Saturday, August 28, 2010

PERUTUSAN DARI MAKKAH AL MUKARRAMAH SEMPENA PROGRAM MEMPERINGATI BADAR AL KUBRA PAS PUCHONG

Bismillah walhamdulillah wassolatu wassalamu ‘ala Rasulillah wa ‘ala alihi wa man waalah..wa ba’
 Assalamu alaikum wbh,,
 Semalam tanggal 17 Ramadhan, kita selalu diingatkan dengan peristiwa besar dalam sejarah kegemilangan Islam iaitu peperangan Badar al Kubra. Pagi Jumaat tersebut, di sebuah lembah bernama Badar menjadi saksi kepada pertempuran hebat antara yang mahu tunduk kepada Allah dan yang mahu terus tegar dengan peninggalan nenek moyang yang berbekaskan kufur dan jahiliah. Itulah hari yang Allah namakan Yaumul Furqan [hari yang membezakan antara yang haq dan batil].
 Perang yang hanya melibatkan kira-kira 313 orang bala tentera di pihak Islam yang serba kurang kelengkapan peperangan berbanding bala tentera kuffar yang berjumlah kira-kira 1000 orang yang lengkap bersenjata. Pada peringkat awal, Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda keluar dari Madinah bukan dengan tujuan untuk berperang. Mereka hanya mahu memintas rombongan Abu Sufyan yang dalam perjalanan pulan dari Syam. Tindakan itu bagi melumpuhkan bekalan musuh yang berpusat di Makkah. Tetapi, Allah Ta’ala menghendaki yang lebih daripada itu.

10 pembohongan besar media berkenaan Israel

http://haluanpalestin.haluan.org.my  
Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.

Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:


Tekad Bersama Melaksana Hududullah

Firman Allah SWT:
Bermaksud : Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan keizinan daripadaNya, atas sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan Darulnaim untuk tahun 1431 kali ini. Tahniah kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan kerana berjaya mengadakan sambutan tersebut pada 9 Ramadhan bersamaan 19 Ogos 2010 yang merupakan sambutan tahunan amat penting bagi seluruh rakyat Kelantan. 

Tuesday, August 24, 2010

Sumbangan dan iftar bersama masyarakat Kg Tengah

23 Ogos 2010 Isnin saya berkesempatan untuk bersama masyarakat Kg Tengah dalam program memberi sumbangan kepada golongan miskin dan Majlis Berbuka Puasa Perdana.  YB Teresa turut hadir untuk memberi sumbangan, di samping Penyelia Pusat Khidmat Masyaakat DUN Sri Serdang En Rosharizan. Turut hadir adalah Ahli Majlis Zon 13 dan Puan Hesni ahli Majis Puchong Permai, Dewan Harian PAS Kawasan, DH Harian Dewan Pemuda dan Dewan Harian Dewan Muslimat.

Sumbangan dan iftar bersama ibu bapa PASTI cawangan Puchong Utama

21 Ogos 2010 Sabtu Cawangan Puchong Utama dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seri Serdang telah berbesar hati memberi sumbangan kepada 60 orang ibu tunggal dan fakir miskin dari masayarakat sekitar UPU Puchong Utama.  Majlis ini telah dirasmikan oleh TYP Ustaz Nasir yang tidak dapat bersama dalam majlis berbuka Puasa kerana ada majlis di tempat lain.  Pasti As- Syifaa telah menyediakan makanan untuk iftar bersama ibubapa pelajar Pasti.  YB Teresa turut bersama menyampaikan sumbangan dan menjamu selera bersama ibubapa pelajar Pasti.


PAS minta pemimpin Pakatan hentikan debat hudud

Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya menghentikan perbalahan mengenai ura-ura hukum hudud akan dilaksanakan jika mereka membentuk kerajaan persekutuan.


Menurut Dzulkefly sekiranya perbalahan umum itu berterusan, maka sejarah akan berulang yang menyaksikan pakatan pembangkang menumbangkan sesama mereka. Kali terakhir, kejadian seumpama itu berlaku pada 2001 apabila DAP meninggalkan pakatan Barisan Alternatif .

Katanya, pemimpin Pakatan sepatutnya menggunakan rangka kerja polisi umum (CPF) yang digubal pada Disember lalu sebagai panduan.

Liqa Akhawat dan Iftar Muslimat

Alhamdulillah pada 14 Ogos 2010, Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan DMPK telah berjaya mengadakan program Liqa Akhawat atau juga dikenali sebagai Usrah Gabungan Muslimat bertempat di Pasti Al Mawardi.  Walaupun kehadiran kurang memberangsangkan tapi prgogram dapat diadakan dengan penuh meriah dan seperti yg dijadualkan.

Naqib pada hari tersebut adalah Ustaz Hayazi umar iaitu Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Puchong.  Perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan puasa dan perjuangan.  Turut bersama ustaz hayazi adalah NYDP dan seorang ajk pemuda sdr Ahmad Azuwan.

Sambutan iftar bersama muslimat pada saya amat meriah biarpun dengan kehadiran yang kurang memuaskan disebabkan oleh pertembungan dengan beberapa program. Bermacam juadah disajikan.  apabila masing-masing membawa seorang sedikit juadah ia menjadi banyak dan beraneka.

Program ini diakhiri dengan solat terawih berjemaah.

Monday, August 23, 2010

Cadang Naik Tarif Air Dan Cukai Tanah; Najib Tidak Tahu Derita Rakyat!

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/tarifaircukaitanah1.gifPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai 'orang yang tidak mengetahui derita dan keperitan rakyat bawahan' kerana mencadangkan supaya kerajaan negeri menaikkan tarif air dan cukai tanah.

Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataannya pagi ini 23 Ogos berkata Najib yang sering melaungkan slogan rakyat didahulukan, tiba-tiba mencadangkan peningkatan tersebut yang kononnya akan meningkatkan hasil pendapatan negeri. 

Sunday, August 22, 2010

Peristiwa di bulan Ramadhan

Allah berfirman di dalam Al-Quran

‘Sesungguhnya pada kitab-kitab mereka itu ada pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal’ (surah Yusof :111)

‘Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.’ (Surah Al-A’raf : 176)

Ramadhan bukan bulan alasan untuk duduk lesu kerana dahaga. Ramadhan bukan juga bulan alasan, untuk mengurang masa berusaha.

Ramadhan adalah titik nikmat daripada Tuhan, untuk kita berlama-lama di atas sejadah, untuk kita mengucur peluh dalam jalan perjuangan, dan untuk kita mengasak nafsu agar ibadah, tidak lagi palsu.

Saturday, August 21, 2010

Khutbah: PAS sokong siasatan rapi

KUALA LUMPUR, 21 Ogos: PAS menyokong penuh agar satu siasatan rapi dilakukan bagi membuktikan apa yang didakwa oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung nama Lim Guan Eng digunakan di dalam khutbah.

“PAS melihat isu ini cuba dipolitikkan bagi menimbulkan kemarahan umat Islam khususnya orang Melayu kepada Pakatan Rakyat (PR),” ujar Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, ianya juga  lanjutan isu perkauman yang dicanangkan oleh Umno BN setelah mereka gagal mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu khususnya dan kini menumpukan isu Melayu bagi meraih sokongan.

Wednesday, August 18, 2010

PAS dakwa sambutan Hari Kekasih, Tahun Baru antara punca buang bayi

August 18, 2010

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Sambil mendakwa kes buang bayi antara lain berkaitan dengan kebebasan sambut Hari Kekasih dan Tahun Baru, bagi mencari jalan penyelesaian Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan sidang meja bulat minggu depan.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Azman Shapawi Abdul Rani, sidang media bulat akan diadakan bagi membincangkan isu zina, rogol dan pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

“Kita akan adakan sidang meja bulat ini pada 22 Ogos bagi membincangkan isu yang semakin hebat diperkatakan sekarang.

Dengki, punca dinar Kelantan ditentang- TG Nik Aziz


KOTA BHARU, 18 Ogos: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan mempolemikkan penggunaan dinnar emas dan dirham perak di Kelantan adalah disebabkan sifat hasad dengki dan pihak tertentu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak melihat penentangan penggunaan dinar dan dirham tersebut mempunyai asas yang kuat selain dendam politik Umno terhadap kerajaan PAS negeri itu.

Tuesday, August 17, 2010

Kerajaan dulu kira nak tutup sekolah agama

SUBANG, 17 Ogos: “Jika dibandingkan dengan pemerintahan yang dulu hanya tahu nak tutup sekolah agama tapi kerajaan sekarang menghargai sekolah agama,” ujar Pengetua Ma'had Tahfiz An-Nur, Desa Subang Permai, Ustaz Sobri Mohd Nor.

Beliau menyatakan demikian pada majlis ringkas menerima sumbangan kerajaan negeri yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, pagi ini.

Husam Bidas Editor Islamic Banker


PETALING JAYA: Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa membidas editor majalah Islamic Banker, Mushtak Parker dan menyifatkan beliau tidak layak memberi pandangan mengenai dinar emas dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan PAS Kelantan.

Husam mendakwa penulis berkenaan mempunyai agenda tersembunyi apabila menuduh PAS Kelantan mengambil kesempatan terhadap emosi dan simpati orang Islam.

Saturday, August 14, 2010

ISTIQAMAH AMALAN SEPANJANG RAMADHAN

1 Ramadan 1431 H | 11 Ogos 2010


Ramadhan bulan yang penuh keberkatan dan rahmat Ilahi kepada hambaNya, kerana hanya Ramadhan disebut namanya oleh Allah di dalam Al-Quran, sedangkan bulan-bulan lain tidak dinyatakan namanya oleh Allah. Ini satu penghormatan Ilahi kepada Ramadhan serta pengisytiharaan Ilahi kepada seluruh umat manusia. Lantaran itu kehadiran Ramadhan hendaklah dilihat dari pelbagai perspektif positif bagi menjadikannya pemangkin kepada perubahan.

Kase terus berjuang hingga saman dihapuskan

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Perjuangan Kempen Anti Saman Ekor (Kase) akan tetap diteruskan sehingga kerajaan menghapuskan terus saman yang membebankan rakyat, tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Bagi Pengerusi Kase itu, saman ekor bukan sahaja membebankan rakyat malah mencabar Perlembagaan Persekutuan.

"Kase akan tetap meneruskan kempen menyedarkan rakyat bahawa keputusan kabinet yang tetap akan menyenarai hitam nama pesalah jalan raya selepas 28 Februari 2011 hakikatnya mencabar Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Friday, August 13, 2010

Selangor Amalkan Dasar Terbuka Merakyatkan Maklumat

Kerajaan Negeri Selangor bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang mengamalkan dasar maklumat terbuka selaras dengan agenda Pakatan Rakyat merakyatkan maklumat.

Justeru, satu perbincangan terbuka diadakan antara kerajaan negeri, Majlis Peguam Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan bagi merealisasikan hasrat ini.
Pengerusi Perbincangan Bersama Jawatankuasa Pilihan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat 2010, Saari Sungib menjangkakan enakmen maklumat terbuka ini akan dibentang tahun hadapan.

 “Saya harap perbicangan kali ini mendapat kerjasama semua pihak mengenai pandangan jawatankuasa bagi mana-mana pihak yang mendaftar, masyarakat dan individu, pakar-pakar dalam perundangan kebebasan berkuasa, tujuannya adalah mendapat maklum balas perkara ini.

PAS bagai doktor rawat penyakit rakyat

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan kepimpinan PAS yang sangat menjaga kebajikan rakyat, terutama dalam isu saman ekor. Kesungguhan barisan kepimpinan ini saya sifatkan adalah hasil daripada tarbiah yang berterusan.

PAS tidak boleh hanya dengan ceramah. Ceramah hanya satu metode. PAS memerlukan kepada tindakan sebagaimana kata al-Banna, biar tindakan kita menceritakan siapa kita. Apa yang saya nampak sekarang, PAS sudah mula masuk ke dimensi baru; iaitu dunia tindakan yang praktis bukan lagi omong-omong dan bukan lagi ceramah semata-mata.

Mazlan Aliman patut diberi penghargaan atas kesungguhannya dalam membela nasib peneroka Felda. Kepimpinan PAS Kelantan terus maju ke hadapan dengan idea dinar emas dan dirham. Begitu juga dengan tindakan PAS yang lain, semua ini membuktikan bahawa PAS sudah bersedia untuk mengambil kerajaan daripada BN pada pilihan raya akan datang.

Wednesday, August 11, 2010

Perutusan Khas Ramadhan 1431H : Ramadhan - Penyucian Diri Untuk Kembali Kepada Fitrah


Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapkan antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa masalah akan dirujuk kepada pawang. Selalunya penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan mengadu kepada kuasa lain dengan cara yang khurafat. Lalu lahirlah amalan memuja pokok, sungai, batu, cakerawala dan sebagainya.

Semua ini menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara semulajadinya, manusia perlu kepada tuhan. Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa pencipta. Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapakah yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah. Lahirlah dari rasa fitrah tersebut amalan-amalan khurafat yang wujud semenjak zaman dahulu kala.

Tuesday, August 10, 2010

Hi tea Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

8 Julai 2008 Ahad, Lajnah Kebajikan DMPNS telah berjaya mengadakan program Hi tea untuk mencari dana bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan dan ibu tunggal.  Penceramah jemputan adalah YB Dato Mohd Nizar, Dato Pesuruh Jaya Selangor dan YB Khalid Samad.  Majlis diserikan dengan kehadiran penyanyi Azhan yang telah mendendangkan beberapa buah nasyid.  Dalam majlis ini juga disediakan sumbangan kepada ibu tunggal dan keluarga miskin, juga tidak dilupa anak-anak yatim disekitar Shah Alam.

Karnival Memancing MPSJ

Pada 8 Ogos 2010 Ahad, bertempat di Taman Tasik Puchong Perdana telah di adakan Karnival Memancing MPSJ 2010.  Program bermula seawal jam 8 pagi, iaitu dengan pendaftaran mewarna untuk kanak-kanak dan gubahan bunga, tetapi sebelum itu pertandingan memancing telah pun bermula. Juara untuk memancing diberi ganjaran wang tunai rm3000, tempat kedua RM1500 dan tempat ke 3 RM1000, dan hadiah disediakan sehingga tempat ke 15. Banyak acara2 lain yg telah diadakan termasuklah pertunjukan silap mata, sukaneka, perlumbaan kayak, pertunjukan taekwando, silat lincah dan wushu, pertunjukan alat kawalan jauh, pertandingan timang bola sepak raga dan menangkap itik.

Sunday, August 8, 2010

Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang di Persidangan Integriti Kebangsaan 2010

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG, Y.A.B. TUAN LIM GUAN ENG SEMPENA PERSIDANGAN INTERGRITI KEBANGSAAN 2010, 7 OGOS 2010 DI HOTEL EASTIN PULAU PINANG.



Kelihata Anwar Ibrahim menunjukkan muka garangnya..

1. Selamat datang ke Persidangan Intergriti kebangsaan Kalifah Umar bin Abdul Aziz 2010 yang bakal menfokuskan kepada Penciptaan Semula Pemerintahan Yang Baik.

2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi penganjur, Y.B. Abdul Malek Abdul Kassim dan barisan jawatankuasa yang telah menjayakan persidangan ini. Kepada para pembicara, saya percaya bahawa majlis ini bakal menyuntik pelbagai ilham demi kebaikan bersama.

Usrah Qiadi dmpk

Malam tadi, 6 Ogos 2010 sabtu, Lajnah Tarbiyah dmpk Puchong telah mengadakan Usrah Qiadah yang diadakan setiap dua bulan bertempat di Markas cawangan Aman Bistari.  Naqibah untuk usrah qiadah ini adalah ustazah Tahirah dari Sepang yang merupakan ketua Lajnah Tarbiyah DMPNS.  Mudah-mudahan ilmu yang diterima dapat memberi kekuatan untuk kita terus istiqamah dalam perjuangan.


Saturday, August 7, 2010

Saman ekor: PAS mula kumpul rekod

http://gemasuara.blogspot.com/   
PAS akan mula mengumpulkan rekod dan maklumat diri penerima saman ekor - yang tidak dapat memperbaharui lesen memandu ekoran disenarai-hitam - sebagai persediaan awal bagi kemungkinan mengambil tindakan undang-undang kepada kerajaan.
Usaha itu akan dimulakan dalam pertemuan pertamanya dengan mangsa saman ekor dan pemilik kenderaan di Ampang Jaya pada Isnin depan.
Kita minta mangsa membawa dokumen berkaitan, kita daftarkan. Jika kerajaan enggan membenarkan mereka memperbaharui cukai jalan, kita akan ambil tindakan undang-undang.
Itu kita kena ada rekod.
Saya bercadang mengadakan pertemuan dengan pihak polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kementerian dalam negeri, termasuk mengadukan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung perkara itu.

Friday, August 6, 2010

Sekolah pelajar hamil bukti perzinaan serius

Mohd Ali Hashim   
ALOR SETAR, 6 Ogos: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, cadangan Kerajaan Negeri Melaka untuk mewujudkan sekolah khas bagi pelajar hamil menggambarkan betapa serius dan dahsyatnya perzinaan dan kemungkaran berlaku di dalam masyarakat hari ini.
"Kita tidak menolak kemungkinan yang berlaku ini adalah disebabkan kegagalan Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang memerintah harus berani berperanan bagi mencegah kemungkaran dan bukannya memelihara hasil dari perbuatan mungkar tersebut,” katanya.
Katanya, kerajaan yang memerintah tidak berusaha dengan serius ke arah menentang kemungkaran tersebut.
“Apa yang mereka lipatgandakan usaha ialah kempen membayar zakat. Mana ada kempen menentang zina. Pegawai-pegawai di pejabat agama hanya turun padang untuk banteras khalwat,” ujarnya yang juga Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat.

Thursday, August 5, 2010

SPR dan igauan 4.3 juta belum daftar

Wan Nik Wan Yussof   
Kebelakangan ini isu 4.3 juta warganegara belum mendaftar acapkali diperbesar-besarkan. Ia berkemungkinan ada hubungannya dengan bahang pilihan raya yang berjaya ditiupkan oleh Umno. Kehangatan itu turut menarik perhatian Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk mengambil langkah sesuai, kerana angka 4.3 juta itu sewajarnya ditangani oleh SPR sendiri. Ekoran daripada itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar turut memberi respon seperti mana dilaporkan oleh beberapa media arus perdana.
SPR dalam perlembagaan
Fungsi SPR dalam urusan mendaftar warganegara yang cukup umur 21 tahun tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan. Fungsi itu bersumberkan kuasa di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan adalah untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Cadangan sekolah hamil hina wanita


HTP_7550PETALING JAYA: Saranan pembinaan sekolah hamil peringkat kebangsaan akan menyebabkan gejala zina dan pergaulan bebas semakin berleluasa, kata ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail.

Beliau berkata, idea atau cadangan itu tidak masuk akal dan menghina generasi muda khususnya wanita.

"Saya tidak menolak bahawa remaja-remaja ini harus diberi peluang kedua tetapi dalam bentuk pencegahan dan bukannya satu bentuk habuan yang akhirnya akan mengakibatkan ia menjadi semakin sukar dibendung.

Monday, August 2, 2010

Islam adil untuk semua

http://episodeperjuangan.blogspot.com/       
1. Kebelakangan ini negara kita dan sebahagian rakyatnya sedang memerhati isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Yb. Tony Pua berkait dengan diskaun bumiputera dalam pembelian rumah bagi hartanah yang bernilai RM 500,000 ke atas .

2. Ada beberapa perkara yang perlu terlebih dahulu saya tegaskan di sini berkait isu yang timbul sebelum saya mengulas lanjut .

Pertama : Yb. Tony Pua sewajarnya tidak mendahului Majlis Mesyuarat PAKATAN Rakyat dalam membuat kenyataan yang boleh mencetus kontraversi seperti ini sementelah menyentuh kepentingan bumiputera . Sedang Majlis Mesyuarat PAKATAN Rakyat adalah mekanisme terbaik untuk membincang dan membuat keputusan berkait isu seperti ini .

Sunday, August 1, 2010

Program Meraikan Ibu Tunggal

31 Julai 2010 Pusat Khidmat Mayarakat DUN Sri Serdang dan DUN Kinrara dengan kerjasama DMPK Puchong dan JKP zon 13 telah berjaya mengadakan Program Meraikan Ibu Tunggal sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang akan datang tidak berapa lama lagi.  Program berjalan lancar, 90 orang peserta hadir dari 100 orang ibu tunggal yang dicalunkan untuk menerima sumbangan.  Program ini juga merupakan titik tolak kepada penubuhan Persatuan Ibu Tunggal Puchong yang akan didaftarkan tidak lama lagi.



Related Posts with Thumbnails