KUALA LUMPUR, 21 Mei: PAS mahu Pengerusi Sime Darby Bhd, Tun Musa Hitam, Presiden merangkap CEO Kumpulan, Dato' Azhar bin Abdul Hamid dan Naib Presiden (Bahagian Tenaga dan Utiliti), Hisham Hamdan digantung kerja buat sementara bagi memudahkan siasatan berhubung kerugian RM1.63 bilion syarikat berkenaan.
"PAS melihat siasatan lebih sukar dilakukan selagi mereka masih berada dalam organisasi itu," kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.
Menurutnya lagi rakyat merasa sangsi dengan alasan bahawa lebihan kos daripada projek Qatar dan Empangan Bakun menjadi punca utama kepada masalah tersebut.
Sime Darby adalah antara syarikat GLC Kerajaan yang mempunyai pengaruh besar dalam ekonomi negara.
Kerugian yang dialami juga terlalu besar buat negara dan pulangan pelaburan PNB dan KWSP yang memagam sebanyak 66 peratus saham dalam syarikat itu turut akan terkesan.
No comments:
Post a Comment