
KOTA BARU, 2 Mei — Menteri Besar Kelantan, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan melayan sebarang kenyataan yang menyentuh isu peribadinya termasuk ugutan membunuh dilaporkan dalam laman sosial Facebook.
Mursyidul Am PAS itu juga tidak mempedulikan apa sahaja kenyataan yang dibangkitkan oleh pihak tertentu termasuk kenyataan bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Aziz yang juga penulis blog yang dikenali sebagai Kickdefella.
Ketika ditanya pemberita TG Nik Aziz (gambar) hanya menyifatkan apa yang diperkatakan mengenainya berhubung kesemua isu itu tidak ada dalam pengetahuannya sama sekali.
“Saya tak ambil peduli (hal itu), saya anggap tak ada langsung (dalam kepala saya),” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan kira-kira 50 anggota rombongan Koperasi Takaful Ibnu Al-''Asr dari Thailand di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, hari ini.
Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan terhadap TG Nik Aziz itu.
Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi di Balai Polis Chow Kit, Kuala Lumpur. — Bernama











Saya setuju supaya tindakan diambil segera oleh polis keatas safuan the blood thirsty pemuda UMNO. Pada masa yang sama adakah Safuan sahaja yang berkepala lembu ni saja yang berpolitik ala zaman Firaun masih wujud di cawangan UMNO itu. Plis kena bertindak menyiasat cawangan itu kerana kemugkinan mereka di hasut oleh pihak luar. Dari kumpulan terrorist barat. Safuan hendaklah melurutkan jawatannya dan sekaligus Najib aelaku No.1 hendaklah pas tikan anak buahnya sendiri didisplinkan dan mengharapkan pemuda UMNO menjadi contoh yang berguna pada rakyat. Oleh itu tindakan tegas perlu diambil keatas Safuan sebagai amaran kepada pemuda UMNo yang lain. Oleh itu wajarlah Safuan dikeluarkan dari arena politik yang tidak memerlukan seseorang itu melakukan politik secara beremosi yang boleh mencetuskan huru hara dan rakyat rasa tidak lagi selamat dan aman.
ReplyDeleteKalau UMNO membiarkan sahaja Safuan maka rakyat faham baahwa itu lah standard pemimpin atasan UMNO Sekian.