| Hazayani Zakaria |
KOTA SAMARAHAN, 9 April: Ceramah PAS di Kampung Jawa, Dun Muara Tuang yang pada mulanya agak lengang malam tadi kemudiannya bertukar meriah dengan kehadiran hampir 50 anak muda.Kira-kira setengah jam ceramah berlangsung, mereka datang dan berdiri dalam gelap kemudiannya mengambil tempat di kerusi yang disediakan. Untuk pilihanraya negeri Sarawak kali ini, Noraini Hamzah, 49, (gambar) akan berhadapan dengan adik Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB) yang juga merupakan penyandang kepada DUN ini. Noraini hampir menang percuma di DUN ini semasa sesi penamaan calon tempoh hari apabila Ali gagal mengemukan penyataan kewangan pilihanrayanya bagi tahun 2006 sebelum tempoh penamaan tamat. Namun ia diselamatkan oleh SPR dan lain-lain pihak. Pada 2006, Mohamad Ali menang dengan mendapat 7.863 undi menewaskan calon PKR, Abang Ibrahim Abang Othman (1,536 undi) and calon bebas, Jong Nyuk Chan (415 undi). |
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
1 year ago




KOTA SAMARAHAN, 9 April: Ceramah PAS di Kampung Jawa, Dun Muara Tuang yang pada mulanya agak lengang malam tadi kemudiannya bertukar meriah dengan kehadiran hampir 50 anak muda.















