Monday, May 31, 2010

Konvoi Gaza: 16 mati, kapal dirampas


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 31 Mei: (12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi ini, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.
Laman web Haluan Palestin melaporkan, konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.
Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal.
Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.
“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan,” katanya.

Memperingati Almarhum Ustaz Fadzil Noor


SEMPENA SEMBILAN TAHUN PEMERGIAN(JUN 2001- JUN 2010)
Oleh: Riduan Mohamad Nor.
" Islam sebagai satu Al-Din tidak dapat ditakfsirkan dengan fikiran manusia. Dalam mentafsirkan makna Islam itu kita wajib berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta orang yang menghayati Al-Quran dan Al-Sunnah seperti para sahabat, Ulama-ulama dan juag para Tabi’in. Kita tidak melihat dan memahami cara Islam membentuk satu peradaban kemanusian seperti yang digambarkan oleh setengah orang. Islam juga bukanlah satu kebudayaan atau serpihan daripada kehidupan manusia, kalau kita melihat dan mengambil Islam dengan cara yang sedemikian, dapatlah diumpamakan seperti orang buta yang cuba mengenali seekor gajah. Bila dipegangnya ekor gajah itu dikatakan gajah itu seperti tali, apabila dipegang kaki gajah itu dikatakannya gajah itu seperti tiang dan apabila terpegangnya telinga gajah itu dikatakan gajah itu seperti dinding .sedangkan tali, tiang dan dinding bukanlah gajah tetapi ia hanya sebahagian daripada anggota-anggota gajah itu.
( Ustaz Fadhil Nor: 1992)

HARI ILMU DAN GERAKAN MEMBACA PERDANA


Tempat : Taman Tasik PKNS, Shah Alam
Tarikh : 26 Jun 2010 ( Sabtu )
Jam : 8.00 pagi – 2.00 petang

1.0 PENDAHULUAN 
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor julung kalinya akan menganjurkan satu program yang dinamakan ‘Hari Ilmu & Gerakan \Membaca Perdana Negeri Selangor’ sebagai satu aktiviti membaca beramai-ramai oleh orang awam dan seterusnya dicatatkan didalam The Malaysia Book Of Records.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meneruskan usaha-usaha merangsang dan mempromosikan budaya membaca;
2.2 Outreach program perpustakaan secara besar-besaran dengan Membaca Bersama Masyarakat
2.3 Membudayakan pembacaan dikalangan rakyat sambil bersantai membaca dimana-mana
2.4 Menderma dan menyumbang bahan bacaan untuk jalinan Persahabatan
2.5 Menggalakkan pihak swasta/korporat melaksanakan program CSR bersama perpustakaan.
2.6 Mempertingkatkan kualiti hidup melalui pembacaan bersama keluarga.

3.0 SASARAN PESERTA 
Progam ini mensasarkan seramai 10,000 penyertaan dengan kategori penyertaan adalah seperti berikut:

Kompleks PAS: Komitmen besar bagi muslimat


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 31 Mei: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh (gambar) berkata, bagi menjayakan projek Kompleks PAS sudah tentu komitmen dan kerjasama daripada muslimat amatlah diperlu dan dialu-alukan.
“Kami merasa amat bersyukur dan gembira di atas pelaksanaan satu lagi perkembangan pesat yang positif yang dapat dijalankan oleh PAS.
“PAS maju setapak lagi dengan izin Allah SWT. Kami juga berdoa semoga hasrat suci ini akan menempah kejayaan dan benar-benar menjadi satu kenyataan serta dipermudahkan dari sebarang halangan oleh Allah SWT,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, beliau bagi pihak seluruh warga muslimat PAS dan para penyokong PAS dari kalangan wanita termasuk Dewan Himpunun Penyokong PAS (DHPP) yang baru mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, saf Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kompleks PAS, Datuk Husam Musa serta seluruh ahli jawatankuasanya di atas kejayaan menggerakkan projek pembangunan tersebut.  

MAJLIS MAKAN MALAM PAS KAWASAN PUCHONG

Sumber: http://muslimeen-united.blogspot.com/
Alhamdulillah..program berjalan lancar. Setinggi-tinggi penghargaan buat YB Dato' Mohd Amar b. Abdullah, yg mewakili Tuan Guru Al Mursyidul Am, para penyumbang dan pastinya ucapan syabas dan tahniah buat semua jawatankuasa pelaksana program ini. Semoga semuanya diberkati Allah Ta'ala. -Ust. Sofiean.

Jawatankuasa Penganjur Majlis Makan Malam PAS Kawasan Puchong, mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menjamu Selera di Bluewave Hotel.









Tentera Laut Israel mula kepung Konvoi Gaza


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 31 Mei: Konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa Gaza (Freedom Flotilla) dalam keadaan bersedia tatkala menghampiri perairan Gaza setelah dimaklumkan bahawa ada beberapa buah kapal yang dikenalpasti dari armada Angkatan Laut Israel mendekati ke arah Mavi Marmara.
Laman web Haluan Palestin yang memetik sumber melaporkan, konvoi Freedom Flotilla pada jam 7.30 pagi ini waktu Malaysia diekori oleh kapal Israel antaranya sebuah kapal selam, tiga kapal perang dan sebuah helikopter. 
Namun Mavi Marmara tetap bergerak dengan berhati-hati.
Presiden IHH, menyeru agar semua negara yang prihatin untuk mendesak dan memberi tekanan kepada Israel agar membuka jalan bagi konvoi bantuan kemanusiaan memasuki Gaza. Terdapat lebih dari 50 buah negara menyertai konvoi terbesar itu.

Friday, May 28, 2010

Muktamar: Perwakilan bebas bersuara


Yusri Amin   
BACHOK, 28 Mei: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa (gambar) berkata, muktamar tahunan parti itu memberi ruang kebebasan bersuara kepada ahli yang tidak sama dengan apa yang dilaksanakan Umno pada perhimpunan agungnya.
Ini, katanya kerana ahli Umno mesti berucap mengikut apa yang telah ditentukan sama ada apa yang boleh dan tidak boleh diperkatakan.
Sehubungan itu, katanya PAS memberi ruang kepada para perwakilan mengemukakan pandangan masing-masing.
“Ruang kebebasan yang diberikan itu tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk memperbaiki serta memperkukuhkan parti.
“Pada mukatamar akan datang, PAS akan memberikan kebebasan kepada perwakilan untuk mengemukakan usul atau perbahasan dan perdebatan,” katanya kepada media pada Majlis Perasmian Masjid Al-Rahman di sini semalam.

Tuesday, May 25, 2010

Muktamar PAS dijangka bahas persiapan PRU 13


Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 25 Mei: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) menjangkakan perbahasan pada Muktamar PAS Tahunan ke-56 yang bermula pada 11 Jun depan ditumpukan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Menurut beliau, tumpuan sedemikian dilihat wajar kerana kira-kira 1,000 perwakilan daripada 172 kawasan umumnya percaya bahawa PRU 13 akan diadakan pada 2011.
"Perbahasan mungkin sudah ke arah persiapan PAS, Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU 13 berkaitan bagaimana menghadapi musuh utama Umno serta media-media arus perdana yang ketara dikawal oleh mereka.
"Kita mungkin takkan menghadapi muktamar satu lagi sebelum PRU 13, muktamar inilah mungkin baik untuk kita buat apa juga persiapan," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul Muktamar berkata, perwakilan umumnya mungkin tidak dapat lari daripada berbahas tentang pengalaman kekalahan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor serta berjaya di Sibu.

Tukar tanah KTMB dengan tapak perjudian?


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 25 Mei: Belum selesai isu judi bola sepak, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menyerahkan  tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada syarikat usahasama dan digantikan dengan tanah di kawasan perjudian Singapura iaitu di Marina Bay.

Alasan yang digunakan adalah, tanah ini mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini.
Namun, Marina Bay (gambar) adalah tapak perjudian yang dijangka menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia.

Semalam Perdana Menteri Najib telah menandatangani perjanjian itu dalam retreatnya dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Monday, May 24, 2010

Judi bola: PAS minta Majlis Raja-Raja ambil tindakan


Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar)menyuarakan rasa yakin bahawa Majlis Mesyuarat Raja-Raja Malaysia mampu mempengaruhi kerajaan supaya membatalkan lesen judi bola sempena Piala Dunia 2010.

"Kami (Ahli Parlimen PAS) berkeyakinan bahawa Majlis Raja-Raja Melayu mengambil tindakan yang wajar mempengaruhi kerajaan supaya isu pemberian lesen judi ini dibatalkan segera," jelas beliau tengah hari tadi, mewakili Ahli Parlimen PAS.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Majlis Raja-Raja Melayu pada era 1960-an dahulu pernah menunjukkan teladan kepada rakyat dengan mendesak kerajaan Umno BN membatalkan Loteri Kebajikan.

Tambahnya lagi, almarhum Tuanku Sultan Perlis merupakan Raja yang paling menonjol menegur pemimpin Umno pada ketika itu.

DHPP ubah pandangan serong bukan Islam terhadap Islam


Hazayani Zakaria   
KLANG, 24 Mei: Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw mengakui penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang kini sudah dinaik taraf kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) banyak mengubah sikap dan pandangan bukan Islam terhadap Islam.

Beliau yang merupakan antara tulang belakang KPP yang ditubuhkan sejak 2004 berkata, penubuhan tersebut merupakan titik tolak kepada pencerahan pemikiran orang bukan Islam yang sering dimomokkan dengan pandangan serong terhadap Islam dan PAS itu sendiri.

"Penubuhan Kelab Penyokong PAS pada tahun 2004 yang lalu , saya lihat banyak perubahan sikap di kalangan masyarakat bukan Islam PAS.

"Usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS untuk menyatukan masyarakat bukan Islam nampaknya sudah nmendatangkan hasil," katanya sewaktu berucap di majlis pelancaran DHPP, di sini, semalam.

Sunday, May 23, 2010

Dewan Himpunan Penyokong PAS Dilancarkan


Keterbukaan PAS menerima orang bukan Islam menyertai parti Islam itu melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) membuktikan bahawa PAS sedang menyatupadukan semua kaum di negara ini.




Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika semua kaum dan etnik di negara digabungkan dengan baik, ianya akan menghasilkan natijah yang baik untuk manfaat negara.


"PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS.
"Ini terbukti apabila Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya.

Friday, May 21, 2010

Lesen judi - Kuasa BN menghina Islam



Oleh : Wan Nik Wan Yussof

Sesungguhnya tindakan kerajaan Pusat dikuasai Barisan Nasional meluluskan lesen judi kepada Berjaya Corp untuk pertaruhan perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 adalah satu penghinaan besar kepada Yang Dipertuan Agung. Kerana ia menampakkan penggunaan kuasa Barisan Nasional yang jelas menghina Yang Dipertuan Agung selaku ketua agama Isalam. Sekaligus, memberi kesan penghinaan kepada agama Islam sebagai agama Persekutuan dan melanggari Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, menyanggahi prinsip penerapan nilai Islam yang diasaskan era Tun Dr. Mahathir Mohamad dan mengengkari akhlak pemimpin Islam Hadhari era Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Lantaran itu, pihak Barisan Nasional sekarang yang dikuasai Mohd Najib telah mengukuhkan jenama 1Malaysia dengan nilai-nilai judi sebagai sumber ekonomi negara yang sudah menitis nilai dosa ke dada umat Islam.

Jelasnya, ia sudah menghina saf mufti selaku pemutus fatwa dan pengawal hukum, kerana sehebat Mufti Harussani mungkin tidak dirujuk oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib, atau Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek. Maka, selayaknya umat Islam terkilan dan berkecil hati dengan cara pentadbiran pihak kuasa Barisan Nasional sekarang. 

Gantung pengerusi Sime Darby, tubuh panel siasatan khas


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 21 Mei: PAS mahu Pengerusi Sime Darby Bhd, Tun Musa Hitam, Presiden merangkap CEO Kumpulan, Dato' Azhar bin Abdul Hamid dan Naib Presiden (Bahagian Tenaga dan Utiliti), Hisham Hamdan digantung kerja buat sementara bagi memudahkan siasatan berhubung kerugian RM1.63 bilion syarikat berkenaan.

"PAS melihat siasatan lebih sukar dilakukan selagi mereka masih berada dalam organisasi itu," kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi rakyat merasa sangsi dengan alasan bahawa lebihan kos daripada projek Qatar dan Empangan Bakun menjadi punca utama kepada masalah tersebut.

Sime Darby adalah antara syarikat GLC Kerajaan yang mempunyai pengaruh besar dalam ekonomi negara.

Kerugian yang dialami juga terlalu besar buat negara dan pulangan pelaburan PNB dan KWSP yang memagam sebanyak 66 peratus saham dalam syarikat itu turut akan terkesan.

Thursday, May 20, 2010

Himpunan Besar 3 Julai - Pemuda PAS

http://episodeperjuangan.blogspot.com/   
1. Membantah Lesen Judi Bola atau sukan yang diluluskan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional membawa kepada tindakan tegas dari pihak Dewan Pemuda PAS Pusat

Pertama : Himpunan 3 Julai 2010

Himpunan Besaran-besaran pada 3 Julai 2010 akan diadakan di perkarangan Masjid Negara dan kemudian berarak ke Istana negera mengiringi pimpinan Pemuda Pakatan rakyat untuk menyerahkan memorandum bantah Lesen Judi serta merayu campur tangan Raja-Raja Melayu untuk mendesak agar Kerajaan memansukhkan Lesen Judi Bola atau sukan tersebut.

Kedua : Himpunan 21 Mei 2010 [ Jumaat ]
Himpunan besar-besaran yang mensasarkan penyertaan 5 ribu rakyat di setiap masjid negeri di seluruh negara pada 21 Mei 2010 untuk tujuan menyuarakan bantahan rakyat terhadap tindakan Kerajaan meluluskan Lesen Judi Bola dan sukan ini.

Ketiga : Memorandum kepada Mufti-Mufti Negeri [ tempoh 21 Mei hingga 30 Jun ]
Satu rally Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri akan menganjurkan satu siri penyerahan Memorandum Bantah Lesen Judi tersebut kepada mufti-mufti di setiap negeri sepanjang tempoh sebulan ini dari 21 Mei hingga 21 June 2010. Mendesak agar mufti-mufti negeri membawa isu ini ke Majlis Mufti Kebangsaan lalu mendesak kerajaan agar menarik balik kelulusan Lesen Judi Bola yang telah dianugerahkan kepada Berjaya Group.

Keempat : Roadshow Mendidik rakyat [ sepanjang tempoih 21 Mei hingga 30 Jun ]
Dewan Pemuda PAS Pusat juga akan mengadakan Roadshow ke seluruh negara dalam tempoh sebulan ini bagi menjelaskan kepada rakyat mengenai keburukan dan kesan negatif judi bola yang akan dilaksanakan ini sekaligus mendidik rakyat agar tidak terjebak dalam perangkap judi yang diharamkan oleh semua agama.
Kelima : Edaran Risalah Hindari Judi

Risalah Hindari Judi [ Ya untuk Bola , Tidak untuk Judi ] akan diedarkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri kepada semua khasnya peminat sukan bolasepak terutamanya di sepanjang musim FIFA WORLD CUP dan EPL pada musim depan.

2. Dewan Pemuda PAS Pusat juga akan memanafaatkan segala ruang dan peluang yang wujud sepanjang tempoh itu untuk menganjurkan apa jua tindakan berkesan ke arah mendesak Kerajaan menarik balik lesen judi yang telas diluluskan itu. Dalam masa yang sama peranan besar Dewan Pemuda PAS Pusat ialah mendidik rakyat agar menyedari keburukan judi lantas menjauhkan diri daripadanya.

3. Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan penyertaan semua warga prihatin termasuklah badan-badan bukan kerajaan dan juga golongan non muslim agar turut menjayakan hasrat rakyat yang insaf dan sedar tentang implikasi buruk dari angkara judi tersebut.

Keterangan lanjut boleh hubungi sekteriat Dewan Pemuda PAS Pusat di talian : 03 269 25000 HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI

Wednesday, May 19, 2010

Ketua Dewan Muslimat Pas Dungun di Ragut dengan parang.

Salam, saya terbaca berita di bawah, sebelum ni saya merasakan bila kita memakai tudung labuh, terselamat dari kes ragut.  Rupa-rupanya TIDAK.  Sama-sama kita berwaspada.


Oleh Ust Saiful Bahri


18 Mei. PAKA, Dungun. Kelmaren Khairiah Mokhti selaku Ketua Muslimat Pas Kawasan Dungun diragut rantai lehernya di kawasan perumahan Taman Murni Uda, Paka. Beliau yang selesai menghadiri program muslimat di sebuah rumah kawasan taman perumahan berjalan menuju ke kereta beliau untuk pulang dengan tiba-tiba dihadiri oleh dua orang pemuda bermotorsikal . Dengan mengeluarkan parang mereka kemudiannya meragut rantai leher disebalik jilbabnya.

Sebelum itu seorang muslimat juga menerima nasib yang sama pada hari yang sama di Taman Ros, Paka. Walaupun mereka tidak dicederakan tetapi mereka kehilangan barang berharga.


Ini bukan kali yang pertama. Sudah acapkali kawasan perumahan yang dirompak bahkan ada yang dirogol. Ada yang disamun dan tuan rumah yang diikat dan disumbat mulut mereka. Ada yang kena pukau danditipu beribu ringgit.

Beberapa hari yang lalu kita digemparkan bagaimana pelajar berusia 16 tahun yang melahirkan anak luar nikah di Klinik kesihatan. Dan setiap tahun sudah banyak kes yang melibatkan kelahiran anak luar nikah dikalangan pelajar disekitar Paka ataupun Dungun. Bahkan menjadi perbualan dikalangan guru-guru apabila mereka bukan lagi bertanya kecemerlangan sekolah berdasarkan jumlah A tetapi berapa ramai sekolah mereka melahirkan anak luar nikah setiap tahun.

Dimana pemimpin UMNO-BN? Mereka gagal untuk member jaminan keselamatan kepada rakyat mereka sendiri. Wakil Rakyat sibuk peteh keting masing-masing demi poltik dan periuk nasik mereka sedangkan amanah dan tanggungjawab tidak dilaksanakan. Mereka membiarkan maksiat berlaku berleluasa. Meskipun bantahan rakyat dibuat tetapi mereka hanya memekakkan telinga semata-mata

Anak 1 Malaysia. Teruk pada Abu Jahal. Lebih Teruk pada Firaun.

Oleh Ust Saiful Bahri

Kalau ditakdirkan Abu Jahal dan Firaun hidup semula di Malaysia nescaya dia pun terkejut beruk. Zaman sekarang canggih lagi pada zaman mereka.

Yelahh... Malaysia bolehlah katakan. Sebab zaman jahiliyyah mereka membunuh anak perempuan sahaja dan zaman Firaun mereka membunuh anak lelaki sahaja. Sedangkan zaman kini mereka tak peduli lelaki ke perempuan.

Mereka bunuh dengan pelbagai cara. Ada yang dihanyutkan ke sungai, dibakar, disumbat ke dalam lubang tandas, dibuang ke longkang dan dicampak ke tempat pembuangan sampah. Semuanya ini menimbulkan persoalan bilakah episod kejam itu akan berakhir. Dan episode terkini di Melaka baru-baru ini mereka mewarisi kerja zaman jahiliyyah dengan membunuh anak dengan menanam hidup-hidup bayi yang baru dilahirkan ke dalam tanah.


Disebut didalam al-Quran betapa kejinya kelakuan Firaun apabila mereka membunuh anak-anak lelaki rakyatnya dikalangan Bani Israel. Ia difirmankan:-

إِذْ أَنْجَاكُمْ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ وَيُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ وَفِي ذَلِكُمْ بَلَاءٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَظِيمٌ
Ketika dia menyelamatkan kamu dari (Fir'aun dan) pengikut-pengikutnya, mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak laki-lakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu; dan pada yang demikian itu ada cobaan yang besar dari Tuhanmu". (Surah Ibrahim: 6)

Monday, May 17, 2010

Sibu: Isyarat jelas rakyat tolak Umno BN


Salmah Mat Husain   
KOTA BHARU, 17 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyifatkan calon Pakatan Rakyat yang menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu semalam sebagai isyarat jelas rakyat telah menolak Umno dan Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, kempen Umno dan BN sebelum ini yang memburukkan perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, namun dengan jelas membuktikan rakyat telah menolak perjuangan mereka.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan IT Tayyibah di Balai Islam, Lundang, di sini hari ini.
Katanya, Umno hanya memperjuangkan ketuanan Melayu sebagai wadah penting dalam perjuangan umat namun tidak berjaya mengumpulkan mereka.
“Kempen sebut 1Malaysia, tetapi pada masa yang sama menyebut ketuanan Melayu, usahkan orang Cina, orang Umno sendiripun tak faham bagaimana boleh berlaku dalam satu masa perkara yang berbeza.

Saturday, May 15, 2010

UCAPAN SELAMAT HARI GURU DARIPADA LAJNAH PENDIDIKAN DMPP


Perjuangan para guru dalam merealisasikan pendidik berjiwa rabbani amat penting demi kelangsungan generasi masa hadapan. Justeru, pengiktirafan untuk para pendidik amat perlu untuk membangkitkan momentum perjuangan ke arah  mendidik masyarakat demi mencari keredhaan Illahi.

"Dan Sesiapa yang mengambil ALLAH, Rasulnya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) ALLAH itulah yang pasti menang"
(Al-Maidah : ayat 56)

Naikkan kain rentang Selamat Menyambut Hari Guru


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 14 Mei: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyeru semua ahli Dewan Muslimat negeri, kawasan dan cawangan agar menaikkan kain rentang (banner) mengucapkan ’Selamat Menyambut Hari Guru’ bagi meraikan barisan pendidik serta mengiktiraf pengorbanan mereka selama ini. 
Pengerusi Lajnah Pendidikan DMPP, Wardatul Jannah As-Soffea berkata, perjuangan para guru dalam merealisasikan pendidik berjiwa rabbani amat penting demi kelangsungan generasi masa hadapan.
“Justeru, pengiktirafan untuk para pendidik amat perlu untuk membangkitkan momentum perjuangan ke arah  mendidik masyarakat demi mencari keredhaan Ilahi,” ujarnya dalam kenyataan yang dimuatkan di dalam laman web DMPP hari ini.

PKR desak Wee Choo Keong letak jawatan MP


Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 15 Mei: Parti Keadilan Rakyat (PKR ) Cabang Wangsa Maju hari ini mendesak Wee Choo Keong meletakkan jawatan ahli Parlimen (MP) kawasan itu serta merta kerana telah mengkhianati parti dan amanah yang diberikan rakyat.
Timbalan Ketua Cabang PKR Wangsa Maju, Buhairi Yaakob berkata, Wee seharusnya meletakkan jawatannya bagi membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan dan memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan yang lebih baik.
"Kami sebagai ahli PKR dan pengundi di Wangsa Maju mendesak Wee meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen berkuat kuasa serta merta.
"Kami mendesak agar satu pilihan raya segera diakan di Wangsa Maju bagi membolehkan pengundi membuat pilihan raya yang benar dan lebih baik daripada beliau," katanya pada sidang media di pejabat PKR Taman Danau Kota, dekat sini.
Beliau juga berkata, ahli parti sangat tidak tidak berpuas hati dengan tindakan yang dibuat Wee itu apatah lagi beliau mendapat bantuan penuh daripada PKR untuk menang pada pilihan raya umum ke-12 yang lepas.
"Ahli jawatankuasa PKR Wangsa Maju dan pengundi di sini berasa kami telah dikhianati, diperbodohkan dan dipermainkan Wee atas tindakan beliau itu. Kemenangan Wee atas tiket PKR dan PR dan bukan hak peribadi beliau.

Thursday, May 13, 2010

Judi bola sepak: PAS, PKR DAP bantah keras


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 13 Mei: PAS, PKR dan DAP walaupun pemimpin dan ahlinya berbeza agama dan bangsa sepakat membantah keras judi bola sepak yang diluluskan oleh Menteri Kewangan kepada Kumpulan Berjaya.

Dalam kenyataan berasingan mereka menyifatkan langkah ini satu yang silap dan hanya menghalalkan segala penyakit sosial yang berterusan di negara ini.

Semalam, media melaporkan, Menteri Kewangan telah meluluskan lesen judi bola sepak piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya dengan alasan untuk mengawal judi secara gelap.

Umno undur ke belakang - PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, langkah pihak kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan dalam negara pada masa sekarang ini adalah satu tindakan yang jauh menyimpang dari ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.

Wednesday, May 12, 2010

Lesen Judi - Sah UMNO Pilih Untuk Murtad

Akhbar Harian Cina, Sin Chew Daily hari ini melaporkan kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara rasmi meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya.

Ini menjadikan Kumpulan Berjaya sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak di negara ini yang memiliki lesen sah mengikut perundangan negara.

Kelulusan ini sekaligus menunjukkan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) tidak mengendahkan bantahan rakyat Malaysia, baik yang beragama Islam mahupun bukan Islam

Antara pimpinan yang lantang menegur cadangan kelulusan lesen judi ialah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Rasah dari DAP, Anthony Loke.

Mengikut laporan Sin Chew Daily, Berjaya Corporation dijangka amenggunakan lebih 200 kedai pertaruhannya, Toto, untuk menerima pertaruhan daripada kaki judi. 

Tuesday, May 11, 2010

PRK Sibu : Polis Bantu BN, Halang Guna Isu Kalimah "Allah"

Parti-parti politik dilarang daripada menggunakan polemik penggunaan kalimah “Allah” — antara isu hangat — sebagai bahan kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen yang sedang berlangsung.

Arahan itu dikeluarkan oleh Polis Sarawak beberapa jam selepas majlis anjuran DAP bagi penganut Kristian semalam, yang mendapat sambutan, di mana pemimpin parti itu menggesa pengundi menunjukkan protes berhubung isu “Allah” pada 16 Mei ini.

Pengundian pilihan raya kecil ini akan berlangsung Ahad ini. Kempen bermula Sabtu lalu.

Larangan itu diumumkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC II Huzir Mohamed yang turut memberi amaran akan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri terhadap mereka mengingkari arahan itu.

Judi untuk perjudian politik


http://cetusan-hati.blogspot.com   
Dr. Awang Adek umumkan MoF besar kemungkinan lesenkan judi bola Piala Dunia.

Judi One Malaysia.

Objektif utama pelesenan, Kerajaan turut dapat wang. Sesuai namanya pun ada bunyi wang, Dr. Awang nampaknya berbangga menjadi orang pertama umumkan langkah tak bermoral Kerajaan BN itu. Dr. Awang berani.

Mungkin dah dapat fatwa mana-mana Mufti. Operator berminat yang ada belakang pengumuman ini boleh urut dada lega dan tepuk belakang Dr. Awang lepas ini.

Selain Kerajaan, sudah tentu operator akan mengaut kekayaan besar. Sebahagian keuntungan mudah ini untuk dana pembelian politik. Pemberian lesen, segala-galanya menjadi wang sekelip mata.

Saya diberitahu beberapa rakan, matlamat utama pelesenan judi ini ialah mengutip tabung untuk operasi politik BN. 

Sunday, May 9, 2010

TGNA : Diam Diri Bukan Bererti Tidak Peduli



Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau gagal mentadbir negeri berikutan tindakannya berdiam diri berhubung kemelut Istana Kelantan.

Katanya walaupun beliau dianggap sebagai penasihat kepada Sultan tetapi berpendapat adalah lebih baik mendiamkan diri daripada mengambil sesuatu tindakan yang tidak disenangi pihak tertentu kerana ia adalah masalah dalaman keluarga.

Nik Abdul Aziz berkata, dalam Islam mendiamkan diri juga merupakan suatu nasihat daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh mengeruhkan lagi suasana dalam keluarga itu.

"Bagi saya, sejak mentadbir negeri ini hampir 20 tahun lepas, saya anggap berjaya kerana membangunkan negeri ini. Siapa kata gagal?. Soal kemelut raja, itu kerja anak beranak, saya sengaja tak campur tangan supaya berlaku di sekitar anak beranak," katanya kepada pemberita selepas meraikan orang kelainan upaya (OKU) yang baru pulang daripada mengerjakan umrah di bangunan yayasan itu, di Pengkalan Chepa, dekat sini pada Ahad.

Perutusan Hari Ibu Wanita Pakatan


oleh Wanita Pakatan Rakyat


Ibu adalah nadi dalam keluarga yang membentuk masyarakat dan negara. Ibu berperanan besar dalam menentukan corak dan kehidupan generasi mendatang kerana kebiasaannya ibulah insan paling hampir dengan anak-anak yang akan membesar dan kemudiannya juga berperanan dalam membentuk masa depan masyarakat dan negara.

Persekitaran yang mendorong pembentukan ibu-ibu yang sejahtera merupakan asas kepada sesebuah keluarga, komuniti, masyarakat dan negara.

Kegagalan prasarana yang asas itu akan mengakibatkan berbagai negativiti sosial yang merugikan sesebuah negara bukan sahaja dari perspektif sosial tetapi juga ekonomi, kewangan, dan segala aspek pembangunan negara yang berdaya tahan (sustainable development).

Muslimat perlu cergas sampaikan maklumat parti


Hashim Abdullah   
TEMERLOH, 8 Mei: Petugas muslimat PAS perlu bergiat cergas menyampaikan maklumat secara berkesan bagi membolehkan rakyat memahami perkembangan semasa yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan isu-isu semasa yang berbangkit. 
Gesaan itu dibuat Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor ketika menyampaikan ucapannya pada muktamar dewan itu kali ke-22 di Darul Amin Sungai Gau, dekat sini semalam. 
Menurutnya, kejayaan PAS dan PR banyak bergantung kepada sejauh mana maklumat yang meyakinkan dapat disebarkan di kalangan masyarakat dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan parti tidak dapat mencapai matlamat yang dihasratkan.

Friday, May 7, 2010

20 Das Tembakan Ke Arah Aminulrasyid?


Adakah keadaan terlampau ekstrem sehingga polis perlu menggunakan senjata api untuk menembak mati adik Aminulrasyid?

“Kita tengok, jumpa parang dalam bonnet (dakwaan polis), apa bahayanya? Saya tak nampak apa bahaya, kecuali kalau parang itu diayunkan (wave) pada polis. Tapi kalau diayunkan pada polis, (itu pun) dalam kereta sahaja. Melainkan (ayunan parang) dalam keadaan bertentang muka (confronted, face to face).”

Syarat tangkapan tanpa waran

Raja Badrol Hisham bermula dengan Seksyen 15 Kanun Prosedur Jenayah, yang menyatakan tiga cara tangkapan polis, iaitu menyentuh tubuh badan, mengurung badan orang yang ditangkap dan ketiganya, orang yang ingin ditangkap menyerah diri.

Menurut Seksyen 23 Kanun Prosedur Jenayah, tangkapan tanpa waran memerlukan syarat seperti bersandarkan aduan munasabah (reasonable complaint) dan informasi yang credible. Sambil berseloroh mengandaikan dirinya pendakwa raya di mahkamah dalam kes ini, Raja Badrol Hisham (gambar kiri) berkata polis mungkin memberi justifikasi dengan prasyarat ketiga, iaitu “telah wujud syak yang munasabah di mana orang yang nak ditangkap terlibat dengan jenayah”.

Pasukan petugas PAS mula tiba di Sibu


Harakahdaily   
SIBU, 6 Mei: Gelombang pertama pasukan petugas PAS bagi membantu Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Sibu mula sampai di lapangan terbang Sibu jam 4.30 petang tadi.

Yang mula tiba adalah Timbalan Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Wan Abdul Rahim di samping dua lagi petugas (gambar). Malam ini, lapan orang lagi akan tiba ke Sibu.

Menurut Wan Johari Wan Omar, salah seorang petugas PAS itu, kumpulan pertama ini akan berada di Sibu sehingga 10 Mei dan akan disambung oleh petugas yang lain.

Turut tiba bersama beliau di Sibu adalah pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Teresa Kok, kata Wan Johari kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Wan Rahim yang juga anggota Parlimen Kota Bharu berkata, beliau akan membantu Pesuruhjaya PAS Sarawak dalam memastikan kemenangan calon DAP dalam pilihan raya ini.

Thursday, May 6, 2010

Dewan Himpunan ganti Kelab Penyokong PAS


Ali Hashim   
ALOR SETAR, 6 Mei: Status Kelab Penyokong PAS akan dinaikkan taraf kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) tidak lama lagi, kata Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa(gambar).
Menurutnya, tindakan menaikkan taraf kelab kepada dewan itu adalah ekoran sambutan yang begitu menggalakkan daripada masyarakat bukan Islam terhadap PAS.
"Selain daripada itu ia juga adalah bagi menembusi sokongan pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang. Kelab ini juga telah diiktiraf sebagai entiti sayap seiring dengan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat yang sedia ada.
"Dengan pengiktirafan ini, maka ruang bagi bukan Islam yang menyokong perjuangan PAS untuk melibatkan diri mereka dalam aktiviti PAS atau sebagai aktivis adalah terbuka luas,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.
Sehingga ini, katanya keahlian kelab itu telah mencapai jumlah 20,000 orang.

PAS desak kerajaan jelaskan lulus konsert Pitbull


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 6 Mei: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa (gambar) mendesak kerajaan memberi penjelasan mengapa meluluskan persembahan konsert Pitbull pada 15 Mei ini.
“Bagaimanakah artis seperti Pitbull berjaya mendapat kelulusan untuk membuat persembahan sedangkan video clip dan lirik lagu beliau ternyata berbaur lucah dan membawa pengaruh seks rambang, budaya penagihan dadah sebagai rekerasi?” tanya beliau. 
Katanya, penjelasan itu perlu dibuat oleh pihak Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang bernaung di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kerana Pitbull membawa unsur negatif kepada rakyat negara ini.
“Bukankah kementerian harus mempertahankan kesejahteraan dan ketenteraman rakyat Malaysia supaya tidak didedahkan kepada elemen-elemen dan unsur–unsur negatif yang boleh memudaratkan rakyat Malaysia amnya?” katanya lagi.
Merujuk kepada garis panduan, Jawatankuasa Puspal dipertanggungjawabkan untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas permohonan penggambaran filem dan persembahan artis luar negara.

Wednesday, May 5, 2010

Penyerahan Sempadan: Cadangan saman awam rakyat Malaysia


http://cetusan-hati.blogspot.com   
Kedaulatan wilayah adalah penting untuk setiap negara. Sepanjang sejarah, banyak perselisihan wilayah berlaku antara negara-negara yang telah mengakibatkan perang. Pengasas negara Malaysia memberikan penghormatan yang tinggi untuk melindungi wilayah kita dengan menyediakan peruntukan dalam Artikel 1 dan 2, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi negara ini. Berasaskan latarbelakang ini, pendedahan tentang urus keluar wilayah Malaysia kepada Brunei adalah memeranjatkan.

Tidak kira betapa berkuasanya seseorang Perdana Menteri itu, namun Perlembagaan Persekutuan tidak sekali-kali membenarkan seseorang Perdana Menteri Malaysia menyerahkan sesuatu wilayah Malaysia kepada negara lain samada di daratan atau lautan.

Perbuatan demikian adalah sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan hanya dengan persetujuan Parlimen melalui rang undang-undang yang dibentang dan diluluskan oleh Parlimen sahaja sempadan negara boleh diubah.

Tuesday, May 4, 2010

PAS nafi bayar Kickdefella RM4 juta

Oleh Abdul Rahim Sabri
PAS hari ini menjelaskan bahawa pucuk pimpinan parti itu langsung tidak tahu-menahu mengenai kewujudan Global Media Channel Sdn Bhd (GMC) iaitu pusat penyebaran propaganda bagi parti itu di Kelantan.

Selain itu Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali turut menafikan bahawa parti itu pernah menyalurkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella bagi tujuan mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS kekal memerintah di Kelantan.

"Saya telah semak dengan PAS Kelantan dan PAS Malaysia, kita tidak pernah keluarkan RM4 juta,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Monday, May 3, 2010

Serah dua telaga minyak suatu penderhakaan


Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 3 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan mana-mana wilayah Malaysia diserahkan pada pihak luar, maka perbuatan kabinet menyerahkan dua blok pengeluaran minyak luar pantai Malaysia-Borneo kepada Brunei Darussalam dianggap perbuatan derhaka kepada kedaulatan negara.
“Kalau Perkara 2, Perlembagaan (Persekutuan) Malaysia sendiri pun tidak membenarkan mana-mana wilayah dalam kedaulatan kita (Malaysia) diserahkan kepada negara luar walaupun melalui Parlimen, inikan pula Blok M dan (Blok) L sewenang-wenangnya diserahkan pada Brunei hanya melalui kelulusan kabinet sahaja.
“Ini bagi saya suatu penderhakaan kepada negara kerana Perlembagaan memperlihatkan bahawa tidak pernah ada tolak ansur dalam melepaskan kedaulatan negara,” ujarnya pada sidang media di lobi Dewan Negara, tengah hari ini.
Turut serta ialah Senator Mohd Yusof Husin dan Senator Mumtaz Mohd Nawi.
Menurut beliau, Perkara 2 Perlembahaan Persekutuan hanya membenarkan Parlimen membuat ketetapan untuk menerima masuk mana-mana negeri dalam Persekutuan.
Perkara 2 juga, menurut Mahfuz, membenarnya Parlimen membuat persempadanan semula negeri-negeri di bawah Persekutuan, dengan syarat mesti terlebih dahulu mendapat persetujuan Dewan Undangan Negeri (Dun) serta Majlis Raja-raja.

WAN NIK: PRK Hulu Selangor – Tuan Guru mangsa media


Wan Nik Wan Yussof   
Banyak pihak berpandangan peranan media massa, khususnya surat khabar adalah penyampai maklumat dan pencetus kesedaran rakyat. Peranan itu amat popular zaman berzaman. Di atas kekuatan peranan media massa inilah, maka setiap kali kempen pilihan raya media massa telah dimanfaatkan sebagai penghubung antara parti, calon dan pemimpin parti dengan pengundi. Ini kerana media massa, khususnya surat khabar dan radio-tv dapat memanjangkan isu-isu pilihan raya yang dibangkit oleh parti-parti yang bertanding.

Namun, peranan media massa akan dipertikaikan apabila terlibat dengan penyebaran maklumat yang berat sebelah atau tidak adil dalam laporannya. Perkara ini akan berlaku tatkala media massa berkenaan mula dipengaruhi agenda tersembunyi (the hidden agenda) oleh pihak tertentu. Lebih teruk lagi apabila media massa berkenaan telah dipengaruhi matlamat perniagaan dan putaran isu sensasi yang memacu circulation dan volume pembaca atau penonton.
Related Posts with Thumbnails