Monday, November 1, 2010

Bengkel Keselamatan Wanita bersama Kamal Affandi

31 Okt 2010 (Ahad) telah berlangsung Bengkel Keselamatan Wanita bersama Kamal Affandi bertempat di Balai Masyarakat JKP Zon 13.  Alhamdulillah program berjalan lancar seperti yang dirancang, cuma kita mengharapkan lebih ramai remaja yang hadir.  Program ini telah dirasmikan oleh YDP Ustaz Sufyan Ismail dan dihadiri juga oleh Ahli Majlis En Sapiyan Mohd Din, Pengerusi Biro Keselamatan JKP 13 En Zamri, En Nariman juga jemputan khas Puan Muna Izzah sebagai moderator.

Banyak info yang berguna telah disampaikan oleh En Kamal Affandi terutamanya semasa demonstrasi bagaimana untuk mengatasi apabila diragut atau dirogol. Bagitu juga bagaimana untuk mengelak kejadian ini dari terjadi. Di dalam program ini juga disediakan pameran JKP 13 dan kaunter daftar pemilih baru.  Antara gambar-gambar yang sempat dirakam dalam program ini.








No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails