Thursday, December 9, 2010

Kahwin Bawah Umur : Peranan Dan Didikan Ibu-Bapa Penting

SHAH ALAM 9 DIS : Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak adalah penting apabila mengaitkan isu perkahwinan anak-anak bawah umur kerana amalan itu dibenarkan mengikut Islam.

Menurut Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali, beliau meminta supaya ibu bapa lebih bertanggungjawab dalam memberi didikan yang betul dan sempurna kepada mereka sebelum berkahwin.

Beliau juga turut memberi nasihat kepada ibu bapa, jika mahu mengahwinkan anak-anak mereka biarlah selepas tamat persekolahan dan cukup matang dalam alam perkahwinan.
"Saya menyarankan kepada ibu bapa supaya tunggu anak itu dewasa sedikit, kalau boleh biarlah dia habis atau sekurangnya-kurangnya dia ada Sijil pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

"Jadi apabila sudah sampai fasa untuk dia cukup matang untuk berkahwin jadi then tak apalah, kahwinkan anak itu, itulah yang sewajarnya daripada dia membuat maksiat," katanya.

Menurut Dr Lo'Lo' lagi, perkara ini dibuat bagi mengelakkan masalah seks bebas dikalangan kanak-kanak daripada terus berleluasa sehingga boleh menyebabkan pembuangan bayi.  

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata demikian apabila  kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang membenarkan perkahwinan kanak-kanak masyarakat Islam di bawah umur 16 tahun jika mereka mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah yang setaraf dengan mahkamah sivil di negara ini.

Nazri menolak cadangan agar perkahwinan kanak-kanak diharamkan meskipun ramai yang tidak berpuas hati dengan perkahwinan seorang gadis berusia 14 tahun baru-baru.

Siti Maryam Mahmod dilaporkan bernikah dengan seorang guru berusia 23 tahun, Abdul Manan Othman minggu lalu dalam perkahwinan beramai-ramai di sebuah masjid utama setelah diberi kebenaran oleh Mahkamah Syariah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails