Dr. Mahfuz menegaskan bahawa malam ini bukan untuk berkempen tetapi adalah malam gerakkerja pilihanraya. PAS ikut arahan SPR bahawa belum lagi masa untuk berkempen. Menurut beliau lagi yang mula berkempen dan mula turun ke kampung-kampung tradisi adalah Umno Barisan Nasional dengan memberikan pelbagai bantuan seperti beg.Kita memulakan kerja menggerakkan jentera dan bersyukur bersama rakan-rakan didalam Pakatan Rakyat bersatu hati untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional, oleh itu semua petugas Pakatan Rakyat diminta mengikut arahan dari pimpinan yang akan diberikan dari masa ke semasa sepanjang tempoh berkempen.

Sementara itu Bendahari PAS Pusat Dr. Hatta Ramli mengingatkan semua petugas agar menjaga tatasusila supaya tidak dijadikan hujah dan alasan oleh mana-mana pihak bahawa kita jadi punca segala masalah yang timbul. Beliau menjelaskan kepada hadirin bahawa kenyataan “menawan putrajaya” telah dimanipulasikan oleh Umno Barisan Nasional menerusi media mereka, sedangkan maksud “menawan putrajaya” adalah dalam konteks pentadbiran negara.
Sementara itu Ustaz Nasaruddin Mat Isa didalam ucapan beliau mengingatkan agar semua petugas-petugas Pakatan Rakyat bersedia dengan fitnah-fitnah yang akan dilontarkan didalam media. Beliau juga menegaskan agar tidak menjadi agen penyebar fitnah.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi didalam ucapan pelancaran Gerakkerja Pilihanraya memberitahu bahawa beliau baru kembali dari England dari merasmikan Kelab PAS Luar Negara, dan beliau memberitahu bahawa tiada gangguan diterima berbanding didalam negara yang sentiasa mendapat gangguna dari pihak keselamatan. Beliau memberitahu semua bangsa ada keistimewaannya, oleh itu jangan bangkitkan semangat perkauman dengan menzalimi kaum lain, kita perlu perubahan dan mahu pengundi berfikir dengan matang, dengar semua ceramah yang dianjurkan, dan mesti berani membuat perubahan.
Sebelum itu Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah merasmikan laman sesawang rasmi untuk Pilihanraya Kecil N.05 Tenang iaitu di http://n05tenang.pas.org.my [JK]











No comments:
Post a Comment