Saturday, November 13, 2010

Seminar PAS ganti Umno ; Dewan penuh sesak

Keadaan didalam Dewan Auditorium MBSA penuh sesak dengan kehadiran pimpinan dan ahli PAS dalam seminar PAS ganti Umno pada pagi ini.

Ucaptama oleh YB Tuan Guru Dato Seri Presiden 

Dato Seri Presiden sekali lagi memperingatkan seperti yang tertulis dalam akhbar Harakah bahawa, Cawangan-Cawangan PAS perlu di perkukuh dan diperkuatkan kearah persedian mengganti Umno. Pimpinan Cawangan-Cawangan perlu mengaktifkan semula Cawangan supaya menjadi kuat dan kukuh dari segala segi termasuk mempunyai dana yang mengcukupi untuk digunakan dalam perkara-perkara yang diperlukan oleh parti. Galas mungkin boleh dijadikan pengajaran yang paling berguna.
Dewan di penuhi oleh pimpinan PAS Negeri & Kawasan serta semua wakil rakyat PAS

 Mr Song, Ir Onn antara perwakililan dari Kota Raja

Cantik Back Drop ini - PAS sememangnya sudah lama mengganti Umno dalam banyak hal dan perkara yang merangkumi kehidupan bermasyarakat di kampung, taman dan desa.
 Ketua Penerangan PAS pusat sedang membentangkan kertas kerja bertajuk "MelayuTerpinggir Di Bawah UMNO: Satu Fenomena"

Dato KJ dan YB Salehuddin Ayob. Dato KJ adalah pembentang kertas kedua selepas KP Pas Pusat yang bertajuk " UMNO dan Krisis Ketuanan Melayu"


Seminar yang akan berlangsung sehari ini bertujuan menanamkan keyakinan kepada ahli bahawa PAS sudah bersiap sedia menggantikan Umno pada PRU 13 selain membentangkan agenda bertindak parti bagi mencapai matlamat itu.

"Kita buat seminar ini untuk bagi penjelasan kepada ahli tentang kesediaan PAS menggantikan Umno.

"Kita mahu daripada seminar ini, ahli akan lebih berjiwa besar untuk merealisasikan matlamat menggantikan Umno dan dapat bekerja dengan lebih kuat lagi," kata Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails