Monday, April 12, 2010

Lajnah Kebajikan Ziarah Adik Muhamad Irsyad

12 April 2010 isnin Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Puchong Puan Nashirah dan saya berkesempatan menziarahi adik Muhamad Irsyad iaitu anak kepada Puan Farah (ahli Nisa Puchong) yang baru saja menjalani pembedahan kecil kerana hernia.  Pembedahan pada hari khamis  8 April yang lalu berjalan lancar dan hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja. 

Adik Muhamad Irsyad menyambut kedatangan kami dengan senyuman yang menyejukkan hati kami.  Beliau kelihatan aktif dan baru belajar makan bijirin cereal.  Uminya pula yang kurang sihat kerana selsema. Dikesempatan itu juga kami sempat berbincang berkaitan dengan muslimat di cawangan Mawar yang kini masih tiada ketua muslimat cawangan.

comelnyer irsyad..
sedikit sumbangan untuk adik Irsyad
bersama puan Farah dan adik Irsyad

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails