KUALA LUMPUR - Pas tetap dengan pendiriannya untuk terus bersama Pakatan Rakyat (PR), meskipun wujud krisis melibatkan pemimpin dalam komponennya.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, perkara itu tidak timbul sama sekali.
“Perbincangan bersama mengenai isu ini telah diadakan kelmarin dan hal ini akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas, di sini semalam.
Mustafa ditanya sama ada pertelingkahan antara DAP dan PKR di Pulau Pinang akan menyebabkan Pas mengkaji semula kedudukannya dalam PR.
Krisis tercetus berikutan kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim, yang melabelkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis.
Mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat PKR kelmarin memutuskan untuk merujuk Zahrain kepada lembaga disiplin.
Zahrain didakwa mengetuai sekumpulan ahli Parlimen PKR untuk menyertai Barisan Nasional (BN), yang membolehkannya memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen.
Mengenai Jawatankuasa Tatatertib PR, Mustafa berkata ia hanya akan memainkan peranan sebagai penasihat buat masa ini.
Mengenai dakwaan Exco Pemuda Pas Pusat, Abdullah Karim bahawa parti terlalu ‘dingin’ dalam menangani kes-kes disiplin, beliau berkata, laporan yang dikemukakan oleh Abdullah a:kan dikaji.
“Saya akan memanggil beliau dalam sehari dua ini,”
sumber: sinarharian.com.my
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
1 year ago











No comments:
Post a Comment