Friday, December 31, 2010

Tenang: PAS bersiap untuk menang



LABIS, 31 Dis: Boleh ke Pakatan Rakyat melalui PAS menang dalam pilihan raya kecil Tenang? Inilah rata-rata soalan yang dikemukakan apabila diberitahu, "saya baru balik dari Tenang."

Agak sukar tetapi persiapan yang dibuat oleh jentera PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil ini nampaknya untuk menang. Walaupun pilihan raya kecil itu sebulan lagi, namun PAS sudah mempersiapkan semua keperluan asas yang diperlukan.
(Gambar: Bilik gerakan PAS dan Gerakan yang bersebelahan di pekan Labis)

Selangor mohon keadilan, kuasa lantik SUK

Kerajaan Selangor kini menyerahkan kepada Ilahi untuk "mencari keadilan dan kebenaran" dalam kemelut yang timbul rentetan dalam pelantikan setiausaha kerajaan negeri (SUK) baru negeri itu.

Usaha itu dilakukan melalui satu majlis solat hajat yang dihadiri kira-kira 200 orang di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam malam semalam setelah cubaan mengadakan perbincangan dengan Sultan Selangor sebelum ini menemui jalan buntu.

Bercakap dalam majlis ringkas itu, menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim berkata solat hajat berkenaan bertujuan untuk mengembalikan kuasa pemilihan SUK kepada kerajaan negeri.

Taklimat Pilihanraya Bersama YB Dr Mariah Mahmud

Alhamdulillah Halwa JPrK dan Lajnah Politik dan Organisasi DMP Puchong telah berjaya mengadakan Program Taklimat Pilihanraya bersama YB Dr Mariah pada 28 Dis 2010 (selasa) bertempat di Balai Masyrakat JKP Zon 12.  Kehadiran adalah melebihi sasaran dan program berjalan lancar seperti yang dirancang.  Program ini turut dhadiri oleh YDP Kawasan Puchong Ustaz Sufyan Ismail dan Ahli Majlis Zon 12 merangkap TYP Kawasan Puchong Ustaz Nasir bin Yusof.






Wednesday, December 29, 2010

 Khusrin: Pusat cuba 'guling' Selangor

Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Tindakan kerajaan pusat melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru dilihat seperti cubaan untuk mengguling kerajaan negeri Selangor, di samping memperlihatkan sikap sebenar kerajaan persekutuan yang tidak demokratik serta tidak menghormati semangat federalisme.
Biarpun perlantikan itu dilihat belum muktamad dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mohon mengadap Sultan Selangor untuk membincangkan perkara itu, pandangan kerajaan negeri wajar diteliti terlebih dahulu demi melahirkan sebuah kerajaan yang stabil.

Sunday, December 26, 2010

Hukum Menyambut Krismas oleh Ummat Islam


MUQADDIMAH
 
Hukum Menyambut Hari Krismas dan Mengucap salam serta memberi ucapan Merry Christmas kepada non Muslim

    Tanggal 25 Disember  merupakan tarikh istimewa bagi penganut agama kristian di seluruh dunia. Pada hari tersebut, para penganut agama ini akan meraikan perayaan Krismas sempena memperingati kelahiran Nabi Isa mengikut kepercayaan mereka. Menurut pegangan agama kristian, Nabi Isa merupakan anak kepada Allah S.W.T yang mengorbankan dirinya bagi menebus dosa warisan yang diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain akibat perbuatan Nabi Adam a.s. yang dikeluarkan dari syurga. Namun berbeza pula kita sebagai seorang muslim yang dikurniakan dua perayaan besar iaitu ‘Idulfitri dan ‘Iduladha tanpa mengingkari Nabi Isa adalah sebagai utusan, bukannya anak Allah S.W.T.

Thursday, December 23, 2010

BUKU JINGGA : UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA!


 SILA KLIK IMAGE UTK BESARKAN

Kebebasan Asasi & Kewarganegaraan

Majlis Peguam Malaysia   
Apa itu kebebasan asasi?

Kebebasan asasi adalah hak dan kebebasan yang kita punyai sebagai manusia. Sesetengah kebebasan asasi ini diperuntukan di dalam Perlembagaan. Oleh itu, hak dan kebebasan ini dikatakan ‘dijamin’ dan tidak boleh diambil melainkan Perlembagaan membenarkannya.

Kebebasan Asasi yang dijamin oleh Perlembagaan

Perkara 5 – Hak kehidupan dan kebebasan diri

Setiap orang mempunyai hak kehidupan dan kebebasan diri. Nyawa atau kebebasan diri tidak boleh dilucutkan melainkan ia mengikut undang-undang. Mahkamah telah menyatakan bahawa hak kehidupan termasuklah hak untuk pendapatan dan kehidupan berkualiti sementara kebebasan diri termasuklah hak privasi.

Wednesday, December 22, 2010

Negara Islam: Nik Aziz ucap tahniah pada Karpal

Harakahdaily 
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pemimpin veteran DAP, Karpal Singh yang terbuka untuk berbincang isu negara Islam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, merakamkan ucapan tahniah itu melalui satu kenyataan di sini hari ini.

“Mudah-mudahan dengan pendirian terbaru itu, YB Tuan Karpal Singh akan mendapat hidayah daripada Allah S.W.T. untuk menerima Islam sebagai satu sistem yang adil untuk semua kaum dan sesuai dipakai dalam politik Malaysia,” katanya.

Karpal yang juga Pengerusi kebangsaan DAP, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas kelmarin berkata, beliau mahu isu negara Islam segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

100 Hari : Najib dan Muhyiddin menggelabah

Khalil Idham Lim   
PM 1Malaysia, dilihat sangat gusar dengan tawaran 100 hari bila berkuasa yang diberikan oleh Pakatan Rakyat, Najib Tun Razak memberi reaksi segera dengan menyifatkan kenyataan Pakatan Rakyat sebagai tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar apabila mahu melaksanakan Program 100 Hari jika berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ahad lepas Pakatan Rakyat menawarkan kepada rakyat Malaysia Program 100 Hari mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika Pakatan Rakyat menang pada pilihan raya umum akan datang.

10 perkara asas 100 hari Pakatan Rakyat

Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 21 Dis: Rakyat negara ini tidak perlu teragak-agak untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang kerana jika peluang itu diberikan, semua pihak boleh melihat sendiri perubahan yang akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahannya dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak.
Sebaik sahaja Pakatan Rakyat diberikan peluang memerintah negara, perkara pertama yang akan dilakukan dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek.
Setelah itu, ia akan disusuli dengan langkah kedua iaitu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ternyata merupakan akta zalim dan tidak menepati kehendak Islam, manakala langkah ketiganya pula menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar)menegaskan, selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menyusun langkah keempat yang melibatkan dasar media dengan memperkenalkan akta kebebasan maklumat iaitu dengan melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah atau media yang kini ternyata amat ketat.
Menurut beliau, sekiaranya rakyat negara ini memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negara, setiap pihak turut berpeluang melihat kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negara dengan lebih baik berbanding Kerajaan BN dalam pelbagai perkara lain termasuk yang melibatkan kebajikan kepada warga emas.

Monday, December 20, 2010

Ucapan Tuan guru di Konvesnyen Pakatan Rakyat 2

INTIPATI UCAPAN PRESIDEN PAS SEMPENA
KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KE-2

Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang
19 Disember 2010

Mukaddimah
1.    Yang Dihormati Saudara Pengerusi, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), YAB Saudara Lim Guan Eng - Setiausaha Agung DAP – Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Dihormati Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail – Presiden PKR, Seluruh Anggota Kepimpinan  PAS – PKR – DAP, YAB Menteri Besar Kelantan – Kedah – Selangor, NGO, para tetamu dalam dan luar negara, Wakil-wakil Kedutaan Asing, Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh perwakilan dan pemerhati sekalian.

2.    Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita sekali lagi berada dalam kesempatan yang sangat bermakna di penghujung tahun 2010, setelah setahun lalu kita sama-sama melakarkan sejarah dengan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di Shah Alam pada bulan Disember 2009.

3.    Tentunya Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua ini pula akan menjadi medan kita bermuhasabah, menilai keperluan, menanda aras pencapaian dan menambahbaik tindakan, setelah kita diberikan amanah menguruskan kerajaan di empat buah negeri dan seterusnya memimpin rakyat untuk membuat perubahan di negeri-negeri yang lain, insyaAllah.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Ketetapan Konvensyen Pertama

PR: Muafakat PAS Tanding Di DUN Tenang



Calon daripada PAS akan dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang, sebagai mewakili pakatan pembangkang, kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat bersama pemimpin pakatan pembangkang
.

Rakyat Berubah BN Rebah

Parti Islam SeMalaysia Pas mengucapkan tahniah kepada pimpinan Pakatan Rakyat dan peserta konvensyen Pakatan Rakyat 2010 yang telah berjaya dengan jayanya. Konvensyen yang telah berjaya mencapai matlamatnya. Harapan pemimpin umno BN dan media BN cuba untuk mengadu d yakut perubahan kerana mereka tidak mahu berubah. Mereka takut rakyat berubah kerana mereka akan rebah. Mereka tidak mahu kepada urus tadbir dengan baik.
Konvensyen Pakatan Rakyat berakhir dengan baik, pandangan yang bernas daripada wakil yang mewakili parti daripada pimpinan tertinggi hinggalah kepada sayap parti.
Cadangan yang dicadangkan di dalam konvensyen begitu  praktikal untuk dimanfaatkan oleh rakyat. Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan.

Saturday, December 18, 2010

PROGRAM KHUSUS UNTUK MUSLIMAT PUCHONG

Assalamualaikum.. ,
Kepada :
AJK DMP Puchong
Halwa JPrK
Ketua Halwa JPrU dan ajk
Ketua Muslimat Cawangan dan ajk

Per : Program Khusus Untuk Muslimat
Sukacita dijemput ustazah / puan untuk hadir ke program berikut:

1. Kursus Kepimpinan Siri II DMPP

    Tarikh:        18 - 19 Disember 2010
    Tempat:      Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) (Bermalam di Bluewave Hotel)
    Masa:         8.30 pg (Pendaftaran)
    Yuran:        Tiada
    Keperluan:  Pakaian dan baju sukan
    Sasaran peserta: 30 orang
    
2. Taklimat Pilihan Raya Bersama YB Dr Mariah

    Tarikh:        28 Dis 2010
    Tempat:      Balai Masyarakat JKP 12 (depan lombong Kg Sri Aman)
    Masa:         8.30 pm
    Yuran:        Tiada
     
Diharap semua petugas pilihan raya muslimat tidak melepaskan 2 peluang keemasan ini. Mohon pada ketua UPU / ketua cawangan agar memaklumkan pada halwa masing-masing. Mohon juga agar para suami dapat memotivasikan para isteri untuk hadir ke program ini.

Sebarang pertanyaan  boleh hubungi Ketua Muslimat di talian 017-2409293 atau Setiausaha DMP Puchong di talian 012-3590809
Sekian. Wassalam
Pengerusi Unit IT DMP Puchong

Pakatan akan buktikan ia lebih baik daripada BN

Hafiz Yatim & Abd Rahim Sabri

Konvensyen Pakatan Rakyat yang dijadual Ahad ini akan cuba membuktikan kepada rakyat bahawa gabungan parti pembangkang itu adalah alternatif yang lebih baik daripada BN, kata ahli jawatankuasa PAS Pusat Mujahid Yusof. 

NONE

Menurut Mujahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa penganjuran konvensyen itu, persidangan yang bertemakan "Ubah Sekarang" antara lain akan membincangkan mengenai isu dan membentuk pandangan Pakatan berhubung isu Melayu, federalisme, dan keadilan dalam pengagihan ekonomi rakyat. Katanya perkara berkenaan akan dibincangkan oleh ketiga-tiga presiden parti - PAS, DAP dan PKR - dalam konvensyen sehari di Dewan Millenium, Kepala Batas.


 "Ia merupakan peluang kepada Pakatan untuk menunjukkan bahawa kita lebih baik daripada BN. Tujuan utama kita, sekiranya Pakatan berkuasa, kita akan cuba meningkatkan pendapatan isi rumah kepada RM4,000 berbanding RM3,500 sekarang ini," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini. 




Friday, December 17, 2010

 Strategi Pakatan menjelang PRU-13

Li Fook Gao   

Dengan pendedahan WikiLeaks baru-baru ini, nampaknya bukan sahaja faktor dalaman, malah faktor luaran yang terkena masanya juga akan menjadi elemen penting dalam menukar momentum BN dan PR menjelang PRU-13.

Namun segalanya belum terlambat bagi PR kerana angin perubahan dan momentum politik kedua-dua belah masih boleh berubah secara ketara dalam masa 3 bulan ini bergantung kepada isu-isu semasa.

Sunday, December 12, 2010

Perlembagaan, teras konvensyen ke-2 PR

Harakahdaily   
PETALING JAYA, 12 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Konvensyen ke-2 Pakatan Rakyat di Pulau Pinang minggu depan tetap meletakkan Perlembagaan sebagai landasan perbincangan.
Bercakap kepada media selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam, Tuan Guru Abdul Hadi menjelaskan, konvensyen kali ini juga adalah penerusan kepada resolusi yang dicapai pada konvensyen pertama PR di Shah Alam tahun lalu.
"Kita telah meletakkan satu asas kukuh melalui kenyataan bersama dalam konvensyen pertama di Shah Alam yang berteraskan pada prinsip penting dalam perlembagaan yang berjaya melahirkan negara bermasyarakat majmuk," katanya.

Pakatan akan elakkan isu berduri di konvensyen

hadi awang, anwar ibrahim, lim kit siang, pakatan leadersSeperti dijangkakan konvensyen Pakatan Rakyat yang dijadualkan Ahad depan akan mengelakkan isu-isu sensitif yang mungkin meretakkan hubungan ketiga-tiga parti komponen itu.

Bercakap kepada wartawan di inu pejabat PKR di Petaling Jaya, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Lim Kit Siang sepakat berkata agenda utama mereka adalah “membincangkan isu-isu yang sudah dipersetujui”.

Thursday, December 9, 2010

Kahwin Bawah Umur : Peranan Dan Didikan Ibu-Bapa Penting

SHAH ALAM 9 DIS : Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak adalah penting apabila mengaitkan isu perkahwinan anak-anak bawah umur kerana amalan itu dibenarkan mengikut Islam.

Menurut Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali, beliau meminta supaya ibu bapa lebih bertanggungjawab dalam memberi didikan yang betul dan sempurna kepada mereka sebelum berkahwin.

Beliau juga turut memberi nasihat kepada ibu bapa, jika mahu mengahwinkan anak-anak mereka biarlah selepas tamat persekolahan dan cukup matang dalam alam perkahwinan.

Kenaikan 4-dalam-1: PROTES sedia berdemo

Pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat bersedia turun ke jalanan bagi menuntut kerajaan menarik balik kenaikan harga barangan 4-dalam-1 yang diumumkan minggu lalu.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 43Bagaimanapun, setakat hari ini, pihak-pihak berkenaan masih memantau kesan kenaikan itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Minggu lalu, harga petrol RON95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.

Wednesday, December 8, 2010

Kenaikan 4-dalam-1: PAS naikkan kain rentang

Sebagai kempen membantah kenaikkan 4-dalam-1 harga petrol, diesel, gas dan gula semua cawangan PAS di seluruh negara diminta menaikkan kain rentang di setiap kampung untuk membangkitkan kesedaran bahawa negara di dalam bahaya apabila diperintah
oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

idris ahmad pas information chiefKetua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata seluruh jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mesti bangkit untuk menimbulkan kesedaran politikdi kalangan rakyat terutama mereka yang tidak banyak menggunakan media baru.

“PAS mengharapkan rakyat dapat 'sekolahkan' pemimpin BN melalui kuasa politik. Pemimpin yang tidak memperdulikan rakyat ini hanya takut dengan azab dunia iaitu apabila kuasa mereka ditumbangkan oleh rakyat.

“Setelah mereka merasakan rakyat bertambah yakin melalui peti undi pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi maka mereka sudah lupa kepada rakyat dan tidak mahu mengambil tahu tentang derita rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Minggu lalu, harga petrol RON95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen.

Tuesday, December 7, 2010

Muslimat dalam Ijtima' Tarbawi PAS Kawasan Puchong

salam..
Alhamdulillah hampir keseluruhan ajk Dewan Muslimat PAS Puchong telah hadir dalam program ijtima' Tarbawi yang diadakan di kompleks 3C MPSJ Subang Jaya kali ini. Terima kasih pada ustaz Idris Ahmad yg telah membentang kertas kerja yang cukup bagus dan membangkit kembali semangat juang ahli-ahli PAS yg hadir.




RESOLUSI IJTIMA’ TARBAWI PAS PUCHONG 2010

1)Ahli dan  pimpinan perlu memahami realiti  yang dihadapi oleh Pas sekarang yang menuntut ahli  sentiasa bersedia  dan tidak leka dengan nikmat kemenangan sekarang. Justeru ahli perlu memanfaatkan setiap ruang dan peluang seperti,  masjid , ahli majlis, pusat khidmat masyarakat,
 2)Pemerkasaan Parti perlu  dilakukan secara dua hala kepimpinan dan juga ahli, dengan melihat Tarbiyah sebagai tunjang kekuatan jamaah. Wala’ dan Thiqah tidak berbelah bahagi terhadap pemimpin yang dilantik walaupun terdapat perbezaan pandangan.

IJTIMA' TARBAWI PAS KAWASAN PUCHONG

Mohon semua ajk dmp Puchong meluangkan masa untuk hadir ke program ini.

Salam.

IJTIMA' TARBAWI PAS KAWASAN PUCHONG

Berikut adalah makluman awal kepada semua ahli. InsyaAllah, sms dan surat rasmi kepada semua yang terlibat akan menyusul kemudian.

TARIKH  : 7 DISEMBER 2010 /1 MUHARRAM 1432H

TEMPAT : KOMPLEKS 3 C MPSJ SUBANG JAYA (sebelum Sunway Lagoon)

MASA    : 8.30 PAGI- 1.00 TGH

PESERTA:
            1)SEMUA AJK KAWASAN
            2)SEMUA AJK DEWAN PEMUDA
            3)SEMUA AJK MUSLIMAT
            4) Ketua dan 4 perwakilan PAS Cawangan

TENTATIF:
            8.30PG       PENDAFTARAN
            9.00PG      BACAAN AL-QURAN
                            LAGU PAS 
                            ALUAN PENGARAH
                            UCAPAN YDP
                      
            9.15 PG     KERTAS KERJA 1
                            UST IDRIS AHMAD
                            KETUA PENERANGAN PAS PUSAT
            10.30PG    MINUM RINGAN
            10.45 PG   KERTAS KERJA 2
                            YDP
            11.45PG    DIALOG ISU-ISU TARBIYAH
            12.30PG    RESOLUSI DAN IKRAR
                            DOA RABITAH
            12.45PG    MAKAN TENGAHARI & BERSURAI

Sekian.

Muhammad Arif Mahmud
Setiausaha
PAS Puchong
Related Posts with Thumbnails