Sunday, June 13, 2010

Muslimat:Anggap pujian sebagai motivasi

Hazayani Zakaria   
PENGKALAN CHEPA, 13 Jun: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP)diseru agar menjadikan segala ucapan penghargaan dan pujian dari para perwakilan pada muktamar kali ini sebagai satu motivasi untuk meningkatkan pencapaian mereka.

Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh berkata, ucapan penghargaan itu termasuk daripada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri adalah selari dengan ucap tema beliau di muktmar DMPP Khamis lalu.

"Alhamdulillah banyak pujian yang diberikan kepada muslimat nampak selari dengan ucapan saya di muktamar muslimat.

"Walaupun dengar ucapan Presiden sendiri pun yang mengucapkan terima kasih kepada muslimat, saya mintak muslimat meningkatkan lagi prestasi mereka.

Beliau berkata, pujian itu juga merupakan satu cabaran kepada muslimat untuk terus bergerak kerja dalam membantu perjuangan parti.

Menyentuh mengenai seruan Presiden agar muslimat wajib berganding bahu dengan muslimin untuk gerak kerja parti,beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan menyambut baik seruan itu dan berpandangan muslimin juga harus memberi perhatian terhadap seruan itu kerana mereka yang bertangungjawab terhadap keluarga.

"Bila Presiden buat seruan begitu,itu juga bermaksud beliau tujukan kepada muslimin juga sebab pergerakan muslimat bergantung kepada kebenaran suami. Jadi muslimin juga harus mengambil perhatian terhadap seruan itu," ujarnya.

Ditanya mengenai penglibatan muslimat dalam demonstrasi membantah lesen judi 3 Julai ini, beliau berkata sudah pasti muslimat sudah bersedia untuk bersama-sama dewan pemuda dan dewan ulama' dalam demonstrasi tersebut.

"Muslimat kalau tak cakap pun mesti turun punya.kalau tengok demo sebelum ini pun,muslimat memang terlibat," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails