Thursday, January 14, 2010

DMPNS serah memo bantah harga gula





salam..semalam saya sempat menyertai DMPNS menyerahkan memorandum bantahan kenaikan harga gula, walaupun tak ramai yang dapat hadir, sekurang2nya saya dapat mewakili dmpk puchong untuk bersama..

petikan dari akhbar Sinar Harian



PUTRAJAYA – Kenaikan harga gula awal bulan ini mendorong Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor (DMPNS) menyerahkan memorandum bantahan kenaikan harga barang keperluan utama itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Ketuanya, Wan Hasrina Wan Hasan berkata, penyerahan memorandum berkenaan bertujuan menggesa KPDNKK mengkaji semula kenaikan harga harga gula sebanyak RM0. 20 yang diumumkan bermula 1 Januari lalu.

“Kos sara hidup di Selangor amat tinggi dan dijangka harga petrol juga akan naik 1 Mei ini. Sekiranya ini berlaku, ia akan menambahkan lagi beban rakyat yang perlu ditanggung.



“Kami berharap agar kerajaan mengkaji semula kenaikan berkenaan dan mempertimbangkan kea- daan rakyat yang terpaksa menanggung kos kehidu- pan yang semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas selesai menyerahkan memorandum berkenaan kepada Setiausaha Politik Menteri KPDNKK, Azizan Che Omar di Pejabat KPDNKK, di sini, semalam.

Wan Hasrina berkata, KPDNKK berjanji un- tuk mengkaji semula memorandum berkenaan dan membawa isu itu ke mesyuarat akan datang untuk dibincangkan.

“Mereka memberitahu akan membawa memorandum ini ke dalam mesyuarat dan memberi alasan kenaikan harga gula berkenaan bertujuan untuk mengawal masalah diabetes dalam kalangan masyarakat.

“Namun bagi kami, hal ini sama seperti kenaikan harga rokok kerana perokok akan tetap membeli rokok walaupun harga dinaikkan. Gula adalah keperluan asas dan orang ramai tetap menggunakan gula walaupun harga naik,” katanya.

Sehubungan itu, DMPNS menggesa kerajaan mengurangkan kembali harga gula kepada harga sebelum ini iaitu RM1.45 berbanding harga gula di pasaran yang dijual pada harga RM1.65.

“Kami berharap Kerajaan Pusat prihatin terhadap masalah rakyat sekiranya Barisan Nasional (BN) mahu bernyawa lebih panjang sebagai pemerintah.

“Jangan hanya memberi subsidi apabila tiba musim pilihan raya untuk meraih sokongan dan undian dari rakyat,” katanya.

Dalam pada itu katanya, DMPNS akan mengambil tindakan lebih agresif sekiranya tiada sebarang tindakan diambil oleh KPDNKK berhubung masalah kenaikan harga gula ini.

“Kami akan lakukan desakan lebih agresif atau mungkin akan mengadakan demonstrasi jika tiada sebarang tindakan diambil berhubung perkara ini,” katanya.

Terdahulu, 31 Disember lalu, Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Mohd Zain Mohd Dom mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen iaitu RM1.65 bagi Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 1 Januari tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails