dalam pertemuan tersebut, Dr Al-Badie’ juga menegaskan bahawa Ikhwan Muslimin komited dengan perubahan politik baru Mesir dan kini sedang mengatur persiapan bagi menghadapi pilihan raya.
Menurut beliau, Ikhwan akan terus komited membela kepentingan rakyat Mesir dan sama-sama membangunkan kembali negara yang telah dimusnahkan oleh rejim Mubarak yang bukan sahaja rakus membolot khazanah kekayaan negara, tetapi juga menafikan hak asasi rakyat Mesir dengan melakukan pelbagai bentuk kekejaman dan kezaliman.

Muktamar pemuda, muslimat di Shah Alam, ulamak di KUIZM

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 23 Mei: Majlis perasmian bagi Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Kali ke-52 tahun ini akan diadakan pada 1 Jun ini bermula jam 8 malam di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam.
Ianya dijadualkan akan dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa selepas selesai ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan.
Turut dijadual berlangsung pada malam itu adalah penyampaian beberapa anugerah khas.
Muktamar penuh bagi dewan itu pula akan berlangsung 2 Jun di tempat sama.
Bagi Dewan Muslimat pula, muktamar penuh juga akan berlangsung pada 2 Jun bertempat di Dewan Jubli Perak, bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor di Shah Alam.
Majlis perasmian muktamar dewan itu akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Untuk Dewan Ulama pula, muktamar juga akan diadakan pada 2 Jun bertempat di Dewan Kolej Universiti Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar.
Majlis perasmiannya akan disempurnakan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib di sebelah paginya.

Pendidikan: Semua pihak perlu berganding bahu

http://lanh14.blogspot.com/
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan
"Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami." (Maksud Ayat 57 Surah An-Ankabut)
***

Terlebih dahulu kita ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik yang menyambut hari penuh pengertian itu pada tanggal 16 Mei lalu.

Kita ingin merakamkan sepenuh penghargaan kepada guru-guru yang telah sepenuh daya fikiran dan kudrat mendidik generasi muda namun pada ruangan ini kita ingin mengingatkan seluruh masyarakat bahawa guru bukannya satu-satu kumpulan yang perlu dipertanggungjawabkan kepada masa depan anak bangsa kita.

Sunday, May 22, 2011

Update! GAMBAR : Suasana pilu menyelubungi pengebumian mangsa tanah runtuh

MASJID Sultan Sallahuddin Shah di Batu 14, Hulu Langat sepanjang hari ini diselubungi kedukaan dan kesedihan apabila anggota keluarga, kenalan dan orang ramai yang datang dari berbagai penjuru untuk memberi penghormatan terakhir kepada mangsa yang terkorban akibat tanah runtuh di madrasah Al-Taqwa Hulu Langat petang semalam.

Dalam kejadian itu 16 orang pelajar termasuk (anak yatim) dan pengawal madrasah itu terkorban kerana ditImbus tanah hidup-hidup. Kesemua yang terlibat dengan kejadian itu ditemui, di mana sembilan selamat 16 tewas.

Daripada 16, sembilan jenazah dituntut oleh keluarga masing-masing untuk urusan pengkebumian di tempat masing-masing. Bakinya dibawa ke masjid Sallahuddin Shah untuk disembahyangkan dan dikebumikan dalam satu lubang kubur berdekatan tidak jauh dari masjid.

Senarai nama yang meninggal dalam kejadian tanah runtuh


18 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

1) Mohd. Kamarul Amizan, 11
2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd. Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd. Mustakim Mamat, 12
10) Mohd. Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd. Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd. Zaim Azahari, 14
14) Mohd. Imal Fahad, 9
15) Mohd. Riezman Ab. Latif, 9
16) Mohd. Hazim Sapri, 10

Friday, May 20, 2011

Panduan pimpinan menghadapi cabaran perjuangan Islam

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat   
“Sempena Muktamar ke-57”
 Firman Allah yang bermaksud: “Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa (8); Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (10).”  (Surah Asy-Syams 91:8-10)
Sesuatu yang penting dihayati dan diambil iktibar ialah mengenai pengiktirafan masyarakat Mekah kepada Nabi Muhammad SAW sebelum baginda dilantik oleh sebagai Rasul. Syakhsiyah baginda sudah masyhur sebagai seorang ‘al-amiin’ sudah diterima baik oleh semua lapisan masyarakat.

Ini bererti sifat al-amiin itu sudah menghiasi syakhsiyah Nabi Muhammad SAW sehingga terserlah kepercayaan dan keyakinan masyarakat, betapa baginda seorang yang benar-benar ‘boleh diharap’ sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

Muktamar: Perwakilan tentukan halatuju

Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com   
Siapapun yang akan menang dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS dalam Muktamar PAS Ke-57 nanti sudah pasti ia menjadi anggota pasukan pimpinan yang akan berdepan dengan cabaran menjelang PRU Ke-13 ini.
Ini sudah banyak kali diperkatakan oleh pelbagai pihak dalam pelbagai media. Oleh itu, para perwakilan yang akan membuat pemilihan mempunyai tugas paling mencabar dan berat kerana pena mereka yang memangkah kertas undi – siapa yang mereka pilih –mempunyai kesan besar dan penting.
Para perwakilan yang memilih inilah nanti yang menentukan bentuk kepimpinan PAS, sekurang-kurangnya dua tahun lagi, di samping menghadapi pilihan raya ke-13 nanti.

Sunday, April 10, 2011

Anak muda Sarawak mula dekati PAS

Hazayani Zakaria   
KOTA SAMARAHAN, 9 April: Ceramah PAS di Kampung Jawa, Dun Muara Tuang yang pada mulanya agak lengang malam tadi kemudiannya bertukar meriah dengan kehadiran hampir 50 anak muda.

Kira-kira setengah jam ceramah berlangsung, mereka datang dan berdiri dalam gelap kemudiannya mengambil tempat di kerusi yang disediakan.
Untuk pilihanraya negeri Sarawak kali ini, Noraini  Hamzah, 49, (gambar) akan berhadapan dengan adik Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB) yang juga merupakan penyandang kepada DUN ini.
Noraini hampir menang percuma di DUN ini semasa sesi penamaan calon tempoh hari apabila Ali gagal mengemukan penyataan kewangan pilihanrayanya bagi tahun 2006 sebelum tempoh penamaan tamat. Namun ia diselamatkan oleh SPR dan lain-lain pihak.

Pada 2006, Mohamad Ali menang dengan mendapat 7.863 undi menewaskan calon PKR, Abang Ibrahim Abang Othman (1,536 undi) and calon bebas, Jong Nyuk Chan (415 undi).

Berbahagialah Sang Ghuraba'

Nasrudin Tantawi   
1. Perjuangan Islam bermula dalam keadaan asing atau dagang [gharib ]. Berdepan dengan manusia jahiliah yang rendah upaya untuk membezakan antara haq dan bathil. Sistem nilai yang kabur diselaputi fahaman syirik dan kebendaan. Mereka merajakan nafsu dan mempertuhankan aqal. Rasuulul ummah saw. sebagai utusan Allah swt. difitnah, dinista dan dicerca. Risalahnya ditertawa dan menjadi bahan lelucon ummat jahiliah.

2. Islam dibawa untuk menyelamatkan ummah. Risalahnya disasarkan kepada semua kecuali mereka yang tekun dan konsisten memerangi Islam. Slogan yang dibawa oleh Pendakwah Agong saw. ialah [Aslim Taslam ] Terima Islam Engkau Selamat. Serendah - serendah pangkat manusia seperti lelaki gasar di padang pasir sehinggalah setinggi - tinggi pangkat manusia seperti raja di istana menjadi sasaran risalah Islam.

3. Islam didokong dan diperjuangkan dengan gigih tanpa peduli pahit getir. Islam digalas dan dipertahankan dengan tabah tanpa peduli susah sukar. Gurun sahara diredah dan lautan luas diharungi demi menyemarakan kebangkitan Islam dan mendaulatkan syariatnya. Sabar membelah masa dan merempuh waktu menanti detik janji Allah ditunaikan. Tidak mengenal erti putus asa dan kecewa.

POSTER CALON-CALON PAS




Wednesday, April 6, 2011

SPR DI AGM KOTA RAJA






SENARAI CALON PILIHARAYA NEGERI SARAWAK

N. 1 - OPAR

1 . Stephen anak Sagir SNAP
2 . Joseph Jindy anak Peter Rosen BEBAS
3 . Boniface Willy anak Tumek PKR
4 . Ranum anak Mina BN

N. 2 - TASIK BIRU

1 . Peter Nansion anak Ngusie BN
2 . Frankie Jurem anak Nyombui SNAP
3 . John Tenewi Nuek @ John Tenewi PKR

N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 7,936

Thursday, March 31, 2011

 Pakatan lebih baik dari BN selesai masalah rakyat

Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 31 Mac: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kini terbukti lebih berkemampuan dalam mengurus tadbir negeri dan menyelesaikan masalah-masalah rakyat berbanding BN, dengan kejayaannya melaksanakan pelbagai projek untuk rakyat.
Kejayaan perlaksanaan projek Taman Selayang Mutiara atau Bukit Botak, jelas membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor lebih berkeupayaan dalam menyelesaikan masalah-masalah rakyat, apabila ia gagal diselesaikan oleh Kerajaan BN sebelum ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad menegaskan, kejayaan perlaksanaan projek itu juga jelas menunjukkan cara penyelesaian untuk masalah peneroka bandar Kerajaan Pakatan Rakyat adalah lebih baik dari cara Kerajaan BN. 
Menurut beliau, projek tersebut melibatkan pembinaan 1,422 unit rumah berkembar dengan keluasan setiap unit adalah 850 kaki persegi dan dikhaskan untuk bekas peneroka bandar Kampung Bukit Botak.

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN YB ISKANDAR A. SAMAD, EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN PERUMAHAN NEGERI SELANGOR 31 MAC 2011.

PEMBERIAN AIR PERCUMA SECARA TERUS KEPADA PENDUDUK PEMBANGUNAN KOS RENDAH BERSTRATA.
 
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekelian yang telah menyentuh tentang pemberian air percuma 20 meter padu kepada penduduk di pembangunan-pembangunan kos rendah.

Saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat-Yang Berhormat terhadap nasib begitu ramai penduduk rumah kos rendah itu yang tidak mendapat air percuma kerana tidak mempunyai meter individu.
 

Tuesday, March 29, 2011

Video seks: Pemimpin agama jangan jadi ‘syaitan bisu’, kata Hadi


SHAH ALAM, 29 Mac — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

Walaupun tidak ditujukan secara jelas terhadap siapa pemimpin agama itu, namun ia dilihat menjurus kepada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang selama ini banyak memberikan pendapat atau komen menyentuh PAS.

Saturday, March 26, 2011

Menangkis Fitnah

Umat Islam yang berada di Selangor termasuk negeri sekitarnya diseru hadir program Solat Hajat pada 28 Mac di Stadium Malawati, di sini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, solat hajat ini diadakan bagi menangkis fitnah jahat dan jijik terbesar selepas negara merdeka kerana dikatakan melibatkan pemimpin tertinggi BN.

Menurutnya, majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah, kuliah Maghrib khas oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan solat hajat akan dilakukan selepas Solat Isyak.

Setelah itu, akan berlangsung sesi Pidato Khas disampaikan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berucap malam itu.

Thursday, March 24, 2011

P’raya Sarawak, ambil semangat Badar

Mohd Aizat Mohd Salleh   
Di antara pengajaran yang paling agung tatkala Rasulullah s.a.w dan kaum Muslimin menghadapi peperangan Badar adalah pertolongan Allah s.w.t.

Syeikh Safiyurrahman al-Mubarakfury di dalam Sirah Ar-Rahiq al-Makhtum  menyatakan, kemenangan besar yang diperolehi adalah daripada bantuan dan pertolongan secara ghaib kepada umat Islam.

Selain itu, ia membawa peringatan bahawa kaum Muslimin tidak terpesona  dan tertipu dengan keberanian dan kejaguhan mereka yang akan menjebakkan mereka dalam perasaan angkuh dan sombong.

Antara pertolongan yang diceritakan oleh Abu Dawud al-Mazini, beliau berkata: “Aku sedang mengikuti (mengekori) untuk menyerang lelaki Musyrik untuk membunuhnya. Tiba-tiba kepalanya jatuh sebelum pedangku sampai kepadanya. Maka tahulah aku bahawa dia dibunuh oleh orang lain.”
 

17 diskriminasi kerajaan Pusat terhadap Kelantan



Fail:Lambang Kelantan.jpg

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Kerajaan PAS Kelantan terus menjadi mangsa diskriminasi Kerajaan Persekutuan sejak memerintah negeri itu 20 tahun lalu dengan pelbagai cara, terutama menerusi 17 aspek yang dapat dikesan dengan nyata.

Tindakan diskriminasi pertama yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap Kelantan berlaku apabila Kerajaan Pusat menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), sebaik sahaja PAS berjaya memerintah negeri itu pada tahun 1990, bagi tujuan mengganggu sistem pentadbiran kerajaan negeri. 

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjelaskan, dengan wujudnya JPP, berlakulah sistem dualisme dalam pentadbiran negeri Kelantan, apabila turut diwujudkan kakitangan jabatan di peringkat negeri, jajahan, daerah sehingga di kampung-kampung.

Tuesday, March 22, 2011

Pakatan berpotensi menang besar di Sarawak

KUANTAN: Timbalan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh berkata Pakatan Rakyat mempunyai potensi besar untuk memenangi Pilihan Raya Negeri Sarawak yang berkemungkinan berlangsung April depan.

Fuziah berkata, Pakatan Rakyat (PR) menyasarkan kawasan tertentu terutamanya di kawasan bandar dan pinggir bandar bagi memenangi pilihan raya berkenaan.


“Semua kerusi sudah berjaya kita selesaikan dan peringkat parti tiada masalah untuk menghadapi PRN nanti.

PAS tanding 3 ke 6 kerusi Dun Sarawak

TEMERLOH, 23 Mac: PAS akan meletakkan calon bertanding antara tiga ke enam kerusi bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, hari ini.

Untuk itu, katanya, parti tersebut menyerahkan kepada Timbalan Presiden, Nasharuddin Mohd Isa, untuk urusan perbincangan dengan parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Bagi tujuan itu jawatankuasa DUN yang mahu ditandingi itu  telah dibentuk dan kerja-kerja awal telah berjalan. Saya lihat Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak pun bagus dan menunjukkan kesungguhan,” katanya di pejabatnya di sini.

Monday, March 21, 2011

MAKNA PILIHANRAYA SARAWAK

Kuching - debar menunggu keputusan pilihanraya Sarawak

Hari yang dinanti-nanti sudah tiba. Hari ini, Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan. SPR akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian. Di antara sekarang sehingga hari pengundian, parti-parti politik dan penyokong mereka akan riuh-rendah dengan "funfair" pilihanraya.

Bagi sesetengah orang, pilihanraya adalah masa berpesta. Dari penamaan calon, sehinggalah kempen dan mengundi. Di tengah-tengah keriuhan itu nanti, adalah yang akan membuat ugutan saman dan laporan polis. Itulah pilihanraya yang dikenali oleh rakyat negara ini, dan di Sarawak juga begitu.

Wednesday, March 16, 2011

 Penghargaan buat muslimat

Huzir Sulaiman   
Tak dapat dinafikan sumbangan muslimat amat bermakna dan ‘significant’ dalam gerak kerja jemaah. Dalam banyak PRK, dapat dilihat kegigihan dan kesungguhan mereka melalui banyak cabaran dan mehnah yang sesetengah dari kita tertanya-tanya bagaimana majoriti daripada mereka yang berumur atau lanjut usia mampu melalui ujian tersebut tanpa penat lelah dan putus asa.
Satu semangat dan komitmen tinggi yang sesekali membuatkan saya, seorang lelaki tersipu malu kerana tidak sehebat mereka. Malah kehadiran mereka di PRK khususnya boleh dilihat menguasai majoriti pejuang di lapangan.
Kualiti kerja juga dilihat begitu tinggi seiring dengan tanggapan majoriti masyarakat umum bahawa hasil kerja wanita sememangnya selalu tinggi dan bersifat konsisten kerana sifat semulajadi mereka yang teliti dalam apa jua urusan yang diceburi, dari urusan rumahtangga sehinggalah ke dalam urusan negara.

 PAS cadang wujudkan Akta Anti Perkauman

Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 16 Mac: PAS mencadangakan agar Akta Anti Perkauman diwujudkan bagi membendung agenda 'perkauman sempit' yang dimainkan pihak tertentu.
Sewaktu membahas Titah Diraja semalam, ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof berkata, isu perkauman pada waktu ini semakin kuat dimainkan pihak tertentu semata-mata untuk mereka terus kekal berkuasa.
"Kita harus mengorak langkah untuk perkenal Akta Anti Perkauman kerana akta ini akan membantu supaya pihak-pihak yang mempunyai agenda perkauman sempit dapat dikawal," katanya.
Beliau yang juga penasihat Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) berkata, hubungan antara kaum di Malaysia sepatutnya berada di tahap terbaik apatah lagi sudah lebih 50 tahun mengecapi kemerdekaan.
Usaha-usaha untuk cuba menanam kebencian terhadap kaum lain juga sewajarnya tidak dilakukan oleh mana-mana pihak.

Friday, March 11, 2011

Anak muda bepotensi runtuh kerajaan

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Kerajaan BN diingatkan agar tidak memperlekehkan suara dan pemikiran generasi muda kerana mereka mempunyai potensi untuk mempertahankan atau meruntuhkan sesebuah kerajaan.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, potensi generasi muda khususnya mahasiswa harus dibimbing sebaik mungkin, bukan mencipta undang-undang yang menjatuhkan martabat mereka sebagai mahasiswa.

"Bila berhadapan dengan orang muda jangan diperlekeh keupayaan mereka. Jangan membuat satu undang-undang yang pada zahirnya tidak menampakkan kezaliman terhadap mereka tapi dalam waktu yang sama kita menyaksikan bagaimana undang-undang itu memperbodohkan mereka dan mengheret pemikiran mereka ke zaman batu," kata beliau sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

PAS, melayu dan ….

Oleh : Zakaria Ismail
Politik dalam kebanyakan halnya ialah persepsi. Fakta yang salah tetapi dengan propaganda yang sistematik, boleh menjadikan sesuatu fakta itu suatu kebenaran yang tidak dapat diragui lagi kepada kebanyakan rakyat.

Propaganda UMNO untuk mewujudkan persepsi-persepsi berikut terhadap PAS telah mula dipercayai oleh orang melayu;
  • PAS dipergunakan oleh DAP.
  • PAS menggunakan agama untuk capai cita-cita politik.
  • PAS derhaka kepada Sultan.

Kerjasama PAS dan DAP : Satu Penjelasan. Vol 2


hare
1. Maklum balas saya terima dari beberapa orang rakan dan sebahagiannya dari UMNO yang cuba mencilok penjelasan saya sebelum ini mengenai kerjasama PAS dan DAP.

Menggunakan hujjah dan alasan yang sama lalu mereka mengatakan bahawa UMNO lebih cerdas dari PAS kerana terlebih dahulu membuat kerjasama dengan MCA dan MIC. Sempat juga mereka menempelak PAS dengan nada sinis, kononnya pada waktu itu, PAS mengharamkan kerjasama dengan non muslim.

Tuesday, March 8, 2011

beribadah di waktu malam dan Kuda yang tangkas berlari di waktu siang


1. Rahib yang tekun beribadah di waktu malam dan Kuda yang tangkas berlari di waktu siang adalah modul pengkaderan yang gigih dilaksanakan oleh para ulamak Gerakan Islam untuk melahirkan para pejuang yang hebat sekaligus berkeupayaan tinggi untuk thabat  [ tetap pendirian ] di medan perjuangan meskipun berdepan dengan cabaran dan halangan yang getir.

2. Pengkaderan ini mesti melalui prosespentarbiyahan yang istiqamah [ pro aktif ] dan munazzamah [ sistematik ] agar ia benar - benar berkesan untuk melahirkan susuk seorang pejuang yang mampu melazimi tahajjud, zikir al Ma'thuurat, bacaan al Quran, munajat, solat sunat, puasa sunat, solat berjamaah, kuliah agama dan pelbagai aktiviti amal fardi  [ibadah persendirian] serta dalam masa yang sama aktif  dan lincah di medan siasah [ politik ] jua dakwah [ penerangan ].

PAS amal ISLAM sebenar - Dr Chua Jui Meng

PAS amal ISLAM sebenar - Dr Chua Jui Meng

KEPALA BATAS,Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng mengakui PAS mengamalkan Islam tulen berbanding Umno yang banyak mengelirukan agama itu menyebabkan parti komponen BN seperti MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain tidak berminat mendekati Islam.

PAS, kata beliau banyak mengajar dirinya lebih dekat dengan Islam dan merasai ada kelainan bila mana mengadakan perbincangan atau pertemuan dalam Pakatan Rakyat.

"PAS lain dengan Umno yang saya kenal. Mereka memperjelaskan kekeliruan sehingga ramai bukan Islam dalam Parti Keadilan Rakyat dapat merasai kelainan berbanding berkawan dengan Umno," jelasnya yang juga Naib Presiden PKR ketika berucap dalam Karnival Penang Harmoni di Dewan Millenium, di sini malam tadi.
Related Posts with Thumbnails