Kuala Terengganu, 7 Disember-Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Dato' Harun Taib dalam pertemuan ramah mesra bersama blogger PAS, memperingatkan agar jangan menghabiskan masa melayani 'kemuncup' di sepanjang jalan dalam perjuangan Islam. Pesuruhjaya menekankan bahawa semua pejuang harus teruskan perjuangan sehinggalah mencapai kemenangan hakiki, barulah ada masa untuk 'mencabut kemuncup' yang lekat di sepanjang jalan tadi.Saya masih belum membaca keseluruhan buku ini tetapi saya sudah banyak kali membaca ulasan tentang buku ini. saya amat tertarik, insyaallah saya akan dapatkan juga buku ini suatu hari nanti. Kalau orang lain sibuk membicarakan untuk membuangkan kemuncup yang menganggu perjuangan, saya sendiri amat bimbang andai saya termasuk dalam kemuncup itu. saya ingin memohon pada sahabat semua agar kita dapat sama-sama menegur, menasihati sahabat-sahabat kita sebelum mereka menjadi kemuncup tersebut. Apalah erti ukhwahfillah yang selalu kita ungkapkan selama ini.
* Hari ini saya berkesempatan mengikuti Seminar IT JPrN manakala ada sahabat-sahabat yang lain sedang bertamrin di Sg Merab.











No comments:
Post a Comment