Tuesday, December 7, 2010

RESOLUSI IJTIMA’ TARBAWI PAS PUCHONG 2010

1)Ahli dan  pimpinan perlu memahami realiti  yang dihadapi oleh Pas sekarang yang menuntut ahli  sentiasa bersedia  dan tidak leka dengan nikmat kemenangan sekarang. Justeru ahli perlu memanfaatkan setiap ruang dan peluang seperti,  masjid , ahli majlis, pusat khidmat masyarakat,
 2)Pemerkasaan Parti perlu  dilakukan secara dua hala kepimpinan dan juga ahli, dengan melihat Tarbiyah sebagai tunjang kekuatan jamaah. Wala’ dan Thiqah tidak berbelah bahagi terhadap pemimpin yang dilantik walaupun terdapat perbezaan pandangan.


 3)Setiap ahli perlu meletakkan keutamaan  Jamaah mengatasi keutamaan hati dan perasaan dalam melaksanakan gerakerja dan keputusan jamaah.
 4)Setiap peringkat organisasi jamaah di Kawasan, Cawangan, Pemuda, Muslimat, , Ahli Majlis, Nazir Masjid ,JKK perlu memberi penekanan terhadap 2 perkara penting berikut:
 1) Aktiviti Usrah Cawangan perlu diadakan secara istiqamah, walaupun tanpa kehadiran naqib kerana ianya boleh dilakukan sebagai pertemuan santai yang boleh merapatkan ukhuwwah sesama ahli.
 2)Program penerangan dan dakwah perlu dilakukan oleh  kawasan dan juga cawangan dengan memanfaatkan segala wasilah seperti ceramah, tazkirah, risalah, banner, billboard,website, blog, facebook dan sembang-sembang kedai kopi.
 5)Ikhlas dalam perjuangan kerana Allah dan tidak taasub kepada mana mana peribadi  dan kumpulan serta bersangka baik dengan orang lain.
 6)Setiap permasalahan  dalaman parti perlulah dirujuk kepada saluran yang betul seperti kawasan atau YDP sama ada mendapatkan maklumat atau penyelesaian kepada masalah.
 7)Individu yang dilantik dan diberi kepercayaan oleh ahli perlulah menjalankan amanah dan tanggungjawab secara bersungguh-sungguh mengikut kerangka tugasan yang diberikan jamaah.
 8)Janganlah isu calon pilihanraya menyebabkan kerja-kerja  jamaah terbantut dan menyebabkan suasana hubungan tidak baik dikalangan ahli pas puchong. Ini kerana penentuan  calon adalah diputuskan oleh Majlis Syura Pas .
 9)Setiap ahli Pas Puchong berhak memberi pandangan dan teguran dan Pimpinan Pas Puchong sentiasa terbuka terhadap setiap pandangan dan teguran yang baik  daripada ahli.
 10)Marilah sama-sama kita mantapkan tarbiyah, tingkatkan jihad suburkanlah kasih sayang dan ukhuwwah sesama kita didalam jamaah.
 Disediakan oleh:
Lajnah Tarbiyyah & Perkaderan Pas Puchong

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails