Alhamdulillah perwakilan dari dmpk Puchong yang terdiri dari ketua Muslimat, Pn Noor Hanim, Naib dmpk Puan Norizan, Setiausaha Cik Nor Hidayah dan Bendahari Puan Nashirah, serta pemerhati Puan Nor Zarina, juga Puan Kalsom yang merupakan perwakilan PAS kawasan Puchong telah selamat tiba kembali di Puchong setelah 4 hari berada di Pengkalan Chepa kerana mengikuti muktamar DMPP dan muktamar penuh.
Pada 9 Jun 2010 Rabu, kami tiba di Airport Pengkalan Chepa jam 2.35pm dan terus ke Putik untuk mendaftar sebagai perwakilan. Dari Putik kami menuju ke Hotel New Pacific di Jalan Pengkalan Chepa, kak som tidak bersama kami kerana beliau bertugas sebagai protokol. Setelah berehat seketika, jam 6.30pm kami menuju ke rumah Mak Besar sebelum mengikuti Majlis perasmian untuk ketiga - tiga Dewan ; Ulama', Pemuda dan Muslimat yang telah diadakan pada malamnya di PUTIK yang telah dirasmikan oleh Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz, Mursyidul Am PAS.
Tiga hari seterusnya kami mengikuti jadual yang telah ditetapkan kecuali pada hari Jumaat kami mengambil kesempatan untuk ke Pasar Siti Khadijah.
Majlis Perasmian Serentak 3 Dewan
Di lobby New Pacific Hotel
Nashirah dan Kak Hanim sedang khusyuk mendengar penerangan tentang Dinar Emas di Pameran di PUTIK
Bertemu dengan kak Midah bersama keluarganya dan kak Ana
singgah sebentar di Pasar Siti Khadijah
borong serunding.. :-)
khusyuk mendengar perbahasan.


















No comments:
Post a Comment