Monday, May 3, 2010

Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor Kali ke 23


Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor kali ke 23 telah diadakan pada 2hb Mei 2010 bertempat di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi Sepang.  Tema pada tahun ini adalah MEMPERKASA SAFF MENJULANG IZZAH. DMPK Puchong telah menghantar 8 orang perwakilan termasuk Ketua Muslimat Puan Noor Hanim dan Setiausahanya serta 6 orang lagi perwakilan yang dipilih dalam mesyuarat agung baru-baru ini.

Antara isi kandungan ucaptama Ketua Muslimat PAS Negeri Selangor adalah meminta agar muslimat dapat memperkasakan saff.  Beberapa unsur yg perlu diberi perhatian adalah:
1. Memantapkan ukhuwah Islamiah
2. Penyusunan tarbiyah yang sistematik
3. Membina ahli yang kompeten

Menjulang Izzah, Ustazah Hajjah Wan Hasrina telah mengingatkan tentang kepincangan sistem pentadbiran negara Malaysia telah mempengaruhi corak masyarakat secara total. Pembangunan yang tidak seimbang antara material dan spiritual telah mengundang pelbagai masaalah.  Antaranya adalah anak yang terbiar tnapa kasih sayang, pelbagai jenis hiburan yang terkini yang melampau dan mudah diekses dalam internet. Ini menyumbang kepada gejala samun, rompakan, dadah, rogol, pembuangan anak luar nikah dan pelbagai jenayah lagi.

Beliau juga ada menyentuh tentang perkara berikut:
1. Perjuangan Muslimat PAS
2. Mengurus Kemenangan
3. Mempertahankan kemenangan
4. Tahaluf siyasi

Ustazah Wan Harina di akhir ucapannya menyarankan agar seluruh jentera perlu:
1. Menggandakan usaha pentarbiyahan dan latihan ahli
2. Berusaha untuk meningkatkan bilangan ahli terutama dikalangan belia
3. Melaksanakan aktiviti secara menyeluruh untuk memahamkan ISlam kepda masyarakat
4. Seluruh jentera muslimat mesti bersikap adil kepada diri, kawan dan musuh.
5. Istiqamah dalam perjuangan denga teguh di atas prinsip perjuangan Islam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails