Saturday, January 30, 2010

Pantau jualan pil khayal, bahan lucah di pasaran terbuka : Ketua DMPP

Ditulis oleh Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 13 Jan: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh meminta pihak berkuasa dan agensi kerajaan lebih serius membuat pemantauan terhadap lambakan pil, bahan bacaan lucah serta pil perangsang seks yang masih dijual secara terbuka kepada pelajar sekolah menengah dan belia di sekitar ibu negara.

Beliau berkata, pihak yang bertanggungjawab khususnya polis dan agensi-agensi berkaitan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Jabatan Imigresen Malaysia seharusnya melakukan pemantauan dan serbuan sepanjang masa terhadap pihak yang terlibat, bukan mengikut musim.

"Perkara ini memerlukan gerakan bersepadu daripada semua pihak. Semua pihak khususnya kerajaan harus mengambil inisiatif untuk melakukan pembasmian secara serius, jangan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Friday, January 29, 2010

Penjelasan dua Tuan Guru berkaitan isu penggunaan kalimah Allah

http://www.sidangonline.net/
Soal Jawab Mengenai Sikap PAS Terhadap Isu Nama Allah

1. Apakah PAS menerima permohonan orang Kristian menggunakan nama Allah ?

Penganut Agama Kritian yang memohon menggunakan nama Allah khusus untuk penganut agama mereka(Kristian) adalah hak mereka. Mengikut Al-Quran, As-Sunnah dan pandangan ulama muktabar Islam seperti Sheikh Yusuf Qardhawi dan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili tidak pernah dengan jelas Islam melarang pengunaan nama Allah dikalangan agama samawi Islam, Kristian dan Yahudi. Asasnya adalah Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud:

“Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah”.

Tetapi perlu di ingat PAS menentang penyalahgunaan nama Allah kepada orang Islam. Maksudnya segala tafsiran Allah seperti Allah Tuhan “trinity”, Allah merujuk kepada berhala dan lain-lain konsep ketuhanan selain Islam tidak boleh disampaikan kepada orang Islam.

2. Apabila PAS tidak menghalang penggunaan nama Allah oleh Kritian maka apakah PAS menerima pandangan orang Kritian terhadap tuhan "Trinity" yang mana terdapat Allah ada bapa, anak dan isteri(God the Father, God the Son and the Holy Ghost) ?

PAS Kutuk Insiden Kepala Babi Lagi

 Oleh Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membaling kepala babi di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Perbuatan khianat ini jelas bertujuan untuk memprovokasi umat Islam untuk bertindakbalas. PAS berharap agar umat Islam dinegara ini dapat bertenang dan tidak terpengaruh dengan provokasi ini.

Sejak keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God', jenayah membakar, menyerang dan cuba menimbulkan ketegangan kaum menjadi-jadi.

PAS berharap agar pihak Polis meningkatkan rondaan keselamatan dan juga membuat siasatan segera terhadap insiden yang dilaporkan. PAS juga menyeru kepada rakyat dan NGO membantu pasukan keselamatan bagi memantau perkara ini bagi mengelakkan tindakan yang tidak bertanggungjawab ini terus berlaku.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sunday, January 17, 2010

Malam Jalinan Kasih BK 6

salam,
Sabtu 16 Jan 2010 Bandar Kinrara 6 telah berjaya mengadakan program Malam Jalinan Kasih BK 6 dengan kehadiran yang amat memberangsangkan.  Tahniah kepada Puan Zeity Akmar yang merupakan ketua muslimat cawangan yang bertungkus lumus bersama ajk dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Dalam program malam tadi YB Teresa telah datang untuk berjumpa dengan penduduk BK 6 dan menyampaikan cek berjumlah RM1000.  Beliau telah diberi penghormatan untuk berucap sebagai perasmi program.  Sebelum itu Ketua DMPK Puchong juga telah memberi ucapan alu-aluan.  Penerangan berkaitan dengan program dari kerajaan negeri juga turut diberikan.  Pengerusi JPD turut menyampaikan beras kepada 40 orang miskin yang tinggal di BK 6 dan penduduk berhampiran.


 Puan Noor Hanim menyampaikan ucapan alu-aluan.
 
YB Teresa sedang menyampaikan ucapan dan merasmikan program.
 
Puan Zeity ketua muslimat cawangan BK 6.. Tahniah..
 
Antara penduduk yg hadir..
 
Pengarah JPD turut menyampaikan sumbangan 
 
Kaunter Nisa dihujani dengan kaum bapa untuk mendaftar anak2 perempuan mereka.  Tahniah faez..

Saturday, January 16, 2010

Lawatan ke cawangan

Sabtu 9 Jan 2010 saya bersama SU DMPK Puchong serta wakil Nisa Ros telah memulakan lawatan ke cawangan yang telah ditugaskan.  Ketua Group Pn Faridah tidak dapat hadir disaat akhir kerana masaalah yg tidak dapat dielakkan.  Perancangan sebenar kami turun ke 4 cawangan iaitu cawangan Kuala Sg baru, Kg kenangan, kg Tengah dan Taman Sri Puchong.  Walaubagaimana pun cawangan Taman Seri Puchong tidak ada wakil yg dapat hadir dan kemungkinan kami terpaksa gabung dgn cawangan yang lain dalam lawatan yang akan datang.

Alhamdulillah sambutan kepada lawatan ini amat memberangsangkan.  Seramai lebih 20 orang yang hadir dan perbincangan 2 hala dapat dilaksanakan.  Pada saya, objektif yang ingin dicapai untuk lawatan ini dapat dilaksanakan dengan baik.  Lawatan kami yang seterusnya adalah ke Bandar Kinrara.  Semoga Allah memudahkan..


Thursday, January 14, 2010

DMPNS serah memo bantah harga gula





salam..semalam saya sempat menyertai DMPNS menyerahkan memorandum bantahan kenaikan harga gula, walaupun tak ramai yang dapat hadir, sekurang2nya saya dapat mewakili dmpk puchong untuk bersama..

petikan dari akhbar Sinar Harian



PUTRAJAYA – Kenaikan harga gula awal bulan ini mendorong Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor (DMPNS) menyerahkan memorandum bantahan kenaikan harga barang keperluan utama itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Ketuanya, Wan Hasrina Wan Hasan berkata, penyerahan memorandum berkenaan bertujuan menggesa KPDNKK mengkaji semula kenaikan harga harga gula sebanyak RM0. 20 yang diumumkan bermula 1 Januari lalu.

“Kos sara hidup di Selangor amat tinggi dan dijangka harga petrol juga akan naik 1 Mei ini. Sekiranya ini berlaku, ia akan menambahkan lagi beban rakyat yang perlu ditanggung.

Tuesday, January 12, 2010

Presiden PAS lancar D' Green Shoppe & Cafe

Oleh Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 11 Jan
: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyokong penuh usaha Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) memperkasakan bidang ekonomi dengan membuka 'One Stop Halal Hub' yang menjual pelbagai produk keluaran Muslim, D' Green Shoppe & Cafe.

Abdul Hadi dalam ucapan perasmian kedai serbaneka berkenaan di tingkat bawah Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, dekat sini semalam berharap agar DMPP memanfaatkan perniagaan yang diusahakan itu, bukan sahaja untuk menjana pendapatan tetapi juga menjadikannya sebagai medan memperkenalkan konsep perniagaaan Islam kepada pelanggan.

"PAS tidak keberatan untuk beri laluan kepada Dewan Muslimat untuk membuka kedai ini di ruang Pejabat Agung ini kerana saya melihat ia satu usaha yang bagus.

Muslimat Selangor hantar memo kenaikan harga gula

"Ekoran kenaikan harga gula 1 Januari lalu Dewan Muslimat PAS Selangor akan menyerahkan memorandum kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK), Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya esok.

Memorandum itu akan diserahkan oleh Ketuanya, Wan Hasrina Wan Hassan bersama Ajk Dewan Harian di Putrajaya jam 3 petang esok.

Mewakili suara wanita Selangor beliau menyeru penglibatan semua wanita khususnya suri rumah supaya turun bersama-sama ke Putrajaya bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga gula.

Berhubung kenyataan Sabri yang tidak memberi jaminan tentang harga gula akan kekal pada RM1.65, beliau menegaskan Muslimat Selangor akan mengadakan demo bagi membantah kenaikan tersebut.

Beliau menyelar sikap pimpinan Umno/BN yang ingin menjuarai suara rakyat tetapi dalam masa yang sama kehidupan rakyat terus ditekan dengan kenaikan harga barang-barang asas.

"Saya berharap semua wanita Selangor dan seluruh negara akan turun membantah kenaikan harga gula esok petang di Putrajaya," tegasnya.
"

Tuesday, January 5, 2010

Kenyataan Penuh Presiden PAS berkaitan penggunaan kalimah Allah

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.


PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’

Pas dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Friday, January 1, 2010

PERSEMBAHAN LADIES NIGHT

Salam..
Alhamdulillah semalam berakhirnya program Ladies Night yang telah diadakan di Dewan MPSJ Puchong Indah.  Program berlangsung dengan penuh meriah dan mendapat sambutan yang membanggakan.  Bemula dengan ucapan pengarah program cik Afifah, pengerusi Biro wanita JKP 13, ucapan perasmian oleh Datin Aslinah (pengerusi Puspanita MPSJ) tayangan multimedia dan seterusnya jamuan makan malam.

Acara kemuncak berlangsung pada lebih kurang jam 10 malam bermula dengan pertandingan karaoke solo, duet dan kumpulan.  masing-masing tunjuk bakat terpendam..Disusuli pula dengan pertunjukan busana Muslimah dari Nu Nuh Boutiqe dan akhirnya anugera pakaian tercantik, tudung paling comel, pakaian sedondon dan anugerah queen of the night.

Gambar-gambar di program Ladies Night..






Ajk pendaftaran


Dimeja pendaftaran

Unit Amal yang bertugas



Pengarah program Cik Afifah sedang memberi ucapan aluan.



Pengerusi Biro Wanita JKP 13 Puan Noor Hanim sedang memberi ucapan.



Pengerusi Puspanita MPSJ Datin Aslinah Mohd Arifin yang merupakan Perasmi program Ladies Night.



Datin Aslinah diberi penghrmatan untuk mencabut undi 'lucky draw' yang pertama.



Panel Juri penilai karaoke dari MPSJ

 
Peserta karaoke solo Puan Rosniwati menampilkan persebahan yang hebat.



Peserta karaoke duet Puan Sukriah dan Puan Zainirah menyampaikan lagu seroja

 
Peserta karaoke kumpulan dari Cawangan Jalan Dahlia menampilkan persembahan yang hebat.
 
Kumpulan 1st Lady menyampaikan lagu Teman Sejati



Busana Muslimah bersama Hajjah Norlela


Antara VIP yang hadir..
Related Posts with Thumbnails