Kerajaan Negeri Selangor bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang mengamalkan dasar maklumat terbuka selaras dengan agenda Pakatan Rakyat merakyatkan maklumat.
Justeru, satu perbincangan terbuka diadakan antara kerajaan negeri, Majlis Peguam Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan bagi merealisasikan hasrat ini.
Pengerusi Perbincangan Bersama Jawatankuasa Pilihan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat 2010, Saari Sungib menjangkakan enakmen maklumat terbuka ini akan dibentang tahun hadapan.
Pengerusi Perbincangan Bersama Jawatankuasa Pilihan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat 2010, Saari Sungib menjangkakan enakmen maklumat terbuka ini akan dibentang tahun hadapan.
“Saya harap perbicangan kali ini mendapat kerjasama semua pihak mengenai pandangan jawatankuasa bagi mana-mana pihak yang mendaftar, masyarakat dan individu, pakar-pakar dalam perundangan kebebasan berkuasa, tujuannya adalah mendapat maklum balas perkara ini.
“Kita memberikan semua pihak menyampaikan kebebasan maklumat secara bergilir hari ini," katanya.
Beliau berkata demikian di hadapan wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO), Majlis Peguam Malaysia dan pihak media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Perbincangan kali ini turut dihadiri oleh ADUN Kawasan Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Sua.
Perbincangan terbuka ini turut membahagikan kepada beberapa fasal iaitu Fasal Permulaan, Pegawai Maklumat, Akses Kepada Maklumat, Lembaga Rayuan dan Am.
Saari berkata kerajaan negeri memerlukan masa enam bulan bagi mengkaji enakmen kebebasan maklumat negeri Selangor sebelum ia diluluskan pada tahun hadapan.
Sementara itu, Pengarah Centre for Independent Journalism, Gayanthry Venkiteswaran meminta kerajaan negeri memastikan semua jabatan menyediakan maklumat yang dikemaskini secara berkala.
“Kerajaan negeri disarankan agar badan-badan awam perlu menyediakan maklumat secara terang dan jelas dan adalah tanggungjawap kerajaan negeri menyediakan maklumat yang dikemaskini secara berkala,” katanya.
CIJ juga juga meminta kerajaan negeri memastikan badan-badan kerajaan terbabit menyelaraskan sistem masing-masing bagi mengelak sebarang keraguan. Malah CIJ juga meminta kerajaan negeri menguatkuasakan aturan baru yang memberi perlindungan kepada mana-mana individu yang memanfaatkan dasar maklumat terbuka ini serta mahu mendapatkan maklumat lanjut.
Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad bersetuju dengan pandangan itu.
“Untuk memastikan sekiranya enakmen ini diluluskan oleh kerajaan bagi memastikan ini lebih efektif, mungkin orang ramai khususnya yang kurang mendapatkan maklumat dan melihat kepentingan bersama,” katanya.
Sementara itu Timbalan Presiden Malaysia Bar Council, Lim Chee Wee meminta kerajaan negeri mengkaji kesan Akta Rahsia Rasmi keatas dasar maklumat terbuka yang akan dibentangkan nanti.
Fasal 5 Bahagian III Rang Undang-undang ini memperkatakan mengenai akses kepada maklumat di bawah kawalan jabatan dan sekiranya penzahiran dokumen yang mengandungi maklumat tersebut tertakluk kepada undang-undang bertulis, peluang orang itu untuk mendapatkan akses adalah juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi.
Dalam sejarah negara, pemimpin telah menyorok di belakang OSA bagi mengelakkan rakyat mengetahui perjanjian-perjanjian yang menjejaskan kepentingan rakyat.
Pakatan Rakyat sebelum ini telah berjaya mendedahkan beberapa penyelewengan Kerajaan BN dengan menggunakan kuasanya yang termaktub di dalam Seksyen 2(C) Akta Rahsia Rasmi.
Dalam pada ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad membidas wakil rakyat BN kerana enggan menyertai proses memberikan rakyat Selangor hak untuk mendapatkan maklumat awam secara telus dan bebas.
“ Saya fikir perbahasan kita di dalam dewan tempoh hari, Bn juga ada dua pandangan, satu kata kekangan dengan semangat atas Akta Rahsia Rasmi dan kedua mengatakan ia tidak cukup baik kerana terdapat banyak kekangan, jadi sebab itu saya rasa perkara yang bersejarah kerana kerajaan negeri telah memberikan apa yang kita luluskan draft apa yang kita bincangkan kepada satu jawatankuasa untuk menambah baik.
“Tetapi kita kesal dalam dua mesyuarat yang ada setakat ini pihak pembangkang masih lagi tidak adil. Jadi kalau mereka rasakan undang-undang ini perlu ditambahbaik, maka ini forum terbaik, dalam dewan pun forum mereka susah hendak memberi ruang untuk mencelah tapi ini kita beri ruang kepada mereka untuk bagi maklumbalas kepada mereka,” katanya.












No comments:
Post a Comment