Saturday, September 12, 2009

Program Kembara Ramadhan Bersama Rakyat

Pada 12 September 2009 Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor telah mengadakan program Kembara Ramadhan Bersama Rakyat yang julung-julung kalinya diadakan.  Majlis pelancaran telah diadakan di Dataran Shah Alam jam 9 pagi.  Kumpulan Kembara yang tiba di Seri Serdang  ini telah diketuai oleh YB Iskandar.  Mereka tiba lebih kurang jam 2 petang disambut oleh YDP, ajk PAS Kawasan, ajk dewan Pemuda, ajk Dewan Muslimat, ahli majlis, JKK dan JKP zon 12 di Dewan MPSJ Tasik Kg Seri Aman.

Program bermula dengan ucapan oleh YDP PAS Kawasan Puchong, ucapan YB Iskandar dan pemberian sumbangan kepada fakir miskin dari masyarakat setempat.  Program ini juga diadakan serentak dengan program kacau dodol anjuran JKP Zon 12. 

 
  
  
  
Program ini serentak dengnan program kacau dodol anjuran JKP 12, dan 2 kawah dodol telah pun masak pada waktu itu.  mereka dibekalkan dengan dodol yang masih panas..

 
Sebelum ke program ini sempat saya menyinggah sekejap ke kedai promosi biskut raya Noranum Jaya Trading. Inilah usahawan contoh dari Puchong yang banyak membantu gerakan PAS di puchong. Semoga kak Anum terus berjaya dalam kerjayanya dan terus membantu gerakan PAS.

 
  
kak anum sedang memberi penjelasan kepada pelanggan.

Majlis Katam Qur'an

12 Sept 2009 Sabtu, Majlis katam Qur'an anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah berjaya diadakan dengan kerjasama Biro wanita Masjid As-Salam dan DMPK Puchong.Majlis katam Qur'an dan solat tasbih telah dipimpin oleh ustazah Sanah dari Kawasan Subang.

Ustazah Sanah juga memberi tazkirah dan disusuli oleh ucapan penutup oleh Nazir Masjid As-Salam Hj Yasim. Diakhir program setiap peserta telah diberi sedikit cenderahati yang berupa bunga telor, kurma dan pamplet dari kerajaan negeri.

 
Pendaftaran bermula jam 8pagi
 
Ketua Biro Wanita Masjid As-Salam memberi ucapan alu-aluan

Ustazah Sanah dari Subang sedang memberi tazkirah
 
Nisa" sedang sibuk menyiapkan cenderahati untuk peserta katam.

Nasir Masjid memberi ucapan penutup

Friday, September 11, 2009

KHATAM DAN SOLAT TASBIH MUSLIMAH


Assalamu'alaikum. ..
Semoga kita semua dalam redha Allah pada setiap yang kita niat dan laksanakan.

Makluman program:
KHATAM DAN SOLAT TASBIH MUSLIMAH PERDANA DAERAH PETALING
ANJURAN : JAIS DAN MASJID AS SALAM PUCHONG PERDANA

PELAKSANA :
DEWAN MUSLIMAT KAWASAN PUCHONG
& BIRO WANITA MASJID AS SALAM

PENYERTAAN:

MUSLIMAT KAWASAN PUCHONG
(MUSLIMAT DI CAWANGAN-CAWANGAN)

MUSLIMAT KAWASAN KELANA JAYA
MUSLIMAT KAWASAN SUBANG
AJK BIRO WANITA MASJID AS SALAM
KARIAH MUSLIMAT MASJID AS SALAM

TARIKH :         12 SEPTEMBER 2009 / 22 RAMADHAN 1430
HARI:                SABTU
MASA:              8.00 PAGI - 12.00 TGH
TEMPAT:          MASJID AS-SALAM

TENTATIF PROGRAM

8.00 am – 9.00 am : Kehadiran dan pendaftaran peserta
9.00 am – 9.05 am : Taklimat perjalanan program
9.05 am – 9.15 am : Ucapan Ketua Biro Muslimat Masjid As-Salam
9.15 am – 10.15 am : Solat Sunat Tasbih & Khatam Perdana
10.15 am – 11.15 am : Ucapan dan Tazkirah dari Ketua Kumpulan Daerah(AJK DMPN)
11.15 am – 11.30 am : Ucapan penutup Nazir Masjid As Salam
11.30 am - 12.00 am : Pemberian cendemata dan bersurai

MUSLIMAT KAWASAN PUCHONG
DIJEMPUT HADIR BERAMAI

MOHON KERJASAMA UNTUK MEWAR-WARKAN PROGRAM INI

Pn Nor Zarina Mohd Azhar
Ket. Lajnah Tarbiyyah & Perkaderan
DMPK

Wednesday, September 9, 2009

You Came to me - Sami Yusuf



Lagu ni best sangat.. saya tujukan lagu ini khas untuk semua ajk dmpk Puchong dengan ucapan selamat beramal ibadat dengan penuh keikhlasan di bulan yang mulia ini..

Sunday, September 6, 2009

BADAR QUBRA PAS KAWASAN PUCHONG

salam, 
Sabtu 5 sept 2009 bersamaan 15 Ramadhan 1430 PAS Kawasan Puchong telah mengadakan program Sambutan Badar Kubra dan iftar bersamasa dewan Ulamak, dewan Pemuda dan dewan Muslimat.  Program bermula dengan majlis berbuka puasa, solat maghrib, solat isyak, terawih, ceramah oleh ustaz Harun Taib dan di sudahi more.
Antara pimpinan yang turut hadir dalam program ini adalah ustaz Mat Zain Abdul Rahman, Ketua Urusan Ulama Negeri Selangor dan Ustaz Harun Taib Ketua Urusan Ulama' PAS selain dari pimpinan kawasan Puchong sendiri. Objektif memperingati peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan di mana perang Badar adalah penentu kepada kesinambungan Dinul Islam. Ini kerana setelah menangnya Isam dalam peperangan tersebut maka tersebarlah Islam ke pelusuk dunia. Disamping itu program ini juga adalah untuk mempereratkan lagi ukhwah dan silaturrahim antara pimpinan PAS dan ahli PAS cawangan.

IKTIBAR PERANG BADAR KEPADA DAI'E

Perancangan manusia berdepan dengan perancangan Tuhan.

- Perancangan awal Rasulullah adalah untuk menyekat kumpulan perniagaan Abu Sufyan bin Harb yang dalam perjalanan balik ke Makkah dari Syam untuk merampas harta mereka sebagai ganti kepada harta kaum muslimin Makkah yang dirampas oleh musyrikin setelah penghijrahan muslimin ke Madinah.

Tidak semua perancangan yang kita rancangkan dapat dipraktikkan meskipaun perancangan itu sempurna disisi kita. Ini kerana Allah maha mengetahui akan segalanya dan perancanganNya adalah perancangan terbaik. Tapi kita sebagai petugas-petugas Allah tidak boleh hanya menunggu ketentuan Allah tanpa merancangkan apa-apa gerak kerja kearah meninggikan SyariatNya.

Syura dalam setiap gerak kerja

- Nabi S.A.W telah meminta pandangan dari kaum Muhajirin serta kaum Ansar. Sehingga mendapat persetujuan dari kedua pihak, maka Nabi S.A.W meneruskan agenda baru mereka, Jihad menentang tentera Musyrikin Makkah pimpinan Abu Jahal bin Hisham.

Minda Aqidah melangkaui logik akal.

- Logik akal sekali-kali tidak akan mengakui bahawa 313 orang tentera muslimin mampu menewaskan musuh dari kuffar Quraisy yang jumlah 1000 orang. Samalah keadaanya di Negara kita yang mana kalau hendak di bandingkan dengan tentera ‘musuh’, amat mustahil tentera muslimin mampu mencapai kemenangan.

Tapi ini telah terbukti melalui peristiwa bersejarah di zaman Rasulullah di mana tentera Muslimin yang kebanyakkannya bersenjatakan pelepah tamar berjaya menewaskan Tentera kuffar yang lengkap bersenjata perang malah menerima bantuan dari kerajaan Makkah pimpinan Abu Jahal Ibn Hisyam.
Pensucian dosa: persiapan wajib setiap jundi.

- Sebelum mara ke medan Badar, Rasulullah memohon maaf dari semua sahabat sehinggakan Baginda meminta kepada sesiapa yang tidak berpuas hati kepada baginda untuk membalas perbuatannya disitu juga. Lalu bangun sorang sahabat yang penah dipukul baginda menuju kearahnya. Baginda lantas menyelak perut dan bersedia dengan balasan yang akan diberi oleh sahabat tersebut. Namun apa yang terjadi ialah, sahabat itu meluru lantas mencium perut baginda Rasulullah.

Peristiwa sama berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Umar R.A. Ketika mana beliau ingin mengutuskan beberapa orang sahabat untuk berperang, beliau berpesan dalam khutbahnya yang berbunyai, “ sesungguhnya aku lebih takut akan dosa yang kamu lakukan dari kekuatan musuh”. Ini membayangkan kepada kita bahwa ‘tazkiyyatul nafsi’ amatlah penting kerana dengan ketiadaannya akan menyebabkan kerja-kerja dakwah bakal tergendalan dan jauh dari rahmat Allah yang menjadi faktor utama kejayaan kepada gerakan dakwah islamiyyah seluruh dunia.

Strategi dalam setiap gerak kerja.

- Al-Habbab ibn Al-Munzir mencadangkan kepada Rasulullah supaya di carikan tempat yang mempunyai sumber air di lokasi yang terdekat dengan kawasan pertahanan tentera musuh sebagai tempat pertahanan kaum muslimin. Ini supaya musuh akan mengalami kekurangan air semasa peperangan kerana semua sumber air berada di pihak Islam.

Ini seharusnya dipandang berat oleh para pejuang islam yang leka berjuang sehingga melupakan langkah dan strategi yang patut dipraktikkan demi memudahkan perjalanan gerak kerja jamaah dan dakwah. Seperti mana kisah yang boleh diambil iktibar dari cerita si penebang pokok yang jumlah pokok yang ditebangnya semakin berkurangan saban hari disebabkan beliau terlupa untuk mengasah kapaknya. Pejuang islam sepatutnya tidak sebodoh itu. Mereka sewajibnya mempunyai perancangan rapi dan strategi yang ampuh untuk berdepan dengan musuh islam yang sanggup mengadaptasikan apa sahaja perkara asalkan kemenangan menjadi milik mereka.

Ketenangan kunci kejayaan.

- Malam sebelum peperangan, semua tentera islam tidur nyenyak dalam keadaan yang penuh ketenangan sehingga bermimpi basah. Manakala selepas itu hujan turun sehingga membolehkan para sahabat mandi. Kata Nabi S.A.W dalam hadithnya yang bermaksud, “ terkejar-kejar dan gopoh-gapah itu dari Syaitan manakala ketenangan dan beransur-ansur itu dari (gerak-geri) tuhan Ar-Rahman”.

Dalam mempraktikkan gerak kerja dakwah, kita tidak boleh bergopoh dan ingin cepat mendapat hasil. Ianya perlu melalui tahap-tahap tertentu untuk mematangkan keadaan. Bekerja dalam jamaah semestinya memerlukan jiwa yang tenang kerana ketenangan itu akan menerbitkan idea-idea bernas yang diperlukan setiap masa di dalam jamaah. Contoh mudahnya kita ambil, andainya seseorang itu dalam keadaan tergopoh-gopoh bersiap untuk perjalanan yang jauh, ia sudah tentu akan tertinggal sesuatu yang sepatutnya dibawa.

Doa senjata mu’min.

- Baginda nabi bermunajat berdoa kepada Allah sebelum mara ke medan Badar, “ya Allah, seandainya engkau hancurkan tentera ini, nescaya kau tidak akan di sembah selamanya.Sebagai seorang Muharrikin, doa sepatutnya menjadi ulam wajib sebagai satu sumber makanan rohani yang mampu mencetuskan satu perasaan pergantungan yang tinggi kepada Sang Pencipta. Pergantungan ini pula haruslah disertai dengan keyakinan bahawa pertolongan itu pasti mendatangi kita. Keadaan ini akan member satu motivasi unggul kepada seluruh para mujahidin yang berjuang dijalan Allah.

sumber dari ihsanhusaini.blogspot.com
Related Posts with Thumbnails