oleh Wanita Pakatan Rakyat
Ibu adalah nadi dalam keluarga yang membentuk masyarakat dan negara. Ibu berperanan besar dalam menentukan corak dan kehidupan generasi mendatang kerana kebiasaannya ibulah insan paling hampir dengan anak-anak yang akan membesar dan kemudiannya juga berperanan dalam membentuk masa depan masyarakat dan negara.
Persekitaran yang mendorong pembentukan ibu-ibu yang sejahtera merupakan asas kepada sesebuah keluarga, komuniti, masyarakat dan negara.
Kegagalan prasarana yang asas itu akan mengakibatkan berbagai negativiti sosial yang merugikan sesebuah negara bukan sahaja
Kegagalan membentuk ibu-ibu yang sejahtera akan melahirkan juga generasi yang bermasalah dan merugikan masyarakat dan negara.
Peranan ibu hanya merupakan separuh dari tanggungjawab sepenuhnya terhadap menentukan pembangunan anak-anak, keluarga, masyarakat serta negara. Separuhnya lagi adalah rakan kongsi ibu, iaitu bapa. Keduanya harus diingati di hari ini sebagai gandingan yang tidak boleh dipisahkan dalam mencapai sebarang agenda pembangunan masyarakat dan negara.
Kedudukan dan peranan keduanya setakat ini hanya di lihat dalam soal mengawal tabiat dan kelakuan anak-anak supaya tidak mengganggu sesuatu acara atau majlis atau memastikan anak-anak mendapat kecemerlangan dalam bidang akademik atau tidak menambah kepada statistik penagihan dadah, gejala lepak, rempitan, dan yang terkini supaya memastikan anak-anak tidak ditembak oleh polis dengan sengaja atau seumpamnya.
Peranan ibu dan bapa tidak diiktiraf secara rasmi dalam bajet negara dan rancangan-rancangan
Para ibu dan bapa kini mengharapkan suatu dasar negara yang boleh menyelamatkan kehidupan kekeluargaan, yang melibatkan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak, aset negara yang paling berharga.
Dalam suatu kajian di
Di Hari Ibu tahun 2010 ini, para pemimpin, khususnya dari kalangan Menteri dan ahli-ahli
Pengukuhan dan kemantapan kehidupan sosial, keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia bergantung kepada sejauh mana kerajaan berjaya melaksanakan tuntutan mewujudkan persekitaran dan prasarana yang bersesuaian bagi para ibu agar mereka mampu melaksanakan tugasan mereka di dalam dan di luar rumah serta memberi sumbangan terbaik kepada seluruh aspek pembangunan fizikal, spiritual, intelektual dan ekonomi negara.
Ibu sejahtera, Malaysia berjaya.
Untuk semua ibu tersayang, Selamat meyambut Hari Ibu 2010
Wanita Pakatan Rakyat.












No comments:
Post a Comment