KOTA BHARU, 29 April: Kelantan mencetus satu lagi kejutan baru apabila menubuhkan pasukan dikir barat di kalangan ulama yang terdiri daripada guru-guru agama dan imam masjid.
Biar pun berpakaian jubah dan serban di kepala, mereka boleh berdikir seperti kumpulan dikir barat lain. Jangan terkejut kerana inilah idea dicetus Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dan baru-baru ini beliau melancarkan kumpulan dikir barat tersebut yang dikenali sebagai Kumpulan Dikir Barat Sri Halaqat.
Ketika berucap pada perlancaran kumpulan terbabit, Menteri Besar melahirkan rasa syukur kerana cita-citanya untuk memperbanyakkan medium dakwah berjaya direliasasikan melalui persembahan dikir barat.




KUALA LUMPUR, 28 April: PAS sedia menerima Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) sebagai anggota baru dalam Pakatan Rakyat (PR) walaupun sehingga kini cadangan itu belum lagi dibincang secara rasmi di peringkat pusat.
"Tugas pertama Snap adalah untuk memastikan calon Pakatan Rakyat dari DAP menang pilihan raya Sibu," kata Anwar dalam satu majlis.



Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berpendapat subjek pendidikan seks atau pendidikan reproduktif tidak wajar diajar diperingkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Meskipun objektif subjek tersebut dikatakan adalah untuk membendung gejala pembuangan bayi dan juga memberikan pemahaman mengenai hubungan seksual secara konseptual, namun kaedah yang hendak diaplikasikannya tidak tepat. 

JELEBU, 21 APRIL - Dua orang pemimpin Umno bersama-sama 10 orang lagi meninggalkan Umno dan menyertai PAS di sini tengahari tadi. Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Gelang, Mohd Nazri Ismail dan Ketua Wanita Umno dari cawangan yang sama, Rohani Aziz mengetuai penghijrahan bersejarah itu.




HULU SELANGOR, 17 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor adalah pilihan sebulat suara PAS, PKR dan DAP.











KOTA BHARU, 9 April: Para ahli termasuk penyokong PAS, berpeluang merebut wang tunai sebanyak RM3,000 sekiranya menjuarai pertandingan mencipta logo Muktamar Agung PAS Kali Ke-56.














