September 30, 2010

Tengku Razaleigh dilantik sebagai pengarah pilihan raya Umno bagi PRK Galas. — Gambar fail

| Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 28 Sept: Usaha mempertahan kerusi Dun Galas yang dikosongkan ekoran kematian Chek Hashim Sulaima semalam dianggap sebagai suatu cabaran besar oleh PAS, kata naib presidennya, Salahuddin Ayub.Salahuddin berkata demikian berdasarkan pemerhatian geo-politik, iaitu BN mempunyai kekuatan di peringkat Parlimen Gua Musang dan dua Dun dalam parlimen itu. Parlimen Gua Musang diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno, manakala Dun Paloh dan Nenggiri masing-masing diwakili oleh Datuk Norzula Mat Diah dan Mat Yusoff Abdul Ghani juga dari Umno. |
SPR: Pilihan raya kecil untuk DUN Galas
| Khairul Azlam Mohamad |
KEMAMAN, 17 Sept: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib melahirkan rasa gembira kerana perjuangan parti itu mula diterima oleh semua pihak termasuk di kalangan bukan Islam. Ini kerana, katanya PAS berjaya membuktikan kepada rakyat di negara ini bahawa keadilan Islam untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. “Sekarang ini, PAS telah mula melangkah selangkah ke depan. Di mana perjuangannya (Islam) diterima bukan sahaja kepada orang-orang Islam tetapi juga di kalangan bukan Islam. “Islam memberi keadilan kepada semua, tidak kira bangsa Melayu, India, Cina dan sebagainya. Sama ada seseorang itu Islam atau tidak yang pasti Islam tetap akan memberi keadilan,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai di perkarangan Pejabat PAS Dun berkenaan, Jalan Air Putih, di sini hari ini. Justeru itu, beliau mahukan agar semua rakyat di negara ini bersama-sama dengan PAS serta menyokong perjuangan yang dibawanya. |
.jpg)
| Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 15 Sept: Ahli Parlimen PAS negeri Kelantan hari ini merafak taat setia dan menyokong pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra Tuanku Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan yang ke-29. Kesemua mereka adalah Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa, Salahuddin Ayub (Kubang Kerian), Dr. Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pengkalan Chepa), Siti Zailah Mohd Yusuf (Rantau Panjang), Muhammad Husin (Pasir Puteh), Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu) serta Ahli Dewan Negara, Senator Mumtaz Md Nawi."Saya mewakili Ahli-Ahli Parlimen PAS dari Kelantan ingin merafak sembah dan mengucapkan tahniah kepada Tengku Muhammad Faris Petra Tuanku Sultan Ismail Petra selaku Sultan Kelantan Darul Naim yang baru. |
1. Saya mengucapkan takizah kepada keluarga Allahyarham Datuk Sosialawati Lawiya, jutawan kosmetik yang telah dibunuh dengan kejam bersama pemandu, pegawai bank dan peguamnya. Dari jauh, saya harapkan supaya keluarga mereka semua dapat bersabar dengan ujian Allah SWT ini ditambah pula ia berlaku pada saat umat Islam sedang bersedia menyambut Hari Raya Idulfitiri.
