Friday, September 3, 2010

Badar Kubra PAS Kawasan Puchong

29 Ogos 2010 Ahad. PAS Kawasan Puchong telah mengadakan Program Badar Kubra bertempat di Dewan MPSJ Puchong Indah.  Program bermula dari jam 5.30pm dengan memberi sumbangan kepada keluarga miskin dan ibu tunggal.  Seramai 110 orang telah diberi sumbangan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seri Serdang. Pihak PKM juga telah bersetuju untuk menyampaikan sebuah kerusi roda kepada seorang muslimat yang lumpuh dan amat memerlukannya.

Puan Noraini Husin Timbalan Ketua Muslimat DMPN Selangor turut hadir untuk menyampaikan sumbangan dan menyampaikan sedikit ucapan. Semoga kerjasama erat antara DMPK dan DMPNS akan berterusan dalam program-program yang lain.

Selapas majlis berbuka puasa, solat maghrib dan solat terawih, ustaz Azman Sapawi bin Abdul Rani yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat telah menyampaikan ceramah Badar Kubra yang cukup memberi kesan kepada ahli yang hadir.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails