Monday, December 6, 2010

Muslimat Puchong bersama dalam Demo bantah kenaikan air

Jam 10.15pg kak anim, umi dan saya telah berada di stesen bas rapid di hentian Puchong Utama.  Turut bersama naik bas adalah ustaz YDP, SU PAS kawasan, Ketua Pemuda, Naib pengerusi PASTI Kawasan, ketua IT dan beberapa orang muslimin lagi.  Perjalanan lancar, kecuali ada satu sekatan dalam perjalanan. Selepas menjamu selera di restoran Sudut Selera kami solat Wisma Pahlawan.  Di sana  bertemu dengan kak zai dan anaknya Insyirah, juga semua unit amal dan Pemuda Puchong ada di sana.

Selesai solat zohor kami menunggu untuk bergabung dengan orang ramai yang datang dari Masjid Negara tapi mereka telah dikepong tanpa ada laluan untuk bergerak ke istana negara.  Jadi kami diarah untuk ke Masjid Negara.  Di sanalah kami diuji dengan semburan water cannon dan gas pemedih mata.  Pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan..







1 comment:

  1. syabas muslimat...moga sy dikurnikan hidayah utk istiqamah bersama2 kalian...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails