Tuesday, May 31, 2011

Persiapan Muktamar PAS ke-57 hampir selesai

Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 31 Mei: Jika sebelum ini Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm) yang terletak di Taman Melewar, di sini, agak sunyi, sepanjang 3 hingga 5 Jun ini, suasananya pasti akan berubah sama sekali dengan kunjungan orang ramai dari seluruh negara.
Kolej tersebut yang turut menempatkan Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor akan menjadi tempat berhimpun 1,150 perwakilan PAS dari seluruh negara, manakala di persekitarannya pula dimeriahkan dengan gerai-gerai perniagaan yang pasti mencetuskan hiruk pikuk dan riuh rendah suara orang ramai yang berkunjung ke gerai-gerai yang disediakan.

BN MENANG, BARANG NAIK

Idris Ahmad
30/5/11

Kerajaan BN gagal untuk menjalankan tugas menjaga kepentingan rakyat. Pemimpin sudah lari daripada tanggungjawab sebenar sebagai seorang pemimpin kepada rakyat. Sepatutnya sebagai pemimpin yang menjadi khadam rakyat perlu mencari formula bagaimana hendak menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat.
Realiti Kesusahan Rakyat.
@Kenaikan harga barang keperluan rakyat seperti bawang merah RM7.00, bawang putih RM8.00 sekilo, sayuran,ikan dan minyak masak.

@Baru-baru ini di negeri Pahang minyak masak tidak ada di pasaran, sedangkan Pahang pengeluar sawit terbesar di negara ini.

Monday, May 23, 2011

PAS jalin hubungan dengan parti politik Ikhwan

Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 23 Mei: Murshid Ikhwan Muslimin, Dr Mohamed Al-Badie’ hari ini telah menghantar ucapan tahniah serta doa kepada Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana terus diberi kepercayaan oleh ahli untuk terus memimpin PAS menjelang Muktamar PAS Ke-57, Jun ini.
Pernyataan itu disuarakan oleh beliau ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi di pejabat baru beliau di Kaherah (gambar), bagi memenuhi jemputan menghadiri perasmian Markaz Al-Am Ikhwan Muslimin atau ibu pejabat Ikhwan Muslimin setinggi 7 tingkat yang berdiri megah di tengah-tengah kota Kaherah.
Dalam pertemuan tersebut, Dr Al-Badie’ juga menegaskan bahawa Ikhwan Muslimin komited dengan perubahan politik baru Mesir dan kini sedang mengatur persiapan bagi menghadapi pilihan raya.
Menurut beliau, Ikhwan akan terus komited membela kepentingan rakyat Mesir dan sama-sama membangunkan kembali negara yang telah dimusnahkan oleh rejim Mubarak yang bukan sahaja rakus membolot khazanah kekayaan negara, tetapi juga menafikan hak asasi rakyat Mesir dengan melakukan pelbagai bentuk kekejaman dan kezaliman.

Muktamar pemuda, muslimat di Shah Alam, ulamak di KUIZM

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 23 Mei: Majlis perasmian bagi Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Kali ke-52 tahun ini akan diadakan pada 1 Jun ini bermula jam 8 malam di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam.
Ianya dijadualkan akan dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa selepas selesai ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan.
Turut dijadual berlangsung pada malam itu adalah penyampaian beberapa anugerah khas.
Muktamar penuh bagi dewan itu pula akan berlangsung 2 Jun di tempat sama.
Bagi Dewan Muslimat pula, muktamar penuh juga akan berlangsung pada 2 Jun bertempat di Dewan Jubli Perak, bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor di Shah Alam.
Majlis perasmian muktamar dewan itu akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Untuk Dewan Ulama pula, muktamar juga akan diadakan pada 2 Jun bertempat di Dewan Kolej Universiti Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar.
Majlis perasmiannya akan disempurnakan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib di sebelah paginya.

Pendidikan: Semua pihak perlu berganding bahu

http://lanh14.blogspot.com/
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan
"Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami." (Maksud Ayat 57 Surah An-Ankabut)
***

Terlebih dahulu kita ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik yang menyambut hari penuh pengertian itu pada tanggal 16 Mei lalu.

Kita ingin merakamkan sepenuh penghargaan kepada guru-guru yang telah sepenuh daya fikiran dan kudrat mendidik generasi muda namun pada ruangan ini kita ingin mengingatkan seluruh masyarakat bahawa guru bukannya satu-satu kumpulan yang perlu dipertanggungjawabkan kepada masa depan anak bangsa kita.

Sunday, May 22, 2011

Update! GAMBAR : Suasana pilu menyelubungi pengebumian mangsa tanah runtuh

MASJID Sultan Sallahuddin Shah di Batu 14, Hulu Langat sepanjang hari ini diselubungi kedukaan dan kesedihan apabila anggota keluarga, kenalan dan orang ramai yang datang dari berbagai penjuru untuk memberi penghormatan terakhir kepada mangsa yang terkorban akibat tanah runtuh di madrasah Al-Taqwa Hulu Langat petang semalam.

Dalam kejadian itu 16 orang pelajar termasuk (anak yatim) dan pengawal madrasah itu terkorban kerana ditImbus tanah hidup-hidup. Kesemua yang terlibat dengan kejadian itu ditemui, di mana sembilan selamat 16 tewas.

Daripada 16, sembilan jenazah dituntut oleh keluarga masing-masing untuk urusan pengkebumian di tempat masing-masing. Bakinya dibawa ke masjid Sallahuddin Shah untuk disembahyangkan dan dikebumikan dalam satu lubang kubur berdekatan tidak jauh dari masjid.

Senarai nama yang meninggal dalam kejadian tanah runtuh


18 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

1) Mohd. Kamarul Amizan, 11
2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd. Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd. Mustakim Mamat, 12
10) Mohd. Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd. Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd. Zaim Azahari, 14
14) Mohd. Imal Fahad, 9
15) Mohd. Riezman Ab. Latif, 9
16) Mohd. Hazim Sapri, 10

Friday, May 20, 2011

Panduan pimpinan menghadapi cabaran perjuangan Islam

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat   
“Sempena Muktamar ke-57”
 Firman Allah yang bermaksud: “Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa (8); Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (10).”  (Surah Asy-Syams 91:8-10)
Sesuatu yang penting dihayati dan diambil iktibar ialah mengenai pengiktirafan masyarakat Mekah kepada Nabi Muhammad SAW sebelum baginda dilantik oleh sebagai Rasul. Syakhsiyah baginda sudah masyhur sebagai seorang ‘al-amiin’ sudah diterima baik oleh semua lapisan masyarakat.

Ini bererti sifat al-amiin itu sudah menghiasi syakhsiyah Nabi Muhammad SAW sehingga terserlah kepercayaan dan keyakinan masyarakat, betapa baginda seorang yang benar-benar ‘boleh diharap’ sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

Muktamar: Perwakilan tentukan halatuju

Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com   
Siapapun yang akan menang dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS dalam Muktamar PAS Ke-57 nanti sudah pasti ia menjadi anggota pasukan pimpinan yang akan berdepan dengan cabaran menjelang PRU Ke-13 ini.
Ini sudah banyak kali diperkatakan oleh pelbagai pihak dalam pelbagai media. Oleh itu, para perwakilan yang akan membuat pemilihan mempunyai tugas paling mencabar dan berat kerana pena mereka yang memangkah kertas undi – siapa yang mereka pilih –mempunyai kesan besar dan penting.
Para perwakilan yang memilih inilah nanti yang menentukan bentuk kepimpinan PAS, sekurang-kurangnya dua tahun lagi, di samping menghadapi pilihan raya ke-13 nanti.
Related Posts with Thumbnails